Wednesday, January 9, 2013

Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd.



Salam En Mohd Radzi, 

1.  Kami amat berminat untuk menubuhkan sebuah syarikat namun pada masa yang sama kami memerlukan perlukan sedikit penjelasan tentang penubuhan syarikat. Bagi kami pekerja di sektor swasta, adakah apa-apa halangan atau kerumitan untuk menubuhkan syarikat ? 

2.  Juga, adakah boleh untuk membuat semakan dan mengenalpasti sama ada nama kami pernah digunakan untuk pendaftaran syarikat kerana dikhuatiri ada ahli keluarga atau teman rapat telah melakukan sedemikian. 

Terima kasih.
XXX


Waalaikumsalam Tuan,

1.    Untuk makluman Tuan, tiada halangan bagi sektor swasta atau sesiapa sahaja untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Seseorang itu perlulah:
1.    Untuk makluman Tuan, tiada halangan bagi sektor swasta atau sesiapa sahaja untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Seseorang itu perlulah:
a)    Berumur 18 tahun ke atas ( Seksyen 122(2), Akta Syarikat 1965)
b)    Tidak bankrupt ( Seksyen 125, Akta Syarikat 1965)
c)  Tidak didapati bersalah dibawah Seksyen 130, Akta Syarikat 1965. Kesalahan-kesalahan yang terlibat adalah seperti:

* Kesalahan berhubung dengan dengan penganjuran pembentukan atau pengurusan perbadanan. 
* Kesalahan melibatkan fraud atau tidak jujur dihukum di atas sabit kesalahan dengan penjara untuk tiga         bulan atau lebih.
* Pecah amanah dibawah seksyen 132, Akta Syarikat 1965. (kegagalan untuk menjalankan perniagaan secara ‘reasonable care’, berlaku ‘conflict of interest’ dan penyalahgunaan kuasa dan harta Syarikat)

2.    Semakan keatas nama bagi mengenalpasti samaada nama Tuan telah digunakan oleh mana-mana pihak boleh dilakukan di SSM. Tuan juga boleh melantik wakil seperti Setiausaha Syarikat atau hadir sendiri ke SSM untuk melakukan pencarian maklumat Syarikat. Cadangan kami adalah lebih baik jika diwakilkan oleh Setiausaha Syarikat kerana mereka dapat menerangkan hasil daripada maklumat yang didapati daripada pihak SSM.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...