Showing posts with label Perniagaan - Pemilihan Entiti Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan - Pemilihan Entiti Perniagaan. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

SYARIKAT SDN. BHD & MILIKAN TUNGGAL

From: xxx@yahoo.com.my>
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent: Sunday, October 2, 2011 4:08 AM
Subject: Pertanyaan


                                          


Salam,,

En.Radzi,,sy ada 4 share holder trmasuk sy dlm Syarikat Enterprise,,tetapi ianya didaftar atas nama sy seorg sahaja (perkongsian kami direkod diatas kertas perjanjian lain) soalan saya;

1)Sekiranya sy ingin tubuh syarikat Sdn.Bhd,,WAJIBKAH utk sy utk meletakn keempat2 penama pemegang saham ni diatas sijil pendaftaran syarikat?

2)Didalam Sdn.Bhd blehkah rekod perkongsian pemegang saham dibuat diatas kertas lain?(lawyer agreement)

Dihrp En.Radzi dpt membantu. Sekian.


Thursday, September 22, 2011

Pertanyaan : Pemilihan Syarikat Sdn. Bhd atau Milikan Tunggal (Enterprise)




From: xxx@yahoo.com>
To: "mr.radzi@yahoo.com"Sent: Wednesday, September 14, 2011 8:36 PM
Subject: syarikat baru


SOALAN

Salam
Saya ada banyak persoalan biar saya mulakan dengan mengenalkan diri saya, saya berkerja sebagai jurutera dalam sebuah syarikat swasta.

Saya baru sahaja lulus perperiksaan profesional dan kini telah register sebagai jurutera profesional.

Saya bercadang untuk membuka FIRMA PERUNDING sendiri bersama kawan saya. Kami tidak bercadang untuk berhenti dari kerja kami sekarang sehingga kami memperolehi PROJEK yang melayakkan kami berhenti. Dalam SITUASI KAMI INI apakah jenis syarikat yang sesuai untuk kami ENTERPRISE atau SDN BHD?

Kami tidak berapa jelas tentang perkara ini. Dengan memikirkan bahawa syarikat yang bakal ditubuhkan belum ada kemampuan dari segi financial disebabkan projek belum ada. kami bimbang jika daftar SDN BHD ia akan jadi beban kepada kami untuk membayar dan mengaudit syarikat kami setiap tahun.

Kami mendapati bagi FIRMA PERUNDINGAN KEJURUTERAAN banyak yang daftar secara ENTERPRISE dan masih lagi mendapat projek-projek kerajaan adakah perlu untuk mendaftar SDN BHD?
Dan jika mendaftar syarikat ENTERPRISE apakah kos yang mesti kami tanggung setiap tahun jika syarikat belum ada projek?berapa pula kos bagi syarikat SDN BHD setiap tahun?

Harap sangat tuan dapat membantu. sekian terima kasih

JAWAPAN:

Salam Tuan,
Pandangan :

1. Entiti Perniagaan (Milikan Tunggal)
a. Ditubuhkan dibawah Akta Perniagaan.
b. Kos penubuhan didalam RM60-RM70
c. Harta dan Tanggungan adalah jatuh ke atas Pemilik
d. Kadar Cukai adalah berdasarkan kadar Individu
e. Urusan dengan SSM perlu dilakukan sendiri (Pemilik) dan tidak boleh diwakilkan.
f. Kos maintenance rendah berbanding Syarikat Sdn. Bhd.
g. Akaun Perniagaan tidak perlu diaudit
h. Tidak memerlukan Setiausaha Syarikat 

2. Entiti Syarikat Sdn. Bhd.
a. Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat
b. Kos penubuhan didalam RM2,500
c. Harta dan Tanggungan adalah terhad kepada Syarikat
d. Kadar Cukai Syarikat bermula pada 20%
e. Urusan SSM boleh dibuat melalui Setiausaha Syarikat
f. Akaun perlu diaudit ... dsb 


Setiap entiti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Ianya bergantung kepada kesesuaian dan matlamat mereka yg ingin menubuhkan dan menjalankan perniagaan. 


a. Sekiranya bermatlamat jauh dan melibatkan modal, usaha yang banyak di dalam perniagaan ... Syarikat Sdn. Bhd. adalah yg terbaik. Kos agak tinggi berbanding Milikan Tunggal namum ianya mempunyai banyak kelebihan. Secara amnya perniagaan melalui Syarikat Sdn. Bhd. kebanyakkan ditubuhkan bagi mereka yg agak serius dan komitmen dgn perniagaan mereka. 

b. Sekiranya ingin mencuba dahulu dan tidak beberapa yakin ... Milikan Tunggal adalah terbaik. Kos rendah dan ramai yg membuka. Milikan Tunggal ini berniaga secara kecil2lan. Sekiranya mereka tidak berminat, mereka akan tinggalkan perniagaan ini begitu sahaja (tak renew Pendaftaran).

Banyak faktor2 lain yg perlu dipertimbangkan. Sekiranya terdapat persoalan, Tuan boleh menghubungi saya, Insyallah saya akan terangkan sebaik mungkin.

Radzi

CA(M)
019 - 300 7730


Firma Perunding. Pada kebiasaanya bagi golongan Profesional, mereka mempunyai Badan yg mengawal. Sebagai contoh Peguam dikawal oleh Bar Council, Akauntan oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA) dsb.

Sekiranya terdapat pilihan, kebanyakkan golongan profesional akan memilih akan entiti Syarikat Sdn. Bhd. sebagai entiti perniagaan mereka.

Disini isu yang paling utama adalah :

a. Liabiliti (Tanggungan) - Liabiliti Syarikat Sdn. Bhd. akan terhad atau berhenti setakat Syarikat Sdn. Bhd. sahaja sedangkan Milikan Tunggal (Enterprise) akan melibatkan pemilik sepenuhya dan boleh menyebabkan tindakan oleh mahkamah.

b. Cukai - Kadar cukai bagi Syarikat Sdn. Bhd. agak rendah iaitu 20% bagi Pendapatan Bercukai dibawah RM500,000 berbanding Milikan Tunggal iaitu 26% apabila melebihi tahap maksimum seperti didalam Jadual Cukai Kadar Individu.

c. Dividen - Hanya boleh dikeluarkan melalui Syarikat Sdn. Bhd sahaja dan tidak boleh melalui Milikan Tunggal (Enterprise) mahupun Perkongsian.

Secara amnya, kos maintenance bagi Syarikat Sdn. Bhd. lebih tinggi dari Milikan Tunggal (Enterprise). Namun secara keseluruhannya bagi mereka yang benar-benar komitment, kos2 penjagaan adalah tidak sebesar mana berbanding dengan kelebihan dan kekuatan entiti Syarikat Sdn. Bhd.

Perbezaanya yang ketara adalah
 Kos Audit (Yang berdasarkan kepada Jualan Tahunan Syarikat).
Selain daripada itu ... kos yang lain adalah sama dengan kos Milikan Tunggal (Enterprise) ... iaitu



KOS
a. Kos Setiausaha Syarikat dan SSM (Secretarial fee dan Annual Return)
b. Membuat Akaun Perniagaan
c. Membuat Pengiraan Cukai (LHDN)

Oleh yg demikian ... secara amnya ianya bergantung kepada matlamat utama perniagaan. Setiap entiti mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Thursday, June 5, 2008

Perbezaan Entiti Perniagaan

Perbezaannya adalah caranya ditubuhkan....Contoh :
Enterprise (Perniagaan Tunggal) - dibawah Akta Perniagaan
Perkongsian - dibawah Akta Perkongsian Syarikat Sdn. Bhd dan Bhd. - dibawah Akta Syarikat.....maka setiap entiti mempunyai ciri2 yang berbeza..baik dari segi pengurusan, percukaian dan undang2.

Sebagai contoh..kalau bro berniaga...dan bro rasa perniagaan tersebut boleh pergi jauh dan bro nak buat sepenuh masa....saya cadangkan agar memilih Sdn. Bhd. Mula2 memang kos tinggi..tapi kemudian hari ianya berbaloi untuk bro...
Kelebihan:

1. Memudahkan dalam mendapat pembiayaan seperti pinjaman, OD, LC/TR, - kemudahan pembiayaan...bagi Entprs...agak sukar kerana kebanyakkan polisi badan kewangan lebih mengutamakan Sdn. Bhd....Malah kalao bro nak dapat sponsor seperti mesin, pengiklanan dsb dari badan berkanun juga...polisi ini diutamankan.

2. Saham Keutamaan....Saham ini berbeza dengan saham biasa..kerana ianya diwujudkan bagi pihak luar yang berminat untuk menanam modal dalam syarikat tanpa menganggu operasi dan pemilikan syarikat....Sebagai contoh....syarikat bro telah mencipta satu teknologi bertaraf dunia (Seperti Bio-Tek)..tetapi kekurangan modal untuk memperbesarkannya...Oleh yang demikian sekiranya ada pihak berminat...mereka akan menawarkan modal kerja tanpa campurtangan terhadap syarikat..cuma bagi dividen dan ganjaran yang telah dipersetujui bersama...

3. Percukaian....seperti yang saya nyatakan diatas..tambahan..sekiranya syarikat bro mempunyai perniagaan jenis lain dari yang lain dan ianya juga termasuk dalam rancangan pengalakan ekonomi negara ...seperti Bio-Tek...syarikat bro akan dapat pelepasan cukai selama 5 tahun sekurang2nya...dan banyak lagi....

Oleh yang demikian...terpulang kepada perniagaan bro....kalau serius dan dalam tempoh jangka panjang..buat Sdn Bhd....kalau nak cuba2 dulu..buat Enterprise atau Perkongsian...

p/s: Kalau perniagaan tunggal...kalau empunyanya meninggal dunia...maka secara automatik perniagaan itu sendiri tamat..tak boleh digunakan lagi..maksudnya tidak boleh diteruskan atas nama yang sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...