Friday, January 10, 2014

Perbezaan Syarikat Sendirian Berhad dan Enterprise


Soalan

     Salam. Saya dari Sabah, Kota Kinabalu. Bisnes yang menarik minat saya ialah mewujudkan dive centre, dan aktivi-aktiviti yang terlibat seperti menyediakan pakej merasai menyelam skuba untuk kali pertama (scuba discovery program),leisure dive (for certified diver) dan mengajar/memberi kursus menyelam, khidmat island transfer (boat) serta snorkeling . Saya seorang instruktor menyelam di bawah SDI international.

     Jika saya ingin memulakan menjalankan perniagaan seperti yang saya sebutkan di atas, apakah jenis perniagaan yang sesuai dengan bisnes yang saya ingin tubuhkan ini atau bagaimana cara mendaftarkannya nanti?

     Saya ada baca tentang Syarikat Sendirian Berhad, Trading atau Enterprise. Saya kurang pasti bisnes ini kategori apa? Apa yang bersesuaian kerana di sini, saya melihat ada pengusaha-pengusaha yang langsung tidak berdaftar, tetapi oleh kerana mereka memiliki kemudahan seperti boat dan peralatan menyelam. Mereka juga mengupah diver yang tidak layak untuk menjalankan program scuba mengikut mana-mana agensi menyelam tetapi mereka boleh menjalankan dengan biasa. Ini salah dari sisi undang-undang dan keselamatan. Jadi sya ingin mendapatkan nasihat daripada pihak anda, apa atau bagaimana cara untuk saya memulakan perniagaan ini dengan betul dan sah dari sisi undang-undang. Terima kasih.


P/S:

Kami akan mengeluarkan modal bersama ayah saya untuk perniagaan ini. Kami bercadang untuk membeli sebuah boat (Dive Boat), menyewa premis,peralatan menyelam, mengupah seorang boatman (captain), seorang instruktor menyelam dan juga dive master.


Jawapan

Assalamualaikum Encik Xxx,
Berdasarkan Soalan Tuan tentang :

Soalan 1 : Jenis Perniagaan


Soalan pertama yang Tuan kemukakan adalah berkaitan dengan jenis perniagaan yang sesuai dengan perniagaan yang Tuan ingin tubuhkan. Ia sebenarnya bergantung kepada Tuan sendiri  sama ada perniagaan Enterprise ataupun perniagaan Sdn Bhd. Di sini  kami akan menerangkan serba sedikit senario dan konsep antara Sdn. Bhd. dan Enterprise.

Perbezaan yang pertama ialah liabiliti (tanggungan) Syarikat Sdn. Bhd. adalah terhad. Selain itu juga, jika Tuan ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd., Tuan wajib melantik Setiausaha Syarikat bagi menguruskan pendaftaran dan hal ehwal Syarikat.

Manakala jika Tuan ingin menubuhkan perniagaan Enterprise, liabiliti adalah tidak terhad dan risiko hutang akan jatuh kepada semua pemilik yang terlibat. Tambahan pula, sumber dana bagi perniagaan Enterprise adalah terbatas iaitu dari segi tabungan pemilik atau dari pinjaman.

Soalan 2 :  Arah Tuju Perniagaan


Untuk makluman pihak Tuan, pemilihan entiti Milikan Tunggal (Enterprise) baru dipilih kerana Enterprise kebiasaannya sesuai untuk permulaan bagi sesebuah perniagaan. Dengan penubuhan Enterprise, Tuan boleh mengetahui sama ada perniagaan yang Tuan ingin jalankan bersesuaian  ataupun tidak.

 Modal bagi permulaan Enterprise pula tidak banyak seperti Syarikat Sdn. Bhd. Andai kata selepas beberapa tahun, Enterprise Tuan sudah maju dan ingin memperluaskan lagi perniagaan Tuan, Tuan boleh menukar jenis perniagaan kepada Syarikat Sdn Bhd. Sebagai contoh, ABC Enterprise kepada ABC Enterprise Sdn Bhd. Jenis perniagaan Sdn Bhd sesuai dijalankan untuk jangka masa yang panjang. 

             Bagi perniagaan yang tidak berdaftar, berdasarkan Seksyen 12 (1a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, ianya menjadi kesalahan bagi seseorang yang diperlukan untuk mendaftar perniagaannya di bawah akta ini menjalankan perniagaan itu tanpa mendaftarkan perniagaan itu. Jika melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit (RM 50,000) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Soalan 3 : Modal

            Sekiranya ingin menubuhkan Enterprise, modal bagi permulaan Enterprise adalah rendah, manakala jika Tuan mempunyai modal yang lebih banyak, Syarikat Sdn. Bhd. adalah yang terbaik.

Berikut merupakan info dan maklumat mengenai Syarikat Sdn. Bhd. dan Enterprise:

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

a.    Setiausaha Syarikat
  •       Kos yuran Setiausaha Syarikat serendah RM60 sebulan
  •     Tugas Setiausaha Syarikat adalah membantu perjalanan  Syarikat secara professional.
b.    Perakaunan
  •       Kos yuran perakaunan adalah berdasarkan rekod jualan pendapatan perniagaan tersebut dan bebanan kerja (work load) untuk menguruskan akaun tersebut. Minimum kos yuran perakaunan adalah serendah RM1,200 setahun
  •     Rekod dokumen perakaunan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun.   
c.    Pengauditan
  •      Syarikat Sdn. Bhd. perlu diaudit.
  •      Kos yuran audit bergantung kepada jumlah jualan/pendapatan/hasil Syarikat bagi setiap tempoh kewangan. Berdasarkan garis panduan yang diperoleh oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA), kos untuk yuran audit adalah serendah RM800 untuk Syarikat yang tidak aktif (dormant), manakala untuk Syarikat aktif adalah bergantung kepada jumlah jualan/pendapatan Syarikat. Sebagai contoh:
                          Jualan                                Yuran audit
RM100,000                             RM1,000
RM200,000                             RM2,600
RM1,000,000                          RM3,300
  •      Walaupun dengan pertambahan yuran kos Pengauditan, namun akaun yang telah diaudit akan menjadi lebih efekif kerana akaun telah dibetulkan daripada kesilapan.
d.    Cukai
  •        Syarikat perlu mematuhi Akta Cukai
  •        Syarikat perlu menyediakan Borang C, EA, dan BE setiap tahun.

Enterprise

a.    Setiausaha Syarikat

  •        Tiada kos yuran untuk Setiausaha Syarikat.
  •        Tiada penasihat untuk membantu perjalanan perniagaan.

b.    Perakaunan

  •        Kos yuran Perakaunan sama seperti Syarikat Sdn. Bhd.
  •        Rekod dokumen perakaunan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun. 

c.    Pengauditan

  •        Enterprise tidak perlu diaudit.
  •        Tidak wajib menfailkan laporan audit dan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

d.    Cukai

  •        Setiap perniagaan perlu menyediakan Borang B.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pihak kami mencadangkan Tuan memilih Enterprise sebagai langkah yang pertama kerana ia adalah bersesuaian bagi mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan. Jika perniagaan Tuan semakin berkembang, Tuan boleh membuat pilihan sama ada ingin meneruskan perniagaan Enterprise ataupun ingin memperbaharui perniagaan Tuan kepada Sdn. Bhd.       

1 comment:

lady mia said...

KABAR BAIK!!!

Nama saya Lady Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu kepada Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah penipu , karena mereka kemudian akan meminta pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, jadi berhati-hatilah terhadap Perusahaan Pinjaman yang curang itu.

Perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, tidak akan menuntut pembayaran konstan dan mereka tidak akan menunda pemrosesan transfer pinjaman, jadi harap bijak.

Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial dan putus asa, saya telah ditipu oleh beberapa pemberi pinjaman online, saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ms. Cynthia, yang meminjamkan saya pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa konstan pembayaran atau tekanan dan tingkat bunga hanya 2%.

Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya terapkan dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik jika dia membantu saya dengan pinjaman, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres atau penipuan

Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman apa pun, silakan hubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan atas karunia Allah, ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan memberi tahu saya tentang Ibu Cynthia, ini emailnya: arissetymin@gmail.com

Yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran cicilan pinjaman saya yang akan saya kirim langsung ke rekening perusahaan setiap bulan.

Sepatah kata cukup untuk orang bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...