Thursday, January 22, 2009

Senario : Peranan & Tugas Wakil Cukai (Tax Agents)

Bro Radzi, ini ada satu atau lebih soalan...hehehe. Berapakah kadar fee / caj tax agent? Anggaran ler? Kalau jawapannyer harga boleh runding, itu umum sangat bro! Nak gak ada estimate price...hehe.
Bgmana seseorg tax agent menjalankan perkhidmatannya? Maksudnya, adakah kita ambil service apabila nak tutup akaun sahaja...rasanya inilah masanya pun! Berapa agaknya bayaran dikenakan kalau kita minta service i.e consultancy on tax misalnya utk 3 bulan atau 6 bulan pertama supaya kita dpt mengetahui sebarang `adjustment' jika perlu dilakukan?
Last not least, rasanya tiada masalah kalau sykt daftar KL atau cth Sabah...tapi kita ambil service tax agent yg berdaftar cth di Melaka. Betul ker?

Kadar :
a. RM800 --> Bagi Sykt separuh aktif dan aktiviti sederhana ke bawah dan tak compilcated
b. RM1,200 --> Bagi Sykt sederhana ke atas dan aktif (level sederhana dan tidak terlalu heavy transction)
c. RM2,000 keatas --> Bagi Syarikat heavy transaction dan complicated transaction.
Pada kebiasaanya, Tax Agent tugas mereka (dalam konteks Cukai Syarikat) hanyalah menyediakan pengiraan cukai apabila Audit telah dibuat. Selagi Audit Report belum dikeluarkan mereka tidak boleh menyediakan pengiraan cukai Syarikat. Sekiranya sesebuah Syarikat meminta menyediakan anggaran cukai dikenakan based pada management account, mereka akan menyediakan...namun jawapanya yg pasti kita akan jumpa...."Ianya boleh dilakukan tapi tidak muktamad...ianya boleh berubah2"

Bayaran kepada ie consultant...bergantung kepada kepakaran mereka. Ada yang bagus, ada separuh masak dan 'ada tiruan'. Sudah pasti yang bagus tu mahal. Kalau nak tahu bagus atau tidak..uji mereka dulu dengan simple question yg mana kita dah tahu jawapannya. Kemudian tengok 'scope area' dan sejauh mana tanggungjawabnya...maksudnya lepas konsultant buat kerja..adakah mereka juga turut bersama bila LHDN buat Audit Cukai...atau dah dapat payment...hilang terus....macam2 jenis ada...
Pada kebiasaanya yang biasa menjalankan urusan begini adalah Akauntan Bertauliah atau mereka yg berpengalaman atau sesorang yang faham betul akan Perakaunan, Audit dan juga Cukai...sebabnya semuanya berkait. Audit dan Cukai hanya boleh dilaksanakan sekiranya Akaun telah siap. Berapa banyak cukai dikenakan juga bergantung kepada Akaun juga. So...kalau sesebuah Syarikat mempunyai Akauntan yg bagus...sudah tentu Syarikat mendapat banyak kelebihan dan manfaat.

Oleh yg demikian...bagi Syarikat kecil dan sederhana..tak perlu ambil konsultant secara berkala..kerana kosnya mahal..cuma sebelum akaun Syarikat diaudit hubungi konsultant atau kawan2 baik anda untuk mendapatkan khidmat nasihat sewajarnya.
...Betul tiada masalah..ianya bebas. Ini adalah hak Pembayar Cukai.

p/s: harap ini membantu

PERTANYAAN : Berniaga Dengan Wujudnya Entiti Perniagaan

Salam En Radzi,
kes saya begini:
saya nak bungkus dan edarkan keropok keping ke kedai2 runcit di kawasan sekitar rumah saya dan ke mana2 sahaja mengikut tempahan oleh individu. saya jalankan secara kecil kecilan. mungkin hanya dengan kapasiti 30kg sebulan. kos yang terlibat tak sampai RM1000.
jadi soalan saya;
1) adakah saya perlu mendaftarkan syarikat saya dahulu sebelum membuat pembungkusan keropok tersebut? sebab nanti dalam bungkusan tu saya nak letak no telefon saya. saya bimbang salah dari segi undang2 untuk edarkan barang secara individu tanpa mendaftarkan syarikat. maksud saya adakah kene daftar syarikat dulu baru boleh edarkan ke kedai runcit..
2) apekah lagi yang perlu saya tahu tentang pengurusan sebuah syarikat enterprise?? saya bimbang jika saya menyalahi undang2. takot hangus macam tu jek nanti duet kalo cara saya salah dari segi undang2 nih. mungkin tentang cukai, akaun sebagaimana yang perlu ada untuk tujuan audit dan sebagainye yang berkaitan dengan keperluan undang2.
terima kasih sekali lagi En Radzi..

Jawapan :
Tiada kesalahan kalau saudara hendak berniaga seperti apa saudara cadangkan. Tiada halangan.
Kalau kita nak edarkan produk kita tidak semestinya perlu kita menubuhkan entiti perniagaan. Boleh dibuat secara biasa. Namun apabila perniagaan kita semakin membesar dan semakin serius maka terdapat banyak faktor-faktor perlu dipertimbangkan pula. Terdapat juga entiti-entiti tertentu yg menyebabkan perniagaan kita perlu didaftarkan. Antaranya isu-isunya adalah :
  • Apabila kita berniaga sudah tentu kita memerlukan lesen perniagaan. Oleh yg demikian lesen perniagaan hanya boleh dikeluarkan apabila wujudnya perniagaan tersebut samada Perniagaan Tunggal (Enterprise), Perkongsian mahupun Syarikat Sdn. Bhd.
  • Kemudahan iaitu apabila kita memohon bantuan seperti kemudahan pinjaman, kemudahan akaun bank perniagaan dsb perniagaan kita perlu didaftarkan bagi melayakkan memohon kemudahan tersebut dan sebagainya.
  • Di dalam konteks cukai pula, setiap pendapatan yang diperolehi di dalam negara akan dicukaikan. Sekiranya kita berniaga tanpa menubuhkan apa-apa entiti seperti Peniagaan Tunggal (Enterprise) pendapatan kita akan dianggarkan seperti mana pengiraan cukai Perniagaan. Kita pula tidak boleh tuntut elaun modal, perbelanjaan yg terlibat didalam perniagaan seperti perbelanjaan minyak, toll, sewa kedai, perbelanjaan kenderaan dan sebagainya. Sekiranya perniagaan kita pula rugi, kerugian kita tidak boleh dibawa ketahun hadapan. Terlampau banyak kekurangannya kalau kita berniaga tanpa entiti perniagaan yang sah.
Cadangan:
Pada peringkat awal berniaga digalakkan saudara mempunyai entiti perniagaan secara sah. Kos yan paling murah untuk menubuhkan entiti perniagaan adalah Perniagaan Tunggal (Enterprise) iaitu dalam anggaran RM70 hingga RM150 sahaja. Cukup murah dan senang dikendalikan. Perniagaan jenis ini banyak ditubuhkan oleh peniaga-peniaga kecil. Malah kalau kita hendak tutup perniagaan ini juga cukup mudah. Hanya perlu melaporkan secara rasmi kepada SSM tentang penutupan perniagaan ini.

Setiap entiti perniagaan terikat dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri. Sebagai contoh Perniagaan Milik Tunggal (Enterprise) terikat dengan Akta Perniagaan manakala Syarikat Sdn. Bhd. pula terikat dengan Akta Syarikat. Dari segi cukai setiap perniagaan akan ditaksirakan cukai mengikut entiti perniagaan tersebut. Audit pula hanya dilakukan keatas entiti perniagaan bertaraf Sdn. Bhd. dan Berhad. Ini disebabkan telah termaktub di dalam Akta Syarikat 1965. Jangan risau akan duit hangus kalau kita tak ikut undang-undang. Just follows the rules...perniagaan anda selamat..ianya tak susah..percayalah.

Sekiranya saudara ingin mengetahui jenis-jenis perniagaan dan maklumat lebih mendalam bolehlah melawat blog saya
"Perniagaan, Syarikat dan Anda" di http://ca2on9-biz.blogspot.com
Saya akan sentiasa berusaha mengemaskinikan dengan maklumat yg berkaitan. Sebarang pertanyaan berkaitan juga boleh diajukan diblog ini.

p/s : harap ini membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...