Friday, December 5, 2008

Syarikat Sdn. Bhd. - Pemegang Saham, Pengarah dan Syarikat


Pemilik Sykt Sdn. Bhd. adalah Pemegang Saham (Shareholders). Mereka adalah sebenarnya empunya syarikat (secara tidak langsung). Kuasa yg ada ke atas Pemegang Saham akan menentukan arah tujuan Syarikat. Di dalam Akta Syarikat telah menetapkan bahawa...tidak kurang RM2 saham dan 2 orang Pengarah didalam sesebuah Syk. Sdn. Bhd...so...setiap Sykt. Sdn. Bhd. perlu mempunyai minimum :
a. RM2... Modal
b. 2 orang...Pemegang Saham
b. 2 orang... Pengarah
...Pemegang Saham boleh menjadi orang yang sama menjadi Pengarah (tidak semestinya).

Qualification :
Pemegang Saham - sesiapa pun boleh jadi...asalkan ada duit atau aset yg boleh jadi modal.
Pengarah - Boleh jadi Pengarah sekiranya tidak terlibat :
a. Umur kurang dari 18 tahun
b. Seorang yang bankrupt
c. Sesorang yg terbabit dengan kesalahan Akta Syarikat:
- Kesalahan penubuhan,pengurusan sesebuah Sykt.
- Penipuan, ketidakjujuran berkaitan dengan tugas Pengarah dsb

Peranan :
Pemegang Saham - Memastikan Pengarah yang mereka lantik menjalankan tugas mereka dengan baik. Maksudnya bila Syarikat itu untung dan Pemegang Saham dapat dividen tiap2 tahun..bagus ler tu.

Lembaga Pengarah (Board of Director - BOD) - Mereka dilantik oleh Pemegang Saham pada Mesyuarat Agung pada kebiasaanya atau bila2 masa (EGM).

Pengarah, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif :
Board of Directors (BOD) akan memilih antara mereka dalam menjalankan urusan2 Syarikat. Antaranya :
a. Pengarah Urusan (Managing Director)- mempunyai kuasa yg luas bagi menentukan operasi dan perlaksanaan Syarikat ... (namum kuasa ini adalah diberikan oleh Ahli Lembaga Pengarah)
b. Pengarah Ekesekutif (Chief Executice Direcor - CED) - Pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif didalam pekara2 yg dipertanggung jawabkan
c. Pengarah Kewangan (Chief Finance Directors - CFD) - Pengarah yg bertanggung jawab mengenai kewangan Syarikat.
...dan lain2 jawatan yg difikirkan sesuai oleh sesebuah Syarikat.

Untuk makluman untuk menjadi Pengarah tidak semestinya kena pegang saham...melainkan telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung ataupun Arikel Syarikat.

CEO (Chief Executif Officer)- Ketua Pegawai Eksekutif ...satu nama yg popular. Ianya :
1. Tidak semestinya seorang Pengarah
2. Tidak semestinya memegang saham. Kadang2 telah ditetapkan mereka ini perlu memegang jumlah saham yg telah ditetapkan. Bergantung...pada kebiasaanya kalau mereka orang luar..dan ditawarkan menjadi CEO...pada kebiasaanya...kalau prestasi amat bagus...pihak Syarikat akan menawarkan sejumlah saham kepada mereka.

Sekarang kita anggap sesorang CEO tu juga merupakan juga seorang Pengarah (CED)..yg banyak dipraktiskan oleh Sdn. Bhd. Ada yg guna jawatan CEO...ada juga MD ataupun juga CFD....so kita kena tengok kedudukan hireaki sesebuah Syarikat. Secara amnya :
1. Managing Director (Paling atas)
2. Chief Executive Director (2nd in ranking)
3. Board of Directors
....kesemuanya mengikut tugas dan tanggungjawab di termaktub oleh sesebuah Syarikat.

So...bila CEO ni membuat sesuatu projek..ianya perlu mendapat kelulusan BOD. Ianya perlu memaklumkan tentang projek tersebut, kepentingan dia (sekiranya ada) dan perkara2 berkaitan. Sekiranya beliau membuat projek tanpa mendapat tanpa kelulusan BOD tindakan boleh diambil keatasnya.

Begitu juga pekara2 yg melibatkan kepentingan diri sendiri. CEO mahupun MD...tidak boleh membuat sesuatu pekara tanpa menjelaskan dan memberitahu kepada BOD.

Satu senario :
Katakan anda dan kawan anda menubuhkan sebuah Syarikat Sdn. Bhd. Anda hanya pegang RM1 sahaja..manakala kawan anda pegang R1 juta saham. Anda dan kawan anda juga merupakan Pengarah Syarikat. Kawan anda tidak boleh melakukan sesuka hati (maksudnya beliau tidak boleh melakukan pekara2 yang salah). Anda ada hak walaupun anda pegang saham RM1 sahaja... menarik bukan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...