Friday, December 5, 2008

Pekara Asas Yg Perlu Diketahui Enterprise & Sdn. Bhd.

Salam,
Bagi menerangkan pekara diatas bolehlah dibahagikan kepada 3 bahagian :
1. Akaun
2. Audit
3. Cukai
4. SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Bagi Enterprise, Partnerships :
1. Akaun - Perlu disediakan akaun yg selengkapnya dan disimpan maksimum selama 7 tahun. Namum begitu akaun yg disediakan tidak perlu diaudit dan juga diserahan kepada SSM. Tujuan akaun disediakan adalah untuk mengira keuntungan atau kerugian perniagaan dan juga kegunaan pemilik. Bagi pihak LHDN pula mereka akan membuat Audit Cukai keatas perniagaan ini setiap 4 tahun dan mereka memerlukan akaun yg selengkapnya.
2. Audit - tidak perlu
3. Cukai - Keuntungan atau kerugiaan perlulah dilaporkan kepada LHDN. Ianya wajib dan perlu dilakukan setiap tahun. Bagi tujuan pelaporan :
a. Borang B (Enterprise) & Borang P (Partnerships).
b. Borang E dan EA Form
4. SSM - Tidak perlu submit akaun

Syarikat Sdn. Bhd. :
1. Akaun perlu disediakan. Ini diwajibkan oleh Akta Syarikat 1967.
2. Audit - Wajib dan ia akan dilakukan keatas akaun yang disediakan setiap tahun.
3. Cukai - Perlu disediakan setiap tahun :
a. Borang C (Cukai Syarikat)
b. Borang R (Pernyataan Dividen)
c. Borang E dan EA Form
d. Borang CP204 (Pembayaran berkala cukai tahun depan)
4. SSM - Perlu menyerahsimpan Audit Report setiap tahun bagi tujuan penyediaan Anuual Return yg mana Audit Report ini digunakan dalam Mesyuarat Agung tahunan (AGM).

p/s : En. Rosly Omar....harap ini membantu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...