Wednesday, May 22, 2013

ISYTIHAR PENDAPATAN BAGI PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

PERSOALAN:-

1)      Saya telah mendaftar satu syarikat milikan tunggal dengan SSM pd awal tahun 2011. Saya berniaga kelapa dan membeli sebuah lori 3 tan.bagaimanapun perniagaan saya mengalami kerugian 4 bln kemudian dan perniagaan terpaksa dihentikan.saya masih belum  membatalkan lesen perniagaan SSM kerana berhasrat untuk berniaga semula pada masa akan datang. Pada  awal tahun 2013 sayatelah menerima surat dari LHDN yg meminta maklumat perniagaan dan jumlah perolehan pendapatan setahun serta penyata untung rugi untuk thn 2011 dan 2012. Mohon bantuan tuan apakah perlu saya membalas surat tersebut,dan apakah yg berlaku sekiranya surat ini diabaikan?


2)      saya tidak tahu bagaimana untuk menyediakan penyata perolehan .

3)      saya memohon bantuan tunjuk ajar tuan untuk menyediakan penyata tersebut


Terima kasih tuan.


JAWAPAN:-


1)         Berkenaan dengan surat yang diterima daripada pihak LHDN berkaitan maklumat perniagaan termasuk penyata pendapatan untung rugi bagi tahun 2011 dan 2012, perlulah memberikan maklumbalas yang sewajarnya kepada pihak LHDN. Sekiranya diabaikan, dikhuatiri akan mendatangkan masalah kepada pihak Tuan pada masa akan datang.

2)         Sebagai makluman pihak Tuan, setiap Perniagaan Milikan Tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan samada dalam keadaan mengalami keuntungan mahupun kerugian, perlulah mengishtiharkannya kepada LHDN dengan menghantar Borang B (perlu dihantar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun). Oleh itu, adalah perlu bagi pihak Tuan, untuk menyimpan segala rekod urusan perniagaan dengan sebaik-baiknya.

3)           Bagi penyediaan pendapatan perolehan, Tuan boleh samada menggunakan khidmat pihak yang mahir dan tahu untuk menguruskan perkara ini dan seterusnya membuat serahan Borang B bagi cukai individu.

a)    Antara kandungan Penyata Kewangan dan maklumat Cukai (Borang B);
                      - Membuat senarai pendapatan yang diterima bagi tahun 2011 dan 2012 (asingkan ikut tahun)
                      - Perbelanjaan seperti kos jualan (belian barang, upah atau gaji pekerja, petrol, tol dan etc)
                      - Perbelanjaan lain seperti bil telefon, elektrik, air, penyelenggaraan lori, gaji Tuan, etc
                       (tidak termasuk perbelanjaan berbentuk personal)
                      - Pengiraan perbelanjaan susutnilai lori atau aset lain.

b)     Ini termasuklah;
                       - Lejar Am “General Ledger”
                       - Penyata Pendapatan “Income Statement”
                       - Lembaran Imbangan “Balance Sheet”
                       - Jadual Aset Tetap (termasuk jadual aset dibeli secara sewabeli)
                       - Pengiraan Cukai dan pelarasan
                       - Elaun Modal
                       - Perkara-perkara cukai seperti Borang B, Pendaftaran No. Rujukan (e-filing), dsb.

Sekian. Harap ini dapat membantu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...