Showing posts with label Pertanyaan - FAQ. Show all posts
Showing posts with label Pertanyaan - FAQ. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

PERTANYAAN : PEMEGANG SAHAM DAN PENGARAH SYARIKAT SDN. BHD.


Salam,

Soalan yg menarik .... dan saya uploadkan ke salah satu blog saya http://ca2advisor.blogspot.com ... untuk rujukan dan bacaan bersama.

1. Adakah AGM wajib dilakukan setiap tahun. Jika wajib dan jika dilakukan tanpa pengetahuan PS, adakah beliau telah dgn sengajanya menurunkan tandatangan2 PS sykt utk menyatakan "kedatangan" PS? Jika ini berlaku, apa tindakan yg blh dikenakan?

Ya. ... memang wajib. Dan ianya perlu dimaklumkan kepada kesemua Pemegang Saham. Menurut Undang2 Syarikat, notis Mesyuarat Agung perlulah diserahkan sekurang2nya 14 hari dari tarikh mesyuarat. Minit mesyuarat pula perlu ditandatangi sekurang-kurangnya 2 Pemegang Saham yang mempunyai kuasa mengundi lebih dari 10%.

Di dalam isu ini ... mungkin :
a. Tiada AGM disediakan atau dikendalikan atau ...
b. Ianya telah ditandatangi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nasihat : Pihak Tuan dan Pengarah atau Pemegang Saham yg lain boleh melihat dokumen2 yg berkaitan di pejabat Setiausaha Syarikat yang dilantik. Setelah melihat dokumen2 tersebut seperti Annual Return, Audited Report, Minit Mesyurata AGM dsb. ... pihak Tuan akan mendapat jawapannya.

Sekiranya berlaku akan kecuaian dan ketidak puashatian ... pihak Pengarah boleh melantik Setiausaha Syarikat yg lain. Hak melantik dan memecat adalah kuasa mutlak Ahli Lembaga Pengarah dan bukannya Pengarah secara individu.

2. PS ada menerima bonus tahunan, tp tidak pernah mendapat Profit Sharing. Bagaimana dgn dividen? Adakah itu sama dgn Profit Sharing?

Profit Sharing ... jarang berlaku didalam Syarikat Sdn. Bhd ... melainkan dengan persetujuan Joint Ventures .. memerlukan Akaun Khas mengenainya. Pada kebiasaanya pihak Syarikat akan memberikan sesuatu jumlah kepada yang terlibat dan ini biasa dipanggil sebagai Elaun atau Ganjaran.

Bagi konsep Dividen ... ianya hanya boleh diistiharkan melalui 3 pekara sahaja :
a. Keuntungan Terkumpul ... iaitu Akaun Syarikat tidak boleh mengalami situasi Kerugian Terkumpul
b. Mempunyai baki Akaun Seksyen 108 ... bahasa mudahnya pihak Syarikat pernah membayar Cukai Syarikat pada tahun sebelumnya.
c. Mempunyai Tunai yg secukupnya.

.... pada dasarnya bukanya mudah bagi pihak Syarikat (Ahli Lembaga Pengarah) mengistiharkan Dividen .. selagi peraturan dan akta tidak dipenuhi . Kegagalan mematuhi undang2 yg ditetapkan akan menyebabkan pihak Syarikat akan di kompaun atau penalti pada kadar yg tinggi.


3. Apakah maksud passive atau active share?.

Saya memerlukan maklumat dan sifat saham yg Tuan katakan. Mungkin saya boleh andaikan disini sebagai Saham Biasa dan Saham Keutamaan. Bagi Saham Keutamaan ... pemegang saham tidak boleh mengundi dan terlibat didalam pengurusan Syarikat ... namum mereka diutamakan mendapat Dividen atau Gajaran yg telah dtetapkan didalam perjanjian asal. Berbanding dengan Saham Biasa ... pemegang saham biasa mempunyai hak2 seperti mengundi, melantik Pengarah dsb.

4. Apakah keistimewaan seseorg PS? Elaun? kereta sykt? atau lain2?

Tiada keistimewaan. Kemudahan2 yang diberikan semata2 adalah ikhsan pihak Syarikat. Sebarang ganjaran adalah tertakluk kepada keputusan Para Pemegang Saham dan juga Ahli Lembaga Pengarah. Tiada siapa yg boleh membuat keputusan sendiri dan mengambil kemudahan tanpa persetujuan yg lain.

5. Boleh seseorg MD dgn sewenang2nya memberikan saham kepada individu yg lain.?

Tidak boleh. Ini adalah disebabkan pemindahan saham perlu mendapat kelulusan Pemegang Saham yang lain. Ini adalah juga sifat Syarikat Sdn. Bhd.

6 . Jika seseorg finance personnel sykt tidak memberitahu apa2 perbelanjaan sykt kpd PS, apakah tindakkan yg blh diambil terhadap beliau?

Seorang pekerja atau Para Pengarah tidak wajib dan perlu menerangkan akan aktiviti2 syarikat termasuklah perbelanjaan syarikat .... melainkan pada permintaan rasmi oleh pihak Pemegang Saham ... iaitu melalui AGM atau EGM. Pihak Pemegang Saham tidak boleh mencampuri hal urusan Syarikat kerana ianya adalah bidang kuasa para Pengarah. Namun pihak Pemegang Saham boleh mengatasi masalah ini pada AGM atau EGM syarikat.

7. Bolehkah MD dgn sewenang2nya melantik isteri beliau menjadi Director di dlm sykt ini?.

Perlantikkan Pengarah baru perlu mendapat kelulusan Para Pengarah. Individu tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Sekiranya pekara ini berlaku juga ... ada yg tak kena.

8. Bolehkah seorg guru(penjawat awam) memegang jawatan Director didlm sesebuah sykt swasta?.

Boleh. Tiada halangan dari segi Akta Syarikat ... selagi mana peraturan dan polisi seperti pekara 7 (diatas) dipatuhi.

9. Apakah tindakkan yg blh/perlu/terbaik diambil jika merasa ada penyelewengan di dlm sykt tanpa menjejaskan hak2 PS atau pekerja2 di bawah sst sykt itu? Atau, adakah hak2 dan nasib PS dan pekerja di bwh sykt itu terjamin jika laporan dibuat terhadap MD sykt itu?

Banyak pekara perlu dilihat dan dikaji disini. Yang paling penting ... pihak Pemegang Saham menggunakan kuasa mereka dalam melantik dan memecat Pengarah ... dengan kuasa undi mereka pada EGM atau AGM. Pastikan pihak Syarikat mengadakan AGM atau EGM ini ... dan pastikan pihak Setiausaha Syarikat bertindak secara profesional dan tidak berpuak-puak. Dan dari sinilah bermula proses pembetulan (Sekiranya perlu).




SOALAN
From: xxxxxx@yahoo.com>

To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Fri, April 29, 2011 3:51:45 PM
Subject: Pertanyaan

Assalamu'alaikum Radzi,

Sy nak anta PM kat carigold x blh sbb posting x sampai 20 lg. Nak anta kat Visitor Message krg, ramai plk yg membacanya. So, nsb baik blh anta guna email.

So, mcm ni soalan2nya.

Nak tya skit soalan tentang pengurusan atau tindakan seorg MD ddlm sesebuah sykt
Sdn Bhd.

Sedikit latar blkg sykt. Tertubuhnya sykt ini atas usaha, katakanlah 7 org ini. Dan MD yg skrg ini sbnrnye slbm ini, dipelawa utk turut serta di dlm sykt yg akan(pada masa itu) ditubuhkan. Dia diberi kepercayaan utk dijadikan sbg MD sykt dan yg 7 org td dijadikan pemegang saham([B]PS[/B])sykt termasuk dirinya sendiri. Jd ada pecahan2 peratusan saham.

Pada mulanya, apa2 cek yg ingin dikeluarkan memerlukan atleast 2 sign. Tp lama-kelamaan hanya sign dia seorg shj dah cukup. Bermula dr situ byk keputusan, perjalan, penggunaan duit sykt diputuskan oleh dia shj, tanpa memaklumkan kpd PS. Even AGM pun kami x pnh hadir atau lakukan.

Jadi "beribu" persoalan bermain difikiran kami.
Antaranya :-
1. Adakah AGM wajib dilakukan setiap tahun. Jika wajib dan jika dilakukan tanpa pengetahuan PS, adakah beliau telah dgn sengajanya menurunkan tandatangan2 PS sykt utk menyatakan "kedatangan" PS? Jika ini berlaku, apa tindakan yg blh dikenakan?
2. PS ada menerima bonus tahunan, tp tidak pernah mendapat Profit Sharing. Bagaimana dgn dividen? Adakah itu sama dgn Profit Sharing?
3. Apakah maksud passive atau active share?
4. Apakah keistimewaan seseorg PS? Elaun? kereta sykt? atau lain2?
5. Boleh seseorg MD dgn sewenang2nya memberikan saham kepada individu yg lain?
6. Jika seseorg finance personnel sykt tidak memberitahu apa2 perbelanjaan sykt kpd PS, apakah tindakkan yg blh diambil terhadap beliau?
7. Blhkah MD dgn sewenang2nya melantik isteri beliau menjadi Director di dlm sykt ini?
8. Blhkah seorg guru(penjawat awam) memegang jawatan Director didlm sesebuah sykt swasta?
9. Apakah tindakkan yg blh/perlu/terbaik diambil jika merasa ada penyelewengan di dlm sykt tanpa menjejaskan hak2 PS atau pekerja2 di bawah sst sykt itu? Atau, adakah hak2 dan nasib PS dan pekerja di bwh sykt itu terjamin jika laporan dibuat terhadap MD sykt itu?

Mintak maaf la Radzi, byk gile aku tya nih. hehe.. Mana yg blh jwb tu, mtk jwb en Radzi. Tima Kasih la byk2 eh..

Wassalam

Saturday, October 16, 2010

TANGGUNGJAWAB & PERANAN PEMILIK TUNGGAL (ENTERPRISE) & PERKONGSIAN

Salam,
Nak tanya mcm ne yang company bayar cukai tu ek.. Bulan 12 ni nak renew lesen di SSM..so mmg kena g bayar cukai ke.. Macam mana kiraan di buat & berapa % kita kena bayar.. Harap bro radzi dapat bantu sye

  • Kunci Kira-Kira
  • Penyata Pendapatan
  • General Ledger
  • Fixed Asset Schedule and detail dsb.
  • Keuntungan atau Kerugian
  • Elaun Modal
  • Keuntungan atau Kerugian Perniagaan
  • Keuntungan atau Kerugian Perniagaan Perkongsian (Selepas Pembahagian)
  • Kerugian Perniagaan tahun selepas (sekiranya ada)
  • Pengajian – Bagi mereka yang berkerja lain tapi pada masa yang sama berniaga
  • Lain-lain Pendapatan
  • Pelepasan dan pemotongan
  • Susutnilai, Gaji, elaun, bonus, EPF Pemilik Perniagaan
  • Denda dan kompaun
  • Peruntukkan Hutang Ragu
  • Yuran Guaman (Not Business in Nature) dsb.
2009).
  • Pelaporan Penyata Saraan - Borang E dan Borang EA(E Form dan EA Form)- (Bagi setiap kewangan berakhir 31 Disember).
  • Salinan Borang B (melalui e-filing atau salinan borang)
  • Salinan resit pembayaran cukai

Quote:
Salam,

Secara amnya ... cukai hanya dibayar sekiranya terdapat Pendapatan Yang Kena Cukai. Ianya hanya diketahui apabila kita telah membuat Penyata Kewangan dan Pengiraan Cukai.

Dibawah ini merupakan ringkasan garispanduan mengenai Peranan dan Tanggungjawab Perniagaan Milikan Tunggal dan juga Perkongsian. Semoga ini dapat membantu sedikit sebanyak akan kefahaman kita mengenai Penyata Kewangan dan juga pekara mengenai Cukai.


PEMILIK PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL (ENTERPRISE) & RAKAN KONGSI
PENYATA KEWANGAN
Setelah ditubuhkan, Pemilik atau Rakan Kongsi perlu menyediakan Penyata Kewangan yang terdiri daripada :

Untuk makluman, Penyata Kewangan yang lengkap, rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh (7) tahun untuk tujuan rujukan dan semakan terutama dari pihak LHDN iaitu proses Audit Cukai.

Selepas Penyata Kewangan telah disediakan, bagi Pemilik Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) atau Rakan Kongsi akan mengetahui samada perniagaan tersebut mengalami Kerugian ataupun Keuntungan.

Bagi perniagaan oleh Rakan Kongsi, Keuntungan atau Kerugian perlulah dibahagikan berdasarkan kepada persetujuan bersama atau perjanjian perkongsian yang telah dibuat dahulu. Bagi tiada perjanjian perkongsian yang dibuat dan sekiranya berlaku permasalahan, Akta Perkongsian akan merujuk kepada pembahagian samarata diantara Rakan Kongsi.

Di dalam perkongsian. antara pekara yang dibahagikan adalah :


CUKAI

Bagi perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian, mereka perlu tutup akan Penyata Kewangan pada setiap 31 Disember.

Melalui Penyata Kewangan yang telah disediakan, bagi Pemilik perniagaan Milikan Tunggal akan mengisi borang Cukai iaitu Borang B manakala Perkongsian akan mengisi Borang P.

Antara pekara penting yang terdapat didalam Borang BE dan Borang P adalah :


Maklumat megenai Penyata Kewangan juga perlu diisi di dalam Borang B atau Borang P. Antaranya Jualan, Belian, Stok, Susutnilai, Belanja-belanja, Aset Semasa, Aset Tetap, Liabiliti dan Modal. Borang ini juga melampirkan kertas kerja bagi melaraskan Keuntungan atau Kerugian perniagaan (Adjusted Income).

Terdapat item Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan di mana ianya perlu dicampur semula dalam penghasilan Pendapatan Dilaraskan.

Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan adalah:

Selepas pengiran dibuat, maka individu tersebut akan mengetahui akan berapa jumlah cukai yang dikenakan (sekiranya ada). Jumlah yang terakhir didalam pengiraan seperti Borang B dinamakan Pendapatan Bercukai. Disini kita akan merujuk Jadual Kadar Cukai mengenai berapa jumlah Cukai yang dikenakan.. Sebagai contoh Pendapatan Bercukai adalah RM70,000, berdasarkan Jadual Kadar Cukai adalah RM7,125 (Tahun Taksiran


PELAPORAN CUKAI LAIN

Pemilik perniagaan Milikan Tunggal mahupun Perkongsian perlu juga melaksanakan tanggungjawab lain seperti di bawah :
Bagi mereka yang ingin membuat pinjaman atau pekara-pekara yang boleh membuktikan dengan pekara cukai, mereka boleh membuat salinan-salinan sebagai bukti mengenai isu-isu percukaian.
Ketika ini LHDN telah menjalankan Sistem Taksiran Sendiri. Di bawah system ini, Borang J tidak lagi dikeluarkan kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dikhendaki mengira sendiri cukai pendapatan mereka. Borang Nyata (Borang B) yang telah dikemukakan kepada LHDN dianggap sebagai notis taksiran.


p/s : ... harap ini membantu

Sunday, September 5, 2010

PERTANYAAN : PENGARAH

Salam encikz,

1. Saya hanya membantu apa yg terdaya sahaja.
2. Strategi Perlantikan dalam Perniagaan

Apabila sesuatu perniagaan Sdn. Bhd., maka penganjur penubuhan Sykt Sdn. Bhd. telah menetapkan :
  1. Siapa Pemegang Saham
  2. Siapa Para Pengarah
  3. Aktiviti Perniagaan Dijalankan
... kesemuanya ini termaktub dalam M & A syarikat dan juga dalam First Board Meeting (Mesyuarat Pengarah Pertama).

Pada kebiasaanya ... para Pemegang Saham (pada peringkat awal) telah memutuskan untuk melantik Para Pengarah ... samada mereka sendiri mahupun orang lain. Maka mereka yg dilantik sebagai Pengarah ... secara dasarnya akan melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yg telah diputuskan dalam First Board Meeting (Bagi situasi Syarikat Sdn. Bhd. yg baru ditubuhkan).

Bagi Syarikat yg telah lama beroperasi ... Para Pengarah akan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan Objektif Syarikat. Halatuju Syarikat ... pada kebiasaanya akan dibincangkan bersama dengan Pemegang Saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Board of Directors (Para Pengarah)... mempunyai kuasa untuk melantik Pengarah Baru atau Pengurus ... sekiranya mereka merasakan memerlukan. Kesemuanya bergantung kepada hasil keputusan BOD (Board Of Directors) dan juga Para Pemegang Saham. Oleh yg demikian BOD ... haruslah menilai akan kesesuaian dan kepentingan sesuatu perlantikkan. Pihak Pemegang Saham tidak boleh mencampuri urusan Para Pengarah ... selagi BOD mematuhi akan peraturan dan Akta yg telah ditetapkan.

Tubuh Syarikat dahulu ... dan baru merancang aktiviti Syarikat ... ada juga berbuat demikian. Pengambilan pekerja oleh Human Resources syarikat ... pada kebiasaanya bergantung kepada keperluan Syarikat tersebut bagi melaksanakan sesuatu kerja. Bila wujudnya keperluan ... maka akan wujudnya permintaan.

Bagi keperluan perlantikkan Pengarah2 lain (selain dari Pengarah Asal semasa penubuhan bagi Syarikat baru)... kesemuanya bergantung kepada BOD dan juga Pemegang Saham Syarikat. Tiada turutan yg ditetapkan oleh Akta bagi melantik Pengarah2 yg lain ... seperti Pengarah Kewangan atau Pengarah Operasi.

Sebagai contoh ... Syarikat ingin menjalankan sesuatu Projek yg penting ... pada kebiasaanya BOD akan melantik Pengarah Projek ataupun Pengurus Projek. Sekiranya dari sudut kewangan syarikat pula ... pihak syarikat masih boleh mengawal akan kewangan ... mungin BOD merasakan tidak perlu untuk melantik Pengarah Kewangan ... mungkin cuma setakat melantik Pengurus Kewangan. ... maka kesemuanya adalah mengikut kesesuaian dan keputusan BOD tadi.

p/s: ... harap ini membantu


Quote:
Originally Posted by encikz
Salam en Radzi,

Terima kasih kerana menjawab posting-posting disini. Saya ingin bertanye sedikit. Selalunya, apakah strategi dari segi pengambilan pekerja oleh Human Resource syarikat untuk syarikat sendirian berhad?

Soalan ini saya tanye kerana kadang-kadang strategi perniagaan yang sesetengah orang buat ialah tubuhkan syarikat sdn bhd dulu, kemudian baru cari bisnes.

Katakan bila kita mendaftar syarikat sdn bhd, kita sudah ada 2 orang pengarah dan dari situ kita lantik 1 orang Pengarah Urusan. Apa lantikan yang berikutnya mengikut turutan kepentingan supaya syarikat kita itu lebih tersusun dan dapat memenuhi keperluan sebuah syarikat sdn bhd?

Contohnya:-

Adakah perlu melantik Pengurus Operasi terlebih dahulu atau Pengurus Kewangan terlebih dahulu? Atau Pengurus Marketing, Setiausaha atau etc?
__________________

Saturday, July 17, 2010

PERTANYAAN - AUDIT & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


From: xxx
To: mr.radzi@ymail.comSent: July 13, 2010
salam en radzi,
saya baru sahaja tmat pengajian dan tlh bekerja selama sebulan dlm sebuah syarikat sdn bhd.saya ada beberapa kekeliruan dan harap encik dapat beri tunjuk ajar.
saya ditugaskan untuk menyediakan akaun, untuk makluman tuan syarikat ditubuhkan pada 2007 dah telah buat 18 bulan audit pertama berakir 31 jan 2009.bagaimana dengan annual return syarikat dan bolehkah saya memilih untuk membuat akaun seterusnya pada 1 feb 2009-31 jan 2010.
terima kasih
1. Pekara dan hal ehwal mengenai Annual Return ... akan dilakukan oleh Setiausaha Syarikat. Mereka akan bertanggungjawab untuk menyediakannya cuma soalan ini agak kurang jelas. Bagi tahun pertama memang Akta membenarkan Akaun Syarikat boleh ditutup tidak melebihi 18 bulan dan tahun seterusnya tidak boleh melebihi 12 bulan.





Sekiranya Tarikh perakaunan adalah 18 bulan dari tarikh penubuhan ... bilakah masa untuk membuat AGM dan seterusnya Annual Return. Menurut Akta Syarikat juga membenarkan tarikh maksimum unutk membuat AGM dan Annual Return adalah 18 bulan juga.Disini isu tarikh maksimum telah bertindih. Kedua2 Akuan(Audit) dan Annual Return adalah sama, sedangkan untuk mengadakan Annual General Meeting (AGM) memerlukan notis sekurangnya 14 hari dari tarikh AGM tersebut. Antara tujuan AGM adalah untuk membentangkan Audited Accounts.Sekiranya Tarikh perakaunan adalah 18 bulan dari tarikh penubuhan ... bilakah masa untuk membuat AGM dan seterusnya Annual Return. Menurut Akta Syarikat juga membenarkan tarikh maksimum unutk membuat AGM dan Annual Return adalah 18 bulan juga.Disini isu tarikh maksimum telah bertindih. Kedua2 Akuan(Audit) dan Annual Return adalah sama, sedangkan untuk mengadakan Annual General Meeting (AGM) memerlukan notis sekurangnya 14 hari dari tarikh AGM tersebut. Antara tujuan AGM adalah untuk membentangkan Audited Accounts.Disini isu tarikh maksimum telah bertindih. Kedua2 Akuan(Audit) dan Annual Return adalah sama, sedangkan untuk mengadakan Annual General Meeting (AGM) memerlukan notis sekurangnya 14 hari dari tarikh AGM tersebut. Antara tujuan AGM adalah untuk membentangkan Audited Accounts.2. Akaun seterusnya boleh dibuat seperti dicadangkan. Dalam Akta Syarikat bagi tahun selepasnya, ianya harus tidak melebihi 12 bulan (atau kurang).Semoga ini membantu2. Akaun seterusnya boleh dibuat seperti dicadangkan. Dalam Akta Syarikat bagi tahun selepasnya, ianya harus tidak melebihi 12 bulan (atau kurang).Semoga ini membantuSemoga ini membantuRadzi.CA(M)

Jawapan :Salam,Oleh yg demikian, Setiausaha Syarikat seharusnya akan maklum dan berhati2 dengan pekara ini. Ini adalah tanggungjawab mereka.

Sunday, July 4, 2010

PERTANYAAN : PERTUBUHAN DAN SYARIKAT - KAWALAN

Salam,

saya cuba menerangkannya ...
Quote:
Salam semua..
Pada saudara md radzi... saya ade sedikit soalan berkaitan persatuan keluarga dengan perniagaan... mana sy boleh dapatkan info mengenainya? dan ade lagi soalan dari saya kalau saudara md radzi sudi membalas..

1. adakah persatuan sama struktur dengan syarikat?.. bermakna adakah persatuan boleh menubuhkan 1 syarikat yg dimiliki oleh persatuan tersebut? (persatua keluarga)
... maklumat yg sebaiknya .. boleh merujuk kepada ROS (SSM) ... mereka mampu menerangkan secara baik dan menurut Undang2 Pertubuhan.
... struktur .. ianya tidak sama ... yg paling berbeza adalah dari segi undian ... Dalam persatuan ... setiap ahli mempunyai atau (1) undi sahaja ... manakala dalam Syarikat Sdn. Bhd. ... undian berasaskan kepada berapa banyak pegangan saham ... iaitu semakin banyak sesorang atau entiti memegang saham ... semakin banyak undian mereka.
... jawatan di dalam Pertubuhan seperti Pengerusi, Bendahari dan Setiusaha ditentukan oleh undian ... satu orang satu undi ... manakala didalam Syarikat Sdn. Bhd ditentukan oleh Pemegang Saham ... dan Pemegang Saham yg terbesar yg akan menentukan dan memutuskan akan pemilihan Pengarah dsb.

Quote:
2. boleh persatuan keluarga memegang saham dalam syarikat yg diwujudkan untuk kepentingan persatuan?
... Pegangan Saham ... Boleh ... tiada masalah. Namun perlu diingatkan ... Pertubuhan adalah ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan dan manakala Syarikat dibawah Akta Syarikat. Maka ... setiap pekara akan merujuk kepada Akta2 yg telah ditetapkan.

Quote:
3. adakah cara ini sama dengan konsep seseorang atau syarikat lain memiliki pegangan saham dalam syarikat yg diwujudkan? maknanya persatuan = pemegang saham?...
Harap saudara md radzi dalam membalas, terima kasih..[/quote]

... Dalam Akta Syarikat ... telah mewajibkan ... setiap Syarikat Sdn. Bhd. perlu mempunyai sekurang-kurangnya ... 2 Pemegang Saham ... dan juga 2 orang Pengarah. Oleh yg demikian ... didalam isu ini ... Penubuhan Keluarga tadi ... boleh menjadi antara Pemegang Saham bagi sesebuah Syarikat ... tapi tidak boleh memegang kesemua saham Syarikat.
... Begitu juga dengan Pengarah ... Persatuan secara umumnya tidak boleh Pengarah ... sebab Pengarah mestilah seorang 'manusia'. Oleh yg demikian pihak Persatuan perlulah melantik sesorang bagi mewakilkan mereka.

p/s: Persatuan tersebut perlu memastikan didalam Artikel Persatuan telah menyatakan akan aktiviti ini supaya ianya tidak bercanggah akan objektif penubuhan Persatuan.

... harap ini membantu

Monday, May 17, 2010

PERTANYAAN : PEMBAYARAN KEUNTUNGAN SYKT. SDN. BHD.

Quote:
En Radzi,
Saya nak tanya berkenaan syarikat sdn bhd ni..macam mana cara pembahagian keuntungannya...adakah berdasarkan pegangan syer atau berdasarkn sumbangan modal. Masalah kami ni..sumbangan modal berdasarkan perbelanjaan yang perlu dan sapa yang sanggup bayar..kemudian kami tak ada buat perjanjian macam mana pembahagian keuntungan/kerugian, Harap En Radzi..tolong mcm mana nak buat..cuma yang ada ialah pegangan syer je.
Salam,
... mudah sahaja ...

PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN.
Didalam Syarikat Sdn. Bhd. ... pembahagian keuntungan hanya boleh dilakukan melalui pengagihan DIVIDEN ... tiada cara lain. Ini adalah antaranya sebab mengapa entiti yg bernama Syarikat Sdn. Bhd. dan Bhd. wujud. Para Pemegang Saham melaburkan duit mereka kedalam Syarikat dan mengharapkan keuntungan melalui pembayaran Dividen. Ini adalah ASAS utama Syarikat SDn. Bhd. dan Bhd.

Dividen hanya diberikan kepada Pemegang Saham sahaja. Siapa yg memegang saham ... merekalah yg mendapat Dividen. Bagi mereka yg menyumbangkan MODAL ... tapi ... tidak melalui pemegangan saham syarikat ... maka mereka ini bukanlah pemegang saham yg sah dan tidak diiktiraf. Sebaliknya bagi mereka yg meyumbangkan modal tadi ... hanya diambil kira sebagai Pemiutang kepada Syarikat ... iaitu Syarikat berhutang kepada mereka.

Status:
1. PEMIUTANG
Anggap mereka sebagai Pemiutang atau SubCon. Katakan ... mereka memasukkan duit sebanyak RM40,000 bagi projek RM60,000 dan keuntungan RM20,000 ... dan dibahagi 50/50 ... iaitu samarata. So ... bila projek selesai ... Bayar balik duit mereka RM40,000 termasuk untung iaitu RM10,000 ... maka keseluruhan adalah RM50,000.

Didalam Perakaunan ... mereka ini adalah SubCon bagi Syarikat. Pembayaran bagi Keuntungan akan dinamakan Kos Projek dan Pembayaran keatas Modal tadi akan ditolak semula ke Pemiutang.

2. KERUGIAN
Bila projek tersebut rugi ... isu disini ... adakah perlu Syarikat membayar modal tersebut . Kalau YA ... maka Modal tadi ... tetap akan dijadikan PEMIUTANG ... cuma disini ... pembayaran semula akan bergantung kepada persetujuan kedua2 pihak. Maksudnya ... kena bayar penuh ker ... atau kena bayar sesetengah ker ... ikut persefahaman.

... harap ini membantu ...

Sunday, December 20, 2009

PERTANYAAN : GANJARAN PENGARAH

Assalmkm En Radzi

Saya Aspah, dari Sabah, ingin bertanya,
1) Adakah pengarah syarikat (bukan eksekutif) layak untuk dapatkan subsistence allowance?
2) Adakah pengerusi syarikat dan timbalan pengerusi syarikat (both non-executives) layak mendapat meeting allowance on top of their monthly fixed allowance of RM5,000.00 and RM3,000.00.

Saya berharap En Radzi dapat membantu , saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan wasalam

Aspah

Jawapan :

Salam,

Persoalan Tuan adalah merujuk kepada allowance .... layak atau tak layak. Disini kita hendaklah melihat akan polisi dan peraturan2 Syarikat. Untuk makluman ...Gaji, Elaun, Ganjaran dan juga benefits untuk Pengarah telah ditetapkan ... samada dalam bentuk polisi mahupun peraturan2 ... kesemuanya direkodkan. Tuan boleh merujuk akan pekara tersebut.

Untuk makluman Ganjaran Pengarah, pada kebiasaanya akan ditetapkan didalam mesyuarat AGM .... namum begitu bagi Syarikat2 kecil pekara ini tidak menimbulkan isu ... malah tiada ketetapan dibuat (lebih merupakan Syarikat kecil dan famili business) ... namum masih juga perlu kelulusan pihak Pemegang Saham. Bagi Syarikat2 besar, pekara ini selalunya dinyatakan secara rasmi melalui mesyuarat Para Pengarah mahupun Mesyuarat Agung Tahunan.(ikut kesesuaian).

Oleh yg demikian .... ketetapan bagi setiap Syarikat adalah berbeza2 ... kerana ianya merupakan polisi dan peraturan Syraikat itu sendiri.

Oleh itu, persoalan Tuan hendak merujuk kepada peratauran dan polisi Syarikat itu sendiri yg telah ditetapkan. Sekiranya tiada dinasihatkan supaya ditetapkan didalam mesyuarat bagi mengelakkan masalah kemudian hari.

p/s: harap ini membantu

Thursday, January 22, 2009

Senario : Peranan & Tugas Wakil Cukai (Tax Agents)

Bro Radzi, ini ada satu atau lebih soalan...hehehe. Berapakah kadar fee / caj tax agent? Anggaran ler? Kalau jawapannyer harga boleh runding, itu umum sangat bro! Nak gak ada estimate price...hehe.
Bgmana seseorg tax agent menjalankan perkhidmatannya? Maksudnya, adakah kita ambil service apabila nak tutup akaun sahaja...rasanya inilah masanya pun! Berapa agaknya bayaran dikenakan kalau kita minta service i.e consultancy on tax misalnya utk 3 bulan atau 6 bulan pertama supaya kita dpt mengetahui sebarang `adjustment' jika perlu dilakukan?
Last not least, rasanya tiada masalah kalau sykt daftar KL atau cth Sabah...tapi kita ambil service tax agent yg berdaftar cth di Melaka. Betul ker?

Kadar :
a. RM800 --> Bagi Sykt separuh aktif dan aktiviti sederhana ke bawah dan tak compilcated
b. RM1,200 --> Bagi Sykt sederhana ke atas dan aktif (level sederhana dan tidak terlalu heavy transction)
c. RM2,000 keatas --> Bagi Syarikat heavy transaction dan complicated transaction.
Pada kebiasaanya, Tax Agent tugas mereka (dalam konteks Cukai Syarikat) hanyalah menyediakan pengiraan cukai apabila Audit telah dibuat. Selagi Audit Report belum dikeluarkan mereka tidak boleh menyediakan pengiraan cukai Syarikat. Sekiranya sesebuah Syarikat meminta menyediakan anggaran cukai dikenakan based pada management account, mereka akan menyediakan...namun jawapanya yg pasti kita akan jumpa...."Ianya boleh dilakukan tapi tidak muktamad...ianya boleh berubah2"

Bayaran kepada ie consultant...bergantung kepada kepakaran mereka. Ada yang bagus, ada separuh masak dan 'ada tiruan'. Sudah pasti yang bagus tu mahal. Kalau nak tahu bagus atau tidak..uji mereka dulu dengan simple question yg mana kita dah tahu jawapannya. Kemudian tengok 'scope area' dan sejauh mana tanggungjawabnya...maksudnya lepas konsultant buat kerja..adakah mereka juga turut bersama bila LHDN buat Audit Cukai...atau dah dapat payment...hilang terus....macam2 jenis ada...
Pada kebiasaanya yang biasa menjalankan urusan begini adalah Akauntan Bertauliah atau mereka yg berpengalaman atau sesorang yang faham betul akan Perakaunan, Audit dan juga Cukai...sebabnya semuanya berkait. Audit dan Cukai hanya boleh dilaksanakan sekiranya Akaun telah siap. Berapa banyak cukai dikenakan juga bergantung kepada Akaun juga. So...kalau sesebuah Syarikat mempunyai Akauntan yg bagus...sudah tentu Syarikat mendapat banyak kelebihan dan manfaat.

Oleh yg demikian...bagi Syarikat kecil dan sederhana..tak perlu ambil konsultant secara berkala..kerana kosnya mahal..cuma sebelum akaun Syarikat diaudit hubungi konsultant atau kawan2 baik anda untuk mendapatkan khidmat nasihat sewajarnya.
...Betul tiada masalah..ianya bebas. Ini adalah hak Pembayar Cukai.

p/s: harap ini membantu

PERTANYAAN : Berniaga Dengan Wujudnya Entiti Perniagaan

Salam En Radzi,
kes saya begini:
saya nak bungkus dan edarkan keropok keping ke kedai2 runcit di kawasan sekitar rumah saya dan ke mana2 sahaja mengikut tempahan oleh individu. saya jalankan secara kecil kecilan. mungkin hanya dengan kapasiti 30kg sebulan. kos yang terlibat tak sampai RM1000.
jadi soalan saya;
1) adakah saya perlu mendaftarkan syarikat saya dahulu sebelum membuat pembungkusan keropok tersebut? sebab nanti dalam bungkusan tu saya nak letak no telefon saya. saya bimbang salah dari segi undang2 untuk edarkan barang secara individu tanpa mendaftarkan syarikat. maksud saya adakah kene daftar syarikat dulu baru boleh edarkan ke kedai runcit..
2) apekah lagi yang perlu saya tahu tentang pengurusan sebuah syarikat enterprise?? saya bimbang jika saya menyalahi undang2. takot hangus macam tu jek nanti duet kalo cara saya salah dari segi undang2 nih. mungkin tentang cukai, akaun sebagaimana yang perlu ada untuk tujuan audit dan sebagainye yang berkaitan dengan keperluan undang2.
terima kasih sekali lagi En Radzi..

Jawapan :
Tiada kesalahan kalau saudara hendak berniaga seperti apa saudara cadangkan. Tiada halangan.
Kalau kita nak edarkan produk kita tidak semestinya perlu kita menubuhkan entiti perniagaan. Boleh dibuat secara biasa. Namun apabila perniagaan kita semakin membesar dan semakin serius maka terdapat banyak faktor-faktor perlu dipertimbangkan pula. Terdapat juga entiti-entiti tertentu yg menyebabkan perniagaan kita perlu didaftarkan. Antaranya isu-isunya adalah :
  • Apabila kita berniaga sudah tentu kita memerlukan lesen perniagaan. Oleh yg demikian lesen perniagaan hanya boleh dikeluarkan apabila wujudnya perniagaan tersebut samada Perniagaan Tunggal (Enterprise), Perkongsian mahupun Syarikat Sdn. Bhd.
  • Kemudahan iaitu apabila kita memohon bantuan seperti kemudahan pinjaman, kemudahan akaun bank perniagaan dsb perniagaan kita perlu didaftarkan bagi melayakkan memohon kemudahan tersebut dan sebagainya.
  • Di dalam konteks cukai pula, setiap pendapatan yang diperolehi di dalam negara akan dicukaikan. Sekiranya kita berniaga tanpa menubuhkan apa-apa entiti seperti Peniagaan Tunggal (Enterprise) pendapatan kita akan dianggarkan seperti mana pengiraan cukai Perniagaan. Kita pula tidak boleh tuntut elaun modal, perbelanjaan yg terlibat didalam perniagaan seperti perbelanjaan minyak, toll, sewa kedai, perbelanjaan kenderaan dan sebagainya. Sekiranya perniagaan kita pula rugi, kerugian kita tidak boleh dibawa ketahun hadapan. Terlampau banyak kekurangannya kalau kita berniaga tanpa entiti perniagaan yang sah.
Cadangan:
Pada peringkat awal berniaga digalakkan saudara mempunyai entiti perniagaan secara sah. Kos yan paling murah untuk menubuhkan entiti perniagaan adalah Perniagaan Tunggal (Enterprise) iaitu dalam anggaran RM70 hingga RM150 sahaja. Cukup murah dan senang dikendalikan. Perniagaan jenis ini banyak ditubuhkan oleh peniaga-peniaga kecil. Malah kalau kita hendak tutup perniagaan ini juga cukup mudah. Hanya perlu melaporkan secara rasmi kepada SSM tentang penutupan perniagaan ini.

Setiap entiti perniagaan terikat dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri. Sebagai contoh Perniagaan Milik Tunggal (Enterprise) terikat dengan Akta Perniagaan manakala Syarikat Sdn. Bhd. pula terikat dengan Akta Syarikat. Dari segi cukai setiap perniagaan akan ditaksirakan cukai mengikut entiti perniagaan tersebut. Audit pula hanya dilakukan keatas entiti perniagaan bertaraf Sdn. Bhd. dan Berhad. Ini disebabkan telah termaktub di dalam Akta Syarikat 1965. Jangan risau akan duit hangus kalau kita tak ikut undang-undang. Just follows the rules...perniagaan anda selamat..ianya tak susah..percayalah.

Sekiranya saudara ingin mengetahui jenis-jenis perniagaan dan maklumat lebih mendalam bolehlah melawat blog saya
"Perniagaan, Syarikat dan Anda" di http://ca2on9-biz.blogspot.com
Saya akan sentiasa berusaha mengemaskinikan dengan maklumat yg berkaitan. Sebarang pertanyaan berkaitan juga boleh diajukan diblog ini.

p/s : harap ini membantu.

Tuesday, December 23, 2008

Name of Company

Dear Anne,
Before any steps can be taken to incorporate a Company, the name by which the Company is proposed to be incorporated must be chosen and the approval of the ROC (SSM) for the use oft he name be obtained. The ROC has the discretion to reject a proposed name which in his opinion (Section 22(1):
  • is undesirable; or
  • is a name similar to the name of another existing Company
  • a name which has been reserved
  • is a name that the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affair has directed th ROC not to accept for incorporation.
The words ie...King, Sultan, Federation, ASEAN, Bank, Crown etc will not accepted by ROC unless consent from Minister is obtained. Also the words that are misleadng as to the indentity, nature, objects or purpose and also that are blasphemous or likely to be offensive to members of the public.

Penggulungan Syarikat & Pemiutang

En. Azlan,
Jenis-jenis Penggulungan (Seksyen 211) :
  • Penggulungan wajib kerana perintah mahkamah
  • Penggulungan sukarela
Penggulungan Wajib :
Atara mereka yg boleh membuat permohonan dari Mahkamah untuk penggulungan wajib :
  • Ahli Syarikat sendiri iaitu Pemegang Saham
  • Pemiutang termasuk Pemiutang Bercagar, Pemegang Debentur, Pemiutang biasa etc.
  • Pendaftar Syarikat diatas alasan kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung, Kekurangan dsb. bilangan Ahli
Selepas penggulungan, senarai hutang2 berikut hendaklah dibayar mengikut susunan sebagaimana yg telah ditetapkan oleh mahkamah :
  • Pemiutang bercagar
  • Pemiutang penghakiman
  • Pemiutang khas
  • Pemiutang tak bercagar dsb
Semua pemiutang yg ingin membuat tuntutan dikhendaki mengemukakan penyata tuntutan mereka kepada Pegawai Penyelesai.

Penggulungan Sukarela:
Sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela dengan cara meluluskan resolusi biasa atau resolusi khas Ahli di Mesyuarat Agung. Bagaimanapun dalam masa 7 hari setelah diluluskan resolusi tsbt, satu salinan mestilah diserahkan kepada Pendaftar Syarikat (SSM). Dalam tempoh 10 hari hendaklah disiarkan di dalam akhbar yg diedarkan di seluruh Malaysia.Kegagalan untuk mematuhi syarat2 akan mengakibatkan Syarikat dan semua pegawai2 (Pengarah) bersalah dan akan dikenakan denda.

Pengarah syarikat haruslah melantik Pembubar yg diluluskan untuk menjadi pembubar sementara.

Persoalan :
Apabila sesuatu Syarikat telah diistihar Bankrupt oleh mahkamah dan telah mengikuti segala prosedur yg telah ditetapkan maka tiada lagi tuntutan yg boleh dituntut. Sebagai pemiutang kita perlu :
  • memastikan status syarikat tsbt samada dalam proses pengulungan atau tidak aktif lagi. Terdapat syarikat yg tidak aktif tapi mereka istiharkan bankrupt secara mulut sahaja. Namun pada hakikatnya syarikat tsbt belum digulung secara rasmi. Erti kata lain....cabut lari. Buat Company Search di SSM bagi memastikan status terkini.
  • Menggunakan Peguam bagi memastikan amaun yg terhutang dituntut secara undang2.
Tuntutan kepada Pengarah dan Pemegang Saham:
Bagi Sdn. Bhd. tuntutan kepada Pengarah hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat perjanjian khas yg melibatkan Pengarah secara individu. Namun pada kebiasaanya kesemua aktiviti yg terlibat yg melibatkan Syarikat akan terhad kepada Syarikat sahaja dan tidak akan melibatkan Pengarah...(Konsep Liabiliti Terhad). Begitu juga dengan Pemegang Saham

Tuesday, December 16, 2008

Set-up A Company and Company Secretary

Dear Anne,
Every company is required by statute to have at least one company secretary in Malaysia. The company secretary must be of full age (18 years old) with his principal or only place of residence in Malaysia.
The secretary is to be appointed by the board of directors and either himself or his agent or clerk is required to be present at the registered office of the company on the days and at the hours which the registered office is to be accessible to the public.
What are the qualifications of company secretaries?
The company secretary must be a member of a professional body or licensed by the Companies Commission of Malaysia pursuant to section 139 of the Companies Act.
The Minister has approved the following professional bodies as the prescribed professional bodies:
1. The Malaysian Association of The Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA)
2. Malaysian Association of Company Secretaries
3. The Malaysian Bar
4. The Malaysian Institute of Accountants (MIA)
5. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
6. The Sabah Law Association
7. The Advocates' Association of Sarawak
Typical work activities

A company secretary's role covers a wide variety of functions and is partly dependent on the company for which they work. Typical work activities include:
  • Organising, preparing agendas for, and taking minutes of board meetings and annual general meetings (AGMs);
  • Maintaining statutory books, including registers of members, directors and secretaries;
  • File statutory returns (in the prescribed forms) required by the Companies Act 1965 with the Companies Commision of Malaysia (SSM);
  • Contributing to meeting discussions, as and when required, and advising members of the legal, governance, accounting and tax implications of proposed policies;
  • Liaising with external regulators and advisers, such as lawyers and auditors;
The cost in set-up new Company is estimated around RM2,200 to RM2,500 which includes :
  • Company’s common seal
  • Minute Book
  • Stamp Duty
  • Share Certificates
  • 1st Bank Resolution (Includes Certified True Copies)
  • 1st Directors Meeting Documents
  • Attestation Fee for 2 Directors
  • Memorandum & Articles of Association x 5 sets
  • Registers Book
  • Filing Fees & Form Preparations
  • 1 time name search (subsequent name search will be chargeable at RM60.00)
  • Authorised Share Capital of RM100,000.00
Normally secretary fee is ranging from RM60 to RM100 per month and some Company Secretary do not charge their clients for using of Company Secretary office adress as their Registered Office.

Note: You may contact me (as above) for more information and clarification.

Wednesday, December 10, 2008

Syarikat Hartanah

Salam,
Seperti kita maklum industri hartanah dikawal selia oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah. Boleh merujuk kepada link dibawah.

Secara amnya, barang siapa ingin menjadi agen bertauliah dan firma anda perlulah mempunyai lesen dan berdaftar. Badan ini mempunyai polisi & peraturan yg telah ditetapkan. Dinasihatkan kepada yg ingin melibatkan dlm industri hartanah supaya memperolehi lesen dan berdaftar.

http://www.lppeh.gov.my/role.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...