Showing posts with label Cukai - Cukai Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Cukai - Cukai Perniagaan. Show all posts

Wednesday, January 18, 2017

LHDN KUTIP LEBIH RM114 BILION CUKAI LANGSUNG TAHUN LALU


Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 12:10 PM
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip lebih daripada RM114 bilion cukai langsung pada 2016, merosot sedikit berbanding RM116.8 bilion yang dikumpul pada 2015.
Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata jumlah kutipan tersebut susut sedikit berbanding RM115 bilion yang di sasarkan untuk tahun 2016 berikutan kelembapan ekonomi serta harga minyak dunia yang tidak menentu.
"Prestasi ekonomi negara dan di seluruh dunia, menerima kesan negatif daripada penurunan harga petroleum sejak pertengahan 2014.
"Ia bukan sahaja memberi kesan ke atas industri minyak secara langsung, malah turut memberi kesan kepada sektor ekonomi secara keseluruhannya. Oleh itu, kutipan hasil 2016 turun berbanding pencapaian 2015," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kunjungan Mesra Hasil Peringkat Nasional di sini Isnin.
Susulan pengubahsuaian Bajet 2016, kajian semula kedua Kementerian Kewangan mengunjurkan kutipan cukai langsung untuk 2016 sebanyak RM115 bilion.

Untuk 2017, LHDN menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM127 bilion cukai langsung, selari dengan jumlah yang diunjurkan oleh kerajaan dalam Bajet 2017. - BERNAMA

Monday, December 5, 2016

KENYATAAN MEDIA LHDN: SEMAK STATUS SEKATAN PERJALANAN SEBELUM KE LUAR NEGARA





Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengambil maklum bahawa ramai dalam kalangan pembayar cukai telah membuat perancangan untuk bercuti ke luar negara pada musim cuti sekolah ini. Justeru bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kaunter imigresen dan semua pintu keluar negara, pembayar cukai dinasihatkan untuk membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu dan menjelaskan tunggakan cukai mereka.

Semakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seperti pautan yang berikut: http://sspi2.imi.gov.my/. Selain daripada semakan di portal rasmi imigresen, pemberitahuan tindakan sekatan perjalanan kepada pembayar cukai yang dikenakan sekatan perjalanan turut dikeluarkan kepada pembayar cukai secara pos berdaftar dan dihantar ke alamat mereka yang berdaftar dengan LHDNM. Sekatan perjalanan ke luar negara merupakan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh LHDNM berdasarkan peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 terhadap pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan telah diberikan. 

Mohon Pelepasan Tujuh Hari Sebelum Ke Luar Negara LHDNM juga ingin memaklumkan bahawa semua pembayar cukai yang disekat ke luar negara hendaklah membuat permohonan pelepasan daripada sekatan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke luar negara. Bagi memohon pelepasan ini, pembayar cukai perlu: 
  • Hadir ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke luar negara.
  • Mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat destinasi, tujuan, dan tempoh ke luar negara.
  • Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah cukai tertunggak dan membuat bayaran ansuran untuk baki selebihnya. 
Pembayar cukai juga boleh menyemak prosedur pelepasan tujuh hari ini di pautan http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/18_Sekatan_Perjlnan.pdf. 



Wednesday, May 22, 2013

ISYTIHAR PENDAPATAN BAGI PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

PERSOALAN:-

1)      Saya telah mendaftar satu syarikat milikan tunggal dengan SSM pd awal tahun 2011. Saya berniaga kelapa dan membeli sebuah lori 3 tan.bagaimanapun perniagaan saya mengalami kerugian 4 bln kemudian dan perniagaan terpaksa dihentikan.saya masih belum  membatalkan lesen perniagaan SSM kerana berhasrat untuk berniaga semula pada masa akan datang. Pada  awal tahun 2013 sayatelah menerima surat dari LHDN yg meminta maklumat perniagaan dan jumlah perolehan pendapatan setahun serta penyata untung rugi untuk thn 2011 dan 2012. Mohon bantuan tuan apakah perlu saya membalas surat tersebut,dan apakah yg berlaku sekiranya surat ini diabaikan?

Thursday, June 5, 2008

Pertanyaan - Jika saya buat sdn bhd, apa yang saya untung? apa pelepasan cukai yg saya dapat?


Salam En. XXX,

Antara kelebihannya telah saya nyatakan dipos2 saya disini...Secara amnya...banyak kelebihan2 yg ada di Syk Sdn. Bhd....ianya amat berguna dikemudian hari..

Pelepasan cukai Sdn. Bhd.
...secara teknikalnya..pelepasan cukai adalah sama dengan Syk Sdn Bhd....cuma Syk Sdn Bhd. ianya memberikan lebih banyak berbanding Etp. Antaranya :
  • Kadar cukai berbeza iaitu Etp 28% manakala Syk 20% (seperti di pos saya)
  • Cukai dibayar boleh dikutip semula melalui dividen
  • Pengarah Syk layak mendapat kemudahan2 seperti Gaji, elaun, benefits...disini cukai akan dikira berasingan...iaitu Cukai Individu (Pengarah) dan Cukai Perniagaan (Sykt)...manakala Etp. Keuntungan Bersih Etp akan dicampur semula dengan Gaji Pemilik baru dikira sebagai Keuntungan Perniagaan Etp.
Cth : Untung bersih Sykt Sdn Bhd. - pengiraan cukai dibuat selepas diambil kira dan ditolak Gaji Pengarah Untung bersih Etp - pengiraan cukai dibuat dengan mencampur semula ambilan dan gaji pemilik..barulah dikira sebagai keuntungan perniagaan Etp.

(p/s : ianya teknikal...ini memerlukan penerangan yg lebih lanjut) dan banyak lagi (akan dinyatakan)

Pertanyaan : Skrg nih saya juat buat ent. adakah berbaloi jika saya buat sdn bhd?


Salam En XXX,

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan disini. Antaranya Cukai, Jangkahayat dsb.

Cukai
...sekiranya perniagaan tidak dikenakan cukai..atau cukai dikenakan agak sedikit...Enterprise sudah cukup. Tapi apabila cukai dikenakan agak tinggi...eloklah bertukar ke Syk Sdn. Bhd. Seperti yg diterangkan dipos saya...kadar cukai Entp dgn Syk Sdn. Bhd. berbeza apabila memasuki Pendapatan bercukai RM250,000.

...Perlu difahamkan bahawa..keuntungan perniagaan Etp akan jatuh terus ke individu tsbt....manakala bagi Syk Sdn. Bhd. ianya akan berhenti pada syarikat sahaja. Ini adalah faktor penyebab mengapa kadar cukai Entp bersamaan dengan kadar cukai individu.
...bagi Entp segala pendapatan selepas dibayar cukai..semuanya adalah milik empunya..(no question ask)...dia bole pakai sesuka hati mereka.......tapi Sdn. Bhd. pula keuntungan Syk. adalah milik Syk....bagi pemegang saham Syk. layak mendapat dividen atas keuntungan syarikat tsbt. Para Pengarah pula akan mendapat imbuhan ..samada gaji, elaun, benefits...pada kebiasaanya bagi syarikat kecil..Pemegang saham adalah juga Pengarah Sykt. (disinilah tempat dan kelebihan yg. utama)

Pada realitinya...hampir semua tak nak bayar cukai...apa saja cukai..termasuk..cukai hartanah, cukai perniagaan dsb....Oleh yg demikian perancangan cukai amat penting disini.

...Jangkamasa...sekiranya perniagaan tsbt hendak diwarisi..atau dipindahkan...atau nak dijual...atau perlukan tambahan modal (melalui penjualan saham tambahan)..maka...Syk. Sdn. Bhd. adalah terbaik...kerana Etp bergantung sepenuhnya kpd umur empunya...sekiranya pendek unur..pendekler perniagaan Etp tsbt....tidak macam Sdn. Bhd....ianya kekal abadi. (selebihinya ada dalam pos saya yg lain)



Percukaian - Enterprise dan Sdn. Bhd. (Perbezaan)


A. Enterprise & Perkongsian

Kadar cukai mengikut kadar individu...Selepas pendapatan bercukai melebihi RM250,000..cukainya adalah 28%...

B. Syarikat Sdn. Bhd.
Kadar cukai mengikut :
a. Sykt. mempunyai Modal Berbayar RM2,5 juta kebawah : ...Pada RM500,000 dan kebawah - Kadar......20% ...Selepas RM500,000 - Kadar ...26%
Contoh : Perbezaan

Sekiranya
RM250,000 = Cukai = Entp= RM70,000 Syk= RM50,000 Beza RM20,000
RM300,000 = Cukai = Entp= RM84,000 Syk= RM60,000 Beza RM24,000
RM350,000 = Cukai = Entp= RM98,000 Syk= RM70,000 Beza RM28,000
RM400,000 = Cukai = Entp= RM112,000 Syk= RM80,000 Beza RM32,000
RM500,000 = Cukai = Entp= RM140,000 Syk= RM140,000 Beza RM40,000

P/s : Pendapatan Bercukai = Jumalah Pendapatan yang selepas ditolak perbelajaan dan pelepasan yg. dibenarkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...