Friday, December 12, 2008

Syarikat, Pemegang Saham dan Perancangan Cukai : Satu Senario

Salam,
Salah satu pandangan...bagi saya ianya bergantung kepada KESESUAIAN dan KEPERLUAN dalam memilih bilangan para Pengarah. Kita boleh memilih sebilangan Pengarah yg kita mahu (had minimum 2 orang (Akta Syarikat) dan maksimum 50 orang(sekiranya termaktub dlm Artikel Syarikat).

Tetapi sebelum itu perlu diterangkan bahawa bahawa wujudnya Konsep Entiti Berasingan di antara Pengarah dengan Pemegang Saham.

Katakan sesuatu berlaku kepada :

a. Pemegang Saham :
Syarikat Sdn. Bhd. tetap berjalan macam biasa walaupun berlaku kejadian yg tak disangka seperti kematian. Kalau Enterprise mahupun Partnership maka akan terbubarlah perniagaan tersebut. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. tidak...ianya terus berjalan... ini kelebihan Sykt Sdn. Bhd.

b. Pengarah
Begitu juga dengan Pengarah. Sekiranya berlaku apa2 seperti kematian atau tidak berupaya bertindak sebagai Pengarah...Para Pemegang Saham boleh melantik Pengarah yang baru.

Senario :
Bagaimanakah sekiranya hanya terdapat 2 sahaja Pemegang Saham dan mereka juga merupakan 2 orang Pengarah Sykt Sdn. Bhd. tsbt. dan berlaku kematian...apa jadi pada Syarikat Sdn. Bhd.?
...Syarikat Sdn. Bhd. akan tetap berjalan macam biasa dan Pemegang Saham yg ada akan melantik Pengarah baru. Bagi pemegang saham yg meninggal, saham mereka akan dimiliki oleh pewaris mereka.

Tips :
Kadang2 ada Syarikat Sdn. Bhd. melantik beberapa Pengarah dimana bertujuan untuk :
a. mendapatkan kepakaran2 tertentu dgn menawarkan jawatan Pengarah
b. bagi mengurangkan cukai Syarikat
c. memberi pendapatan sampingan terutama kpd keluarga atau sahabat mereka.

Senario :
Katakan sesebuah Syarikat dijangka akan dikenakan cukai yg tinggi..cthnya...RM500,000 bagi Chargeable Income (Pendapatan Bercukai)..maka 20% cukai adalah RM100,000. Katakan Syarikat juga mempunyai 5 Pengarah (Tak aktif) yg belum dibayar elaun. Maka Syarikat boleh gunakan kelebihan untuk mengurangkan cukai dengan membuat peruntukkan elaun Pengarah sebanyak RM300,000(RM60,000 x 5 orang).

Kesannya :
a. Cukai syarikat baru adalah RM40,000 ((RM500,000 - RM300,000) x 20%))...sebelum adalah RM100,000..jimat RM60,000
b. Pengarah2 tadi akan menikmati pendapatan (elaun) RM60,000 seorang....alhamdullilah..dapat membantu sesama insan.:)
c. Dengan andaian pertambahan pendapatan akan menyebabkan mereka ni bakal dicukai...maka kos yg ditanggung oleh Syarikat. Ini adalah disebabkan elaun Pengarah yg ditambah tadi. Katakan dgn pertambahan elaun ini maka cukai individu adalah RM5,225 seorang (Berdasarkan kpd Jadual Cukai Individu 2008). Maka keseluruhan adalah RM26,125 (RM5,125 x 5 orang).

...Jadi Penjimatan (RM60,000) tolak Cukai bagi kos tambahan elaun Pengarah (RM26,125) = RM33,875.

i. Bayangkan kalau kesemua 5 orang Pengarah tadi tidak mempunyai pendapatan atau mereka mempunyai pendapatan yg amat kecil..maka cukai keatas mereka akan lebih kecil kerana akan ditolak pelepasan2 lain seperti diri dsb.

ii. Teknik saya ceritakan diatas dinamakan PERANCANGAN CUKAI. Bagi mereka yg memahami ianya amat berharga. Nilainya amat berbaloi sekali. Teknik juga boleh digunakan untuk pelbagai pekara2 baik. Kalau mana2 yg tak faham..saya akan cuba bantu yg terdaya..

...so gunakan ilmu yg ada utk membantu sesama insan.

p/s : harap ini membantu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...