Thursday, September 1, 2011

PENGAMBILALIHAN SYARIKAT - KELEBIHAN & KEKURANGAN



From: xxx@ymail.com
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thursday, September 1, 2011 4:36 PM
Subject: Beli company 2nd hand JAWAPAN :

Salam tuan radzi,

Selamat hari raya, sy muslim yg pagi td sms tuan tanya ttg company utk dijual..sy ade beberapa prkara nk tnya tuan, harap tuan sudi bg pencerahan.

1. Pada pndpt tuan radzi, elok ke tak sy ambil company mcm ni bg tujuan nk dapatkn usia company tersebut?


2. Selain usia syarikat, apa lg faedah lain yg ada pada syarikat yg dh lama didaftarkan?

3. Apakah prkara yg boleh saya ubah/pinda pada company yg sy akn ambil alih nnti?

Trima kasih tuan, maaf zahir dan batin..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Salam Tuan,
1. Ambil Alih Syarikat Sdn. Bhd.
KELEBIHAN :
Pada kebiasaanya ... antara tujuan utama ambil-alih Syarikat adalah termasuklah :
a. Faktor Cukai ... bagi Syarikat yang mempunyai Tax Losses (Kerugian Cukai Terkumpul) ... ianya merupakan satu kelebihan dimana pengambilahan Syarikat dan menggunakan Kerugian Cukai Terkumpul menyebabkan kurangnya cukai Syarikat dibayar atau mungkin tidak perlu dibayar didalam tempoh yg bersesuaian. Menggunakan item ini ... pada kebiasaanya ke dua2 Syarikat mempunyai aktiviti perniagaan yang sama.
b. Faktor Nama Baik (Goodwill) ... Branding ... kemungkinan Syarikat tersebut mempunyai nama baik dipasaran, Brand yang bagus dsb. Pengambilalihan akan memberi kelebihan kepada Syarikat atau Individu (Pemegang Saham) Baru.
c. Track Records ... Mempunyai sejarah dan aktiviti terdahulu berbanding dengan Syarikat yg baru. Kelebihan ini memberi kelebihan dari segi peluang mendapat kemudahan Pinjaman, OD, LC/TR dan juga bantuan2 perniagaan dari pihak Kerajaan.
d. Tender ... Mempunyai latarbelakang tersendiri dalam kerja2 yg telah dilakukan dan boleh dimasukkan ke dalam Company Profile. Ini seterusnya memberi keyakinan kepada pelanggan (Customer).

KELEMAHAN :
Tuan perlu memastikan Syarikat yang hendak diambil alih telah dikenalpasti akan Liabiliti atau Tanggungan yang sedia ada. Antaranya :
a. Liabiliti Cukai ... Pastikan Syarikat baru telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam isu2 percukaian. Ini termasukklah isu Pematuhan, isu Cukai Kena Bayar (sekiranya ada) dsb.
b. Liabiliti Pinjaman ... Pastikan Syarikat telah mengistiharkan kesemua Liabiliti Pinjaman .. seperti Pinjaman Bank, Kemudahan Bank yang telah digunakan dsb.
c. Tindakan Pendakwaan atau Mahkamah ... Pastikan isu2 mahkamah telah diistiharkan secukupnya bagi mengelakkan kesulitan kepada Pengurusan Baru.
d. Pematuhan ... Pastikan Akaun Syarikat telah di Audit, Annual Return telah dikemaskinikan dan pekara pematuhan yg lain yg berkaitan.
Bagi pengambilalihan Syarikat Baru yg tidak berapa aktif atau tidak material ... mungkin ianya tidak melibatkan isu2 yg besar seperti yg saya katakan seperti di atas. Namun bagi Syarikat yg besar atau Material, pekara2 di atas merupakan antara pekara yg perlu diambil kira kira sebagai pertimbangan.
Antara langkah2 yg selalu diambil oleh Pemegang Saham baru adalah dengan melantik Profesional seperti Akauntan atau Auditor bagi menyediakan maklumat2 secukupnya kepada mereka. Tugas ini dipanggil "Share Valuation" , "Due Diligence Review" dsb.

2. Pada dasarnya .. sebagai Pemegang Saham Baru dan jika merupakan Pemegang Saham terbesar (Majoriti Shareholders) ... boleh mengubah akan pekara2 yang termaktub di dalam Memorandum dan Artikel (M & A) Syarikat. Memorandum dan Artikel adalah pekara2 yg berkaitan dengan Perlembagaan dan Tataurus Syarikat. Antara yang boleh di ubah adalah :
a. Nama Syarikat
b. Aktiviti Utama Perniagaan
c. Syarat tambahan atau mengubah tataurus Syarikat seperti kebenaran melupus Harta Syarkat, Pemegangan Saham oleh Para Pengarah dsb.
Pengubahan boleh dilakukan selagi tidak bercanggah dan melanggar akan Akta Syarikat.

Harap ini membantu.
Radzi
CA(M)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...