From: xxxl@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Thursday, September 29, 2011 6:21 PM
Subject: mohon bantuan dan penerangan dengan lebih lanjut dari tuan...
Salam Tuan,
Salam Tuan,
Mohon bantuan dan kepakaran dari tuan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini yang amat memeningkan kepala saya ketika ini.
Untuk pengetahuan tuan Radzi, saya kini bekerja di bank xxx di xxx. baru-baru ini saya telah menerima surat tunjuk sebab dari pihak HR mengenai penglibatan saya dalam syarikat sdn bhd dan memberikan saya 14 hari untuk menberi maklum balas sebelum tindakan tatatertib dilakukan.
Untuk pengetahuan tuan Radzi, Penglibatan saya di dalam syarikat Sdn Bhd tersebut disebabkan ketika itu saya telah ditipu oleh bapa saudara saya dengan untuk menjadi pengarah bagi melobi sebuah projek . saya telah berjumpa dengan bapa saudara saya 2 hari lepas untuk keluar dari syarikat tersebut. saya telah dimaklumkan bahawa syarikat tersebut sudah tidak aktif lagi semenjak tahun 2009. dan diberitahu telah dikenakan tindakan (denda).
Masalahnya bagaimana saya nak pastikan nama saya keluar dari syarikat tersebut? bagaimana caranya dan berapakah kosnya? apa yang harus saya lakukan? dengan siapa harus saya berurusan kerana syarikat tersebut gagal dikesan dan saya tidak tahu siapa setiusaha syarikat tersebut?
Harap tuan boleh membantu saya dalam memberikan nasihat dan cara untuk mengatasi masalah ini kerana saya amat buntu ketika ini.
Saya boleh dihubungi di talian xxx semoga bantuan dan nasihat dari tuan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.
Wassalam
JAWAPAN :
Salam Tuan,
Simpati atas pekara yang berlaku.
1. Surat tunjuk sebab atas penglibatan dalam Syarikat Sdn. Bhd.
Mungkin polisi di tempat Tuan telah menetapkan dengan sebegini rupa. Pandangan saya :
a. Cuba memberi penjelasan sebenar atas pekara terjadi. Hanya menjadi proksi atau penggunaan nama di dalam Syarikat dan tidak terlibat secara langsung.
b. Sekiranya Syarikat tersebut tidak aktif dan Tuan adalah PENGARAH dan PEMEGANG SAHAM TERBESAR .... maka Tuan ada hak untuk tutup Syarikat tersebut. Kos penutupan adalah RM1,000 ke RM1,500. Salinan borang tersebut boleh dijadikan penguat sokongan atas alasan Tuan yg menyatakan Syarikat tidak aktif dan dalam proses ditutup.
Sekiranya terdapat kompaun dan denda, pihak Tuan boleh merayu kepada SSM. Bagi kes penutupan Syarikat (Strike-off Company), pihak SSM kebiasaanya akan memberi pengurangan atas kompaun tersebut sehingga 80%. Pada situasi semasa bagi 2 Pengarah di dalam Syarikat, nilai kompaun tersebut adalah berjumlah RM10,200. Sekiranya tiada langkah diambil atau tidak memperdulikan kompaun tersebut, Pengarah akan di dakwa oleh Unit Pendakwaan SSM dan seterusnya mengalami kesulitan untuk membuka Syarikat Sdn. Bhd. yang baru.
2. Keluar dari Syarikat.
Sekiranya Tuan adalah salah seorang Pengarah (hanya ada 2 Pengarah sahaja), maka Tuan tidak boleh berhenti dari jadi Pengarah melainkan terdapat penganti Pengarah baru. Ini adalah disebabkan, Syarikat Sdn. Bhd. perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah pada setiap masa.
Sekiranya pula terdapat hanya 2 orang Pemegang Saham, pindahan saham tidak boleh dilakukan. Proses pemindahan Saham perlu mendapat kelulusan pihak Pengarah dan juga Pemegang Saham. Sekiranya pihak-pihak ini bersetuju dan mempunyai penganti, maka proses ini boleh dilakukan. Sekiranya tidak, maka ianya akan tergantung tak bertali.
Namun risikonya tidak seberat seperti menjadi sebagai seorang Pengarah. Risiko Pemegang Saham adalah terhad kepada saham mereka sahaja. Namum risiko Pengarah adalah lebih besar ... seperti yg saya nyatakan di atas tadi. Ini adalah sifat semulajadi Pengarah itu sendiri. Menjadi Pengarah adalah bertanggungjawab kepada pengurusan Syarikat. Mereka yg menguruskan Syarikat tersebut dan ini adalah bidang kuasa mereka. Sebarang kegagalan atau kecuaian akan menyebabkan pihak Pengarah boleh di dakwa.
Namun sekiranya Tuan adalah salah seorang dari Para Pengarah (melebihi 2 orang), Tuan hanya perlu meletakkan jawatan dengan menulis kepada pihak Syarikat dan kepada Setiausaha Syarikat akan niat Tuan. Pihak Syarikat pada kebiasaanya akan mengambil langkah seterusnya iaitu mengemaskinikan maklumat dengan membuat Borang 49 dalam tempoh 30 hari.
Akan wujudnya masalah sekiranya pihak Pengarah atau Syarikat tidak boleh dikesan dan juga pihak Setiausaha Syarikat tidak mahu memproses akan perletakkan jawatan Pengarah terkini. Masalah yg biasa yg timbul apabila pihak Syarikat mempunyai amaun tertunggak (hutang) kepada Setiausaha Syarikat. Ini akan membantutkan proses perletakkan jawatan Pengarah.
Pandangan saya, surat perletakkan jawatan tersebut hendak dimaklumkan sendiri oleh Pengarah tersebut ke SSM sekiranya tiada tindakan diambil samada pihak Syarikat mahupun pihak Setiausaha Syarikat. Menerangkan situasi terkini dan masalah yg dihadapi adalah cara yg terbaik. Kebarangkaliannya pihak SSM akan tetap meyuruh Tuan pergi berjumpa ke pihak Setiausaha Syarikat akan menyelesaikan masalah tersebut. Disini Tuan perlu mendapatkan nasihat terbaik dari pihak SSM sendiri bagi memperolehi pandangan masalah yang tergantung. Pasa kebiasaanya pihak SSM akan membuat nota dan mempertimbangkan isu Tuan.
Langkah terbaik adalah pihak Tuan perlu mencari Pemegang Saham terbesar dan menyuruh supaya ianya ditutup. Melalui persetujuan Pemegang Saham terbesar proses penutupan akan menjadi mudah.
3. Syarikat Sdn. Bhd. gagal dikesan
Tuan boleh melakukan carian maklumat atau dikenalai sebagai SSM Search. Tuan boleh pergi ke SSM sendiri atau boleh menyuruh sesiapa sahaja melakukan termasuk Setiausaha Syarikat (yang lain). Hanya maklumat yang perlu adalah :
a. Nama Penuh Syarikat
b. Nombor Syarikat
c. Bayaran Tunai sebanyak RM30 (kalau buat sendiri)
Melalui carian maklumat ini, Tuan akan mendapat satu salinan maklumat mengenai Syarikat tersebut.
Antaranya :
a. Maklumat Pemegang Saham dan Pengarah yang terakhir di rekodkan
b. Maklumat Gadaian
c. Maklumat Juruaudit dan Setiausaha Syarikat
d. Maklumat Kewangan
e. Maklumat Laporan Tahunan (Annual Return) yang terakhir dikemaskinikan
Disini Tuan akan memperolehi maklumat Setiuasaha Syarikat tersebut termasuk alamat. Cuma nombor telepon tidak disertakan. Kalau Tuan rajin, pujuk2 pihak pegawai atasan SSM bagi mendapatkan maklumat yg lebih lanjut.
Antaranya :
a. No telepon Setiausaha Syarikat tersebut
b. Jumlah keseluruhan nilai kompaun dikenakan.
4. Pemegang Saham
Pemegang Saham terbesar (Minoriti Shareholders) mempunyai kuasa untuk menutup Syarikat Sdn. Bhd. Oleh yg demikian sekiranya pihak Pemegang Saham lain tidak boleh dihubung atai tidak dapat dikesan, pemegang saham terbesar boleh meneruskan akan penutupan Syarikat (Strike-off). Banyak borang yg perlu diisi dan dibuat namun ianya adalah langkah terbaik sekiranya sesebuah Syarikat tersebut tidak mempunyai halatuju atau Pengarah atau Pemegang Saham tidak dapat dikesan.
Harap ini membantu.
RADZI
CA(M)
019 - 300 7730
No comments:
Post a Comment