Tuesday, February 5, 2013

Servis Akaun Syarikat



To: "radziandco@yahoo.com" 
Sent: Tuesday, February 5, 2013 5:30 PM
Subject: Pertanyaan mengenai servis akaun syarikat



SOALAN
Ada beberapa persoalan di sini.


1) Saya tidak pernah mempunyai sebarang akaun sebelum ini,dan sekiranya saya ingin mendaftar pada LHDN apa yg perlu saya buat dan apa yg pihak tuan tawarkan.

2) Berapa caj yang dikenakan,apa yg saya baca caj dikenakan ialah RM 100-RM 350 sebulan - saya kurang faham.
3) Memandangkan saya tidak pernah mempunyai akaun sebelum ini,adakah perlu untuk saya memulakan akaun sejak 2010 untuk submit pada LHDN?
4) Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai rekod (spt resit bagi tahun2 sebelum ini).


JAWAPAN

Waalaikumsalam,


1. Kebiasaannya sesiapa yg menjalankan perniagaan, Syarikat/ Enterprise perlu menyediakan akaun setiap tahun. Berdasarkan akaun tersebut, sekiranya Syarikat/ Enterprise memperolehi keuntungan/ kerugian, ianya perlu membuat taksiran cukai dan dihantar kepada LHDN. Ini adalah seperti yang termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan.


2.  Caj yang dikenakan untuk menyediakan akaun Syarikat / Enterprise adalah serendah RM100 sebulan berdasarkan jumlah transaksi yang direkodkan. Kami juga menawarkan pakej RM1,500 yang merangkumi penyediaan akaun bagi tempoh 12 bulan termasuk pengiraan cukai perniagaan serta penghantaran borang cukai (Borang B).
3.   Ya. Akaun perlu disediakan sejak tarikh penubuhan untuk dihantar kepada LHDN.
4.  Sekiranya tidak mempunyai sebarang rekod atau kekurangan dokumen perniagaan, perakaunan akan dibuat berasaskan anggaran yang munasabah bagi transaksi perniagaan yang berlaku pada tahun tersebut.
p/s : Semoga membantu.

Sekian, terima kasih.


From: xxx@gmail.com>


SOALAN


Assalamualaikum,

Saya memiliki sebuah Syarikat Enterprise yang telah didaftarkan sejak tahun 2010 dan menjalankan business online. Saya ingin daftarkan Syarikat saya untuk percukaian.

Terima kasih.


                                          


JAWAPAN

Pihak kami menawarkan khidmat penyediaan akaun menggunakan sistem perakaunan MYOB berdasarkan dokumen yang diberikan oleh klien. Bagi kes Enterprise, kami menyediakan perkhidmatan perakaunan perniagaan dan membuat pengiraan cukai bagi pihak klien dan berurusan dengan LHDN untuk pendaftaran fail cukai sekiranya belum didaftarkan dan menghantar borang cukai (Borang B) bagi Enterprise yang mana dihantar sebelum 30 Jun setiap tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...