Friday, May 5, 2017

PENJELASAN CUKAI PENDAPATAN TERHADAP PEMANDU UBER DAN GRABCAR




1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian pihak media dan orang ramai mengenai isu cukai pendapatan yang dikenakan terhadap pemandu Uber dan GrabCar yang dilaporkan oleh media massa kebelakangan ini.

2. Harap maklum bahawa LHDNM melayani cukai pendapatan individu yang memandu Uber dan GrabCar sama seperti cukai pendapatan individu yang menjalankan perniagaan lain. Cukai pendapatan hanya akan dikenakan atas pendapatan bersih mereka daripada aktiviti memandu Uber  atau GrabCar serta pendapatan-pendapatan lain seperti gaji bulanan daripada pekerjaan tetap sekiranya ada

3. Sebagaimana layanan ke atas aktiviti perniagaan lain, pemandu Uber atau GrabCar boleh menuntut perbelanjaan seperti kos minyak kenderaan, kos tol, kos promosi, kos penyelenggaraan kenderaan yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan dan bayaran yuran kepada syarikat pengendali aplikasi Uber atau GrabCar jika ada, dalam mengira pendapatan bersih daripada aktiviti tersebut.

4. LHDNM menasihatkan semua individu yang menjalankan aktiviti perniagaan sampingan seperti pemandu Uber dan GrabCar, guru tuisyen, kelas pengajian Al-Quran, makeup artist, peniaga online dan sebagainya untuk mendaftarkan fail cukai pendapatan mereka dengan LHDNM serta mengisytiharkan semua pendapatan tahunan yang mereka perolehi dalam Borang B selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun. Mereka juga hendaklah menyimpan semua dokumen perniagaan    mereka bagi tempoh tujuh tahun untuk tujuan audit percukaian pada masa hadapan sekiranya perlu.

5. Suka dinyatakan di sini bahawa tanggungjawab melaporkan pendapatan tersebut bukanlah bermakna Individu tersebut secara automatik layak membayar cukai. Kelayakan dikenakan cukai masih tertakluk kepada jumlah pendapatan tahunan melebihi RM30,000. Kadar cukai pendapatan pula dalam lingkungan 0% sehingga 28% bergantung kepada banjaran pendapatan bercukai yang mereka perolehi selepas mengambil kira pelepasan yang layak.

6. Pengisytiharan pendapatan bukan sahaja boleh mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967, malah rekod perisytiharan cukai pendapatan mereka juga dipercayai memberikan kelebihan kepada mereka untuk membuat permohonan pembiayaan dengan institusi kewangan.

7. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai isu ini boleh layari portal rasmi LHDN untuk khidmat nasihat percukaian.



Sumber: Kenyataan Media LHDNM, 31 Mac 2017

2 comments:

Радомир Эра said...

Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740

Azmi said...

Nama saya Azmi, saya ingin menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada orang yang mencari pinjaman, mereka banyak penipu dan pinjaman pemberi pinjaman palsu di internet. Saya ingin berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana ALLAH menolong saya dengan Ibu Alicia Radu setelah saya tertipu dengan 6 pinjaman pinjaman. Saya hampir putus harapan sehingga ALLAH menggunakan ROBBI dari saya untuk mendapatkan pinjaman saya sebanyak RM 10,000 daripada ibu Alicia Radu dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan hanya dengan kadar faedah 2%.

Saya sangat terkejut ketika memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya hantar dihantar terus ke akaun saya tanpa berlengah. Oleh itu, saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi emel Alicia Radu ibu: (aliciaradu260@gmail.com) dan dengan rahmat ALLAH Dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman.

dan anda masih boleh menghubungi ROBBI yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (robbi5868@gmail.com)

Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (azmi88455@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu,
semoga ALLAH terus memberkati ibu Alicia Radu Dan adalah Keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...