Tuesday, December 23, 2008

Penggulungan Syarikat & Pemiutang

En. Azlan,
Jenis-jenis Penggulungan (Seksyen 211) :
  • Penggulungan wajib kerana perintah mahkamah
  • Penggulungan sukarela
Penggulungan Wajib :
Atara mereka yg boleh membuat permohonan dari Mahkamah untuk penggulungan wajib :
  • Ahli Syarikat sendiri iaitu Pemegang Saham
  • Pemiutang termasuk Pemiutang Bercagar, Pemegang Debentur, Pemiutang biasa etc.
  • Pendaftar Syarikat diatas alasan kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung, Kekurangan dsb. bilangan Ahli
Selepas penggulungan, senarai hutang2 berikut hendaklah dibayar mengikut susunan sebagaimana yg telah ditetapkan oleh mahkamah :
  • Pemiutang bercagar
  • Pemiutang penghakiman
  • Pemiutang khas
  • Pemiutang tak bercagar dsb
Semua pemiutang yg ingin membuat tuntutan dikhendaki mengemukakan penyata tuntutan mereka kepada Pegawai Penyelesai.

Penggulungan Sukarela:
Sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela dengan cara meluluskan resolusi biasa atau resolusi khas Ahli di Mesyuarat Agung. Bagaimanapun dalam masa 7 hari setelah diluluskan resolusi tsbt, satu salinan mestilah diserahkan kepada Pendaftar Syarikat (SSM). Dalam tempoh 10 hari hendaklah disiarkan di dalam akhbar yg diedarkan di seluruh Malaysia.Kegagalan untuk mematuhi syarat2 akan mengakibatkan Syarikat dan semua pegawai2 (Pengarah) bersalah dan akan dikenakan denda.

Pengarah syarikat haruslah melantik Pembubar yg diluluskan untuk menjadi pembubar sementara.

Persoalan :
Apabila sesuatu Syarikat telah diistihar Bankrupt oleh mahkamah dan telah mengikuti segala prosedur yg telah ditetapkan maka tiada lagi tuntutan yg boleh dituntut. Sebagai pemiutang kita perlu :
  • memastikan status syarikat tsbt samada dalam proses pengulungan atau tidak aktif lagi. Terdapat syarikat yg tidak aktif tapi mereka istiharkan bankrupt secara mulut sahaja. Namun pada hakikatnya syarikat tsbt belum digulung secara rasmi. Erti kata lain....cabut lari. Buat Company Search di SSM bagi memastikan status terkini.
  • Menggunakan Peguam bagi memastikan amaun yg terhutang dituntut secara undang2.
Tuntutan kepada Pengarah dan Pemegang Saham:
Bagi Sdn. Bhd. tuntutan kepada Pengarah hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat perjanjian khas yg melibatkan Pengarah secara individu. Namun pada kebiasaanya kesemua aktiviti yg terlibat yg melibatkan Syarikat akan terhad kepada Syarikat sahaja dan tidak akan melibatkan Pengarah...(Konsep Liabiliti Terhad). Begitu juga dengan Pemegang Saham

1 comment:

Zuridah Harun said...

Salam sejahtera,

Tumpang bertanya. Kalau sesebuah company woundup by court, as a creditor kita akan failkan Proof of Debt utk tuntut hutang. Tapi mcm mana pula kalau company yg woundup sukarela? Proff of Debt perlu difailkan juga ke pada liqiudator? POD yg sama mcm woundup by court ke?. Mohon perkongsian ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...