Thursday, January 22, 2009

PERTANYAAN : Berniaga Dengan Wujudnya Entiti Perniagaan

Salam En Radzi,
kes saya begini:
saya nak bungkus dan edarkan keropok keping ke kedai2 runcit di kawasan sekitar rumah saya dan ke mana2 sahaja mengikut tempahan oleh individu. saya jalankan secara kecil kecilan. mungkin hanya dengan kapasiti 30kg sebulan. kos yang terlibat tak sampai RM1000.
jadi soalan saya;
1) adakah saya perlu mendaftarkan syarikat saya dahulu sebelum membuat pembungkusan keropok tersebut? sebab nanti dalam bungkusan tu saya nak letak no telefon saya. saya bimbang salah dari segi undang2 untuk edarkan barang secara individu tanpa mendaftarkan syarikat. maksud saya adakah kene daftar syarikat dulu baru boleh edarkan ke kedai runcit..
2) apekah lagi yang perlu saya tahu tentang pengurusan sebuah syarikat enterprise?? saya bimbang jika saya menyalahi undang2. takot hangus macam tu jek nanti duet kalo cara saya salah dari segi undang2 nih. mungkin tentang cukai, akaun sebagaimana yang perlu ada untuk tujuan audit dan sebagainye yang berkaitan dengan keperluan undang2.
terima kasih sekali lagi En Radzi..

Jawapan :
Tiada kesalahan kalau saudara hendak berniaga seperti apa saudara cadangkan. Tiada halangan.
Kalau kita nak edarkan produk kita tidak semestinya perlu kita menubuhkan entiti perniagaan. Boleh dibuat secara biasa. Namun apabila perniagaan kita semakin membesar dan semakin serius maka terdapat banyak faktor-faktor perlu dipertimbangkan pula. Terdapat juga entiti-entiti tertentu yg menyebabkan perniagaan kita perlu didaftarkan. Antaranya isu-isunya adalah :
  • Apabila kita berniaga sudah tentu kita memerlukan lesen perniagaan. Oleh yg demikian lesen perniagaan hanya boleh dikeluarkan apabila wujudnya perniagaan tersebut samada Perniagaan Tunggal (Enterprise), Perkongsian mahupun Syarikat Sdn. Bhd.
  • Kemudahan iaitu apabila kita memohon bantuan seperti kemudahan pinjaman, kemudahan akaun bank perniagaan dsb perniagaan kita perlu didaftarkan bagi melayakkan memohon kemudahan tersebut dan sebagainya.
  • Di dalam konteks cukai pula, setiap pendapatan yang diperolehi di dalam negara akan dicukaikan. Sekiranya kita berniaga tanpa menubuhkan apa-apa entiti seperti Peniagaan Tunggal (Enterprise) pendapatan kita akan dianggarkan seperti mana pengiraan cukai Perniagaan. Kita pula tidak boleh tuntut elaun modal, perbelanjaan yg terlibat didalam perniagaan seperti perbelanjaan minyak, toll, sewa kedai, perbelanjaan kenderaan dan sebagainya. Sekiranya perniagaan kita pula rugi, kerugian kita tidak boleh dibawa ketahun hadapan. Terlampau banyak kekurangannya kalau kita berniaga tanpa entiti perniagaan yang sah.
Cadangan:
Pada peringkat awal berniaga digalakkan saudara mempunyai entiti perniagaan secara sah. Kos yan paling murah untuk menubuhkan entiti perniagaan adalah Perniagaan Tunggal (Enterprise) iaitu dalam anggaran RM70 hingga RM150 sahaja. Cukup murah dan senang dikendalikan. Perniagaan jenis ini banyak ditubuhkan oleh peniaga-peniaga kecil. Malah kalau kita hendak tutup perniagaan ini juga cukup mudah. Hanya perlu melaporkan secara rasmi kepada SSM tentang penutupan perniagaan ini.

Setiap entiti perniagaan terikat dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri. Sebagai contoh Perniagaan Milik Tunggal (Enterprise) terikat dengan Akta Perniagaan manakala Syarikat Sdn. Bhd. pula terikat dengan Akta Syarikat. Dari segi cukai setiap perniagaan akan ditaksirakan cukai mengikut entiti perniagaan tersebut. Audit pula hanya dilakukan keatas entiti perniagaan bertaraf Sdn. Bhd. dan Berhad. Ini disebabkan telah termaktub di dalam Akta Syarikat 1965. Jangan risau akan duit hangus kalau kita tak ikut undang-undang. Just follows the rules...perniagaan anda selamat..ianya tak susah..percayalah.

Sekiranya saudara ingin mengetahui jenis-jenis perniagaan dan maklumat lebih mendalam bolehlah melawat blog saya
"Perniagaan, Syarikat dan Anda" di http://ca2on9-biz.blogspot.com
Saya akan sentiasa berusaha mengemaskinikan dengan maklumat yg berkaitan. Sebarang pertanyaan berkaitan juga boleh diajukan diblog ini.

p/s : harap ini membantu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...