Friday, December 5, 2008

Cukai Untuk Perniagaan Enterprise dan Partnership

Salam,
Bagi perniagaan Enterprise dan juga Partnership, keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Oleh yang demikian kadar cukainya adalah berdasarkan kadar cukai individu. Tidak seperti Syarikat Sdn. Bhd. dimana cukai Syarikat Sdn. Bhd. ditanggung oleh Syarikat dan bukan individu dan kadarnya berdasarkan cukai syarikat.

Cara pengiraan cukai untuk Enterprise bagi menghasilkan Chargeable Income (Pendapatan Bercukai) adalah sama dengan Syarikat Sdn. Bhd. Oleh yang demikian keuntungan atau kerugian perniagaan seperti didalam akaun akan dilaras semula berdasarkan kepada pengiraan cukai bagi menghasilkan Chargeable Income. Kemudian Chargeable Income (Pendapatan Bercukai) ini akan dicampur lain2 pendapatan (sekiranya ada) dan barulah ditolak dengan pelepasan2 yg diberikan seperti Individu, Isteri, Insuran&EPF dsb. Ringkasnya apabila telah mendapat amaun Chargeable Income tadi barulah dikira seperti secara pengiraan cukai individu.

Contoh :

Keuntungan/kerugian (seperti didalam akaun) = RMXXX,XXX
(Dicampur semula dgn Gaji Pemilik)
Campur : Perbelanjaan-perbelanjaan tidak dibenarkan = RMXX,XXX
Tolak : Elaun-elaun Modal = RMXX,XXX

Tolak : Pelepasan2 : Diri, Isteri, EPF, Insuran etc = RMXX,XXX

Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) = RMXX,XXX

Cukai (Berdasarkan Jadual Individu) = RMX,XXX

Oleh itu semakin besar keuntungan perniagaan anda, semakin tinggi pula cukai dikenakan. Kadar cukai bagi Enterprise dan Partnership adalah berdasarkan kadar cukai individu.

Kekurangan (Dari sudut Percukaian) :
a. Bagi perniagaan keuntungan yang besar maka kadar cukainya adalah tinggi, lebih tinggi dari kadar cukai Syk. Sdn. Bhd. Sebagai contoh (seperti yg saya post dahulu), Kalau Chargeable Income (Pendapatan Cukai) Enterprise adalah RM500,000 maka kadar cukainya adalah 28% iaitu RM140,000 sedangkan bagi Sykt. Sdn. Bhd. adalah 20% iaitu RM100,000...so beza RM40,000...banyak bukan :)

b. Bagi Sdn. Bhd. cukai syarikat yang dibayar, syarikat boleh menggunakan Seksyen 108 bagi mengeluarkan Dividen kepada pemegang saham. Pihak Syarikat tidak perlu lagi membayar cukai atas dividen lagi kerana mereka boleh menggunakan Seksyen 108 ini. Sedangkan Enterprise dan Partnerships tidak boleh membayar Dividen dan cukai yg mereka bayar akan lenyap begitu sahaja...sayang bukan:(

p/s : En Hakim...harap ini membantu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...