Thursday, October 22, 2015

CUKAI SYARIKAT



From: xxx@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Monday, September 28, 2015 9:49 AM
Subject: Minta pandangan


Salam alaik bos radzi
Minta pandangan tuan..
Saya ada membuka sykt ent bersama kawan2 seramai 4orang pada hujung tahun 2014..pada bulan 6 tahun 2015 saya mendapat letter award daripada syarikat tempat saya bekerja atas saranan kawan,sebelum tu syarikat tidak aktif.. jumlah nya sebanyak 1.6 juta .. kawan tadi kata buruh2 indonesia nak ambil subcontract tapi tiada syarikat jadi dia masukkan duit kedalam syarikat saya ..
Soalannya income tax dikira melalui duit masuk atau balance di dalam akaun syarikat? Saya cas urusan 1k sahaja 1 subcon setiap kali pembayaran.


JAWAPAN

Waalaikumsalam,


Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang telah diajukan :

Pengiktirafan Pendapatan Syarikat

Pendapatan Syarikat diiktiraf atas dasar tunai ataupun akruan. Jika duit masuk tersebut adalah daripada urusniaga dan aktiviti utama Syarikat, maka ianya direkodkan di dalam Penyata Pendapatan Syarikat. Pendapatan ini akan ditolak dengan kos langsung dan perbelanjaan pengurusan bagi menghasilkan keuntungan atau kerugian bersih sesebuah Syarikat.

Pengiraan Cukai Syarikat

Pengiraan cukai Syarikat bermula daripada Penyata Pendapatan Syarikat. Keuntungan atau kerugian bersih yang diperolehi di Penyata Pendapatan tersebut akan kemudiannya dilaraskan semula seperti yang telah ditetapkan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi menghasilkan Pendapatan bercukai (Chargeable Income). Apabila Pendapatan Bercukai ini telah ditentukan, maka barulah kadar cukai akan dikenakan kepada sesuatu Syarikat bagi menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Kesimpulan

Berdasarkan soalan Tuan, cukai akan dikira atas Pendapatan Bercukai yang telah dilaraskan. Maka, pendapatan yang diterima akan ditolak semua perbelanjaan termasuklah kos kontraktor dan mereka yang menggunakan perniagaan Tuan bagi menghasilkan untung atau rugi bersih. Kemudian, ianya akan dilaraskan mengikut ketetapan Akta Cukai Pendapatan.


Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...