Tuesday, October 4, 2011

SYARIKAT SDN. BHD & MILIKAN TUNGGAL

From: xxx@yahoo.com.my>
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent: Sunday, October 2, 2011 4:08 AM
Subject: Pertanyaan


                                          


Salam,,

En.Radzi,,sy ada 4 share holder trmasuk sy dlm Syarikat Enterprise,,tetapi ianya didaftar atas nama sy seorg sahaja (perkongsian kami direkod diatas kertas perjanjian lain) soalan saya;

1)Sekiranya sy ingin tubuh syarikat Sdn.Bhd,,WAJIBKAH utk sy utk meletakn keempat2 penama pemegang saham ni diatas sijil pendaftaran syarikat?

2)Didalam Sdn.Bhd blehkah rekod perkongsian pemegang saham dibuat diatas kertas lain?(lawyer agreement)

Dihrp En.Radzi dpt membantu. Sekian.



JAWAPAN :

Salam Tuan,

1. Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd.
Perletakkan ke empat2 nama tersebut adalah bergantung kepada keputusan penaja (orang yg bertanggungjawab untuk menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd.). Disini tiada halangan sekiranya Tuan tidak mahu memasukkan nama2 mereka. Ikut keputusan Penaja (iaitu Tuan). Sekiranya Tuan ingin memasukkan juga, Tuan boleh memilih untuk menjadikan mereka samada Pengarah sahaja atau Pemegang Saham sahaja atau kedua2 sekali.

Keputusan adalah ditangan Tuan. Setiap keputusan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Secara amnya, sesiapa yg memegang saham terbesar adalah yang akan mengawal Syarikat Sdn. Bhd tersebut. Ini adalah kerana undian terbesar adalah milik beliau dan beliau akan memutuskan mengikut kehendak beliau. Berhati2 disini.

2. Perjanjian
Perjanjian ini sekiranya dibuat ... belum menjamin akan kebolehupayaan perjanjian tersebut. Terdapat perjanjian secara indirectly telah melanggar akan Akta Syarikat itu sendiri. Disini , pandangan saya adalah mereka (atau Rakan Kongsi Tuan) yg lain ... hanyalah mementingkan akan pulangan sahaja. Sekira ini adalah tujuan utama ... maka lantiklah mereka setakat Para Pengarah dan ganjaran dibayar (sekiranya mereka menuntut) boleh dipanggil sebagai Ganjaran Pengarah. Pekara ini boleh ditolak Cukai Syarikat sebagai satu kos Syarikat.

Cara lain ... dengan mengeluarkan Dividen. Namun syarat2 Dividen amatlah payah. Antaranya Syarikat perlulah dalam keadaan Untung ... barulah boleh membayar Dividen ... sekiranya tidak .... Syarikat akan dikenakan penalti sehingga 50% dari amaun dibayar. Jarang orang memilih cara begini.
Saham Keutamaan ... ini adalah salah satu cara yg digunakan. Namun ianya biasa digunakan oleh pihak2 yg melabur dengan sejumlah modal yg besar ....kebiasaannya melebihi RM1,000,000. Kos untuk menerbitkan Saham Keutamaan juga amat besar. Bagi berniaga secara kecil2an .... ianya tidak berbaloi ... amat tidak berbaloi.

Cadangan saya .. gunakan cara pertama tadi. Juga Tuan perlu mendapat nasihat secukupnya terutama dari pihak Setiausaha Syarikat ... bagi melaksanakan niat dan tujuan Tuan.
Semoga ini membantu.

RADZI CA(M)
019 - 300 7730

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...