To: "mr.radzi@yahoo.com"Sent: Wednesday, September 14, 2011 8:36 PM
Subject: syarikat baru
SOALAN
Salam
Saya ada banyak persoalan biar saya mulakan dengan mengenalkan diri saya, saya berkerja sebagai jurutera dalam sebuah syarikat swasta.
Saya baru sahaja lulus perperiksaan profesional dan kini telah register sebagai jurutera profesional.
Saya bercadang untuk membuka FIRMA PERUNDING sendiri bersama kawan saya. Kami tidak bercadang untuk berhenti dari kerja kami sekarang sehingga kami memperolehi PROJEK yang melayakkan kami berhenti. Dalam SITUASI KAMI INI apakah jenis syarikat yang sesuai untuk kami ENTERPRISE atau SDN BHD?

Kami tidak berapa jelas tentang perkara ini. Dengan memikirkan bahawa syarikat yang bakal ditubuhkan belum ada kemampuan dari segi financial disebabkan projek belum ada. kami bimbang jika daftar SDN BHD ia akan jadi beban kepada kami untuk membayar dan mengaudit syarikat kami setiap tahun.
Kami mendapati bagi FIRMA PERUNDINGAN KEJURUTERAAN banyak yang daftar secara ENTERPRISE dan masih lagi mendapat projek-projek kerajaan adakah perlu untuk mendaftar SDN BHD?
Dan jika mendaftar syarikat ENTERPRISE apakah kos yang mesti kami tanggung setiap tahun jika syarikat belum ada projek?berapa pula kos bagi syarikat SDN BHD setiap tahun?
JAWAPAN:
Salam Tuan,
Pandangan :
1. Entiti Perniagaan (Milikan Tunggal)
a. Ditubuhkan dibawah Akta Perniagaan.
b. Kos penubuhan didalam RM60-RM70
c. Harta dan Tanggungan adalah jatuh ke atas Pemilik
d. Kadar Cukai adalah berdasarkan kadar Individu
e. Urusan dengan SSM perlu dilakukan sendiri (Pemilik) dan tidak boleh diwakilkan.
f. Kos maintenance rendah berbanding Syarikat Sdn. Bhd.
g. Akaun Perniagaan tidak perlu diaudit
h. Tidak memerlukan Setiausaha Syarikat
2. Entiti Syarikat Sdn. Bhd.
a. Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat
b. Kos penubuhan didalam RM2,500
c. Harta dan Tanggungan adalah terhad kepada Syarikat
d. Kadar Cukai Syarikat bermula pada 20%
e. Urusan SSM boleh dibuat melalui Setiausaha Syarikat
f. Akaun perlu diaudit ... dsb
Setiap entiti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Ianya bergantung kepada kesesuaian dan matlamat mereka yg ingin menubuhkan dan menjalankan perniagaan.
a. Sekiranya bermatlamat jauh dan melibatkan modal, usaha yang banyak di dalam perniagaan ... Syarikat Sdn. Bhd. adalah yg terbaik. Kos agak tinggi berbanding Milikan Tunggal namum ianya mempunyai banyak kelebihan. Secara amnya perniagaan melalui Syarikat Sdn. Bhd. kebanyakkan ditubuhkan bagi mereka yg agak serius dan komitmen dgn perniagaan mereka.
b. Sekiranya ingin mencuba dahulu dan tidak beberapa yakin ... Milikan Tunggal adalah terbaik. Kos rendah dan ramai yg membuka. Milikan Tunggal ini berniaga secara kecil2lan. Sekiranya mereka tidak berminat, mereka akan tinggalkan perniagaan ini begitu sahaja (tak renew Pendaftaran).
Banyak faktor2 lain yg perlu dipertimbangkan. Sekiranya terdapat persoalan, Tuan boleh menghubungi saya, Insyallah saya akan terangkan sebaik mungkin.
Radzi
CA(M)
019 - 300 7730
Firma Perunding. Pada kebiasaanya bagi golongan Profesional, mereka mempunyai Badan yg mengawal. Sebagai contoh Peguam dikawal oleh Bar Council, Akauntan oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA) dsb.
Sekiranya terdapat pilihan, kebanyakkan golongan profesional akan memilih akan entiti Syarikat Sdn. Bhd. sebagai entiti perniagaan mereka.
Disini isu yang paling utama adalah :
a. Liabiliti (Tanggungan) - Liabiliti Syarikat Sdn. Bhd. akan terhad atau berhenti setakat Syarikat Sdn. Bhd. sahaja sedangkan Milikan Tunggal (Enterprise) akan melibatkan pemilik sepenuhya dan boleh menyebabkan tindakan oleh mahkamah.
b. Cukai - Kadar cukai bagi Syarikat Sdn. Bhd. agak rendah iaitu 20% bagi Pendapatan Bercukai dibawah RM500,000 berbanding Milikan Tunggal iaitu 26% apabila melebihi tahap maksimum seperti didalam Jadual Cukai Kadar Individu.
c. Dividen - Hanya boleh dikeluarkan melalui Syarikat Sdn. Bhd sahaja dan tidak boleh melalui Milikan Tunggal (Enterprise) mahupun Perkongsian.
Secara amnya, kos maintenance bagi Syarikat Sdn. Bhd. lebih tinggi dari Milikan Tunggal (Enterprise). Namun secara keseluruhannya bagi mereka yang benar-benar komitment, kos2 penjagaan adalah tidak sebesar mana berbanding dengan kelebihan dan kekuatan entiti Syarikat Sdn. Bhd.
Perbezaanya yang ketara adalah
Kos Audit (Yang berdasarkan kepada Jualan Tahunan Syarikat).
Selain daripada itu ... kos yang lain adalah sama dengan kos Milikan Tunggal (Enterprise) ... iaitu

KOS
a. Kos Setiausaha Syarikat dan SSM (Secretarial fee dan Annual Return)
b. Membuat Akaun Perniagaan
c. Membuat Pengiraan Cukai (LHDN)
Oleh yg demikian ... secara amnya ianya bergantung kepada matlamat utama perniagaan. Setiap entiti mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.
No comments:
Post a Comment