Monday, February 20, 2012

SYARIKAT SDN. BHD. - CUKAI SYARIKAT

Salam Tuan,

1. Saya cuba membnatu... yg mana tak berapa faham tu ... boleh ditanya .... saya cuba menerangkan.

Quote:
1. Orang yg blacklist bank boleh jadi Lembaga Pengarah sykt s/b ke? Dan adakah Pemegang syer itu sama juga ertinya dengan Lembaga Pengarah?
Balcklist ... kadang2 wujud isu yg tak rasional ... seperti tak bayar apa2 instalment lebih 3 bulan ... appear kat CITOS. Walaupun kita tidak diblack list atau dibankrupt ... terdapat beberapa bank yg tidak memberikan pinjaman (Loan) .. reason ... rekod tak baik ... walaupun pinjaman itu dilakukan atas kapisiti Syarikat.

Pengarah2 yg dilantik ... seelok2nya tidak mempunyai masalah rekod kewangan ... kerana ianya mempengaruhi akan keputusan pihak bank. Ini adalag polisi sesetengah bank .. dan bukannya Akta atau Undang2.

Pemegang Saham ... adalah merupakan mereka yang memegang Saham Syarikat. Secara amnya (tidak langsung) ... mereka adalah golongan yg menentukkan arah tuju Syarikat ... bahasa mudah pemilikkan sebenar adalah kepunyaan Pemegang Saham. Namun konsep "Entiti Berasingan" perlu difahami disini. Walaupun Pemegang Saham "memiliki" Syarikat tersebut ... namun sekirannya Syarikat membeli harta (contoh) ... harta tersebut bukanlah kepunyaan Pemegang Saham ... tapi sebaliknya kepunyaan Syarikat. Ini adalah konsep Entiti Berasingan.

Pemegang Saham mempunyai kuasa yg amat besar. Malah pihak Mahkamah pula sentiasa akan melindungi akan hak2 Pemegang Saham ... apatah lagi bagi kes saham terbesar (Majoriti Shareholders).

Pengarah dan Lembaga Pengarah ... merupakan satu jawatan. Mereka dilantik oleh Pemegang Saham bagi menguruskan akan hal ehwal Syarikat sepanjang mereka memegang jawatan tersebut.

Lembaga Pengarah (BOD) pula mempunyai kuasa juga dalam melantik Pengarah2 lain didalam konteks perniagaan ... seperti melantik Pengarah Kewangan, Pengarah Pentadbiran dsb.

Segala Tataurus Syarikat telah termaktub dalam Memorandum & Artikel Syarikat. Setiap Syarikat mempunyai M & A mereka sendiri. Kebanyakkan dan hampir majoriti mereka yg membuka Syarikat akan menggunakan sepenuhnya akan Table A, Jadual Keempat. Disini ... Tuan boleh melihat akan perlembagaan sesuatu Syarikat yg guna pakai.



Quote:
3. Utk declare income tax, apa yg perlu diajukan ke LHDN selain B Form? Resit2 yg berkaitan dengan bisnes juga mesti dihantar sekali ke?
Quote:
ii. Yg pasti sykt ana ada 5org staf. tetapi utk mengelakkan cukai yg tinggi, ana letakkan beberapa nama lagi kononnya staf sykt, pdhal sekadar nama sahaja. Dan gaji mereka ana masuk ke poket ana sendiri. Dan ana cuma bayarkan EPF dan SOCSO mereka sahaja. Ada tak risiko utk ana?
Quote:
4. Transaksi perniagaan , ada yg melalui bank dan ada juga by hand. Katakan pada bulan tu jumlah pendapatan sykt adalah 50k, d mana 30k melalui akaun sykt, dan selebihnya pembayaran yg dibuat secara by-hand. Tetapi pembayaran melalui by-hand tu ana tak declare utk tax, berisiko tak utk ana? Melalui source mana LHDN nak tahu samada setiap declaration tu adalah benar spt mana yg ana perolehi?
Setiap pendapatan perlu diistiharkan. Setiap Penyata Kewangan yang diistiharkan perlulah menunjukkan akan keseluruhan transaksi perniagaan sebaik mungkin. Ini adalah tanggungjawab Pemilik mahupun Syarikat.

Melalui Sistem Taksiran Sendiri (STS) ... Pembayar Cukai hanya perlu menyerahkan Borang Retan (Cukai) sahaja dan taksiran yg telah dibuat dan yang diserahkan kepada LHDN adalah dianggap taksiran yang betul dan final. Pihak LHDN tidak akan membuat pengiraan Cukai lagi kerana tanggungjawab mengira cukai adalah tanggungjawab Pembayar Cukai.

Oleh yg demikian, dengan perlaksanaan sistem STS ini ... pihak LHDN akan membuat pemeriksaan keatas pengisytiharan yang dibuat oleh Pembayar Cukai. Pemeriksaan ini termasuklah :

a. Audit Meja (Desk Audit) - urusan dilakukan hanya dipejabat LHDN sahaja.
b. Audit Cukai (Tax Audit) - Pihak LHDN akan membuat lawatan ke premis Pembayar Cukai
c. Penyiasatan Cukai (Tax Investigation) - Pihak LHDN akan menggunakan segala kuasa termasuk merampas dokumen2 yg terlibat.

Oleh yg demikian:
1. Rekod Perakauan Yg Lengkap perlu ada (Full Set of Accounts) ... ini wajib . Ianya termasuklah :

a. General Ledger
b. Balance Sheets & Income Statements
c. Accounts Payable, Receivable and related Shedule (Assets) etc.

Sering kes berlaku, pihak Pembayar Cukai gagal menerangkan akan sesuatu transaksi apabila diminta penerangan oleh pihak LHDN ... dan akibatnya tambahan cukai dikenakan. Ini akan termasuk akan penalti.

Sebagai Contoh Jumlah Penerimaan (Deposit) seperti didalam Penyata Bank adalah lebih besar dari jumlah Jualan yang diistiharkan. So ... macam mana nak jawab tu

Oleh yg demikian ... simplah rekod2 diatas (terutamanya) selama 7 tahun ... kerana ianya akan membantu Tuan dikemudian hari.

Penggunaan nama ... sebenarnya dulu ... cara ini boleh dibuat ... namum apabila pihak LHDN menghidu akan cara ini ... mereka tidak membenarkan akan perbelanjaan ini. Ini adalah atas dasar perbelanjaan ini tidak sepenuhnya untuk menjanakan Pendapatan.

Sebagai contoh ... si Ayah memberi elaun atau duit ke atas Anak ... atas dasar si Anak membantu beliau membeli barang2 mentah setiap hari di Pasar (Perniagaan Restoran). Si Anak mempunyai pekerjaan yang lain dan bukan bekerja dengan Ayahnya. Walaupun si Ayah merasakan perbelanjaan ini perlu dan berkaitan dengan perniagaan ... tapi dari persepi LHDN lain.

poning2x

so ... hati2 lah ... supaya jangan terperangkap .... malah memberi elaun kepada Isteri ... walaupun si Isteri tidak berkerja di perniagaan tsbt ..pun tidak dibenarkan akan perbelanjaan ini. Nampaknya kena guna teknik lain ler ...

Quote:
3rd party record. paling kerap kena, yang mana dapat gov.proj. atau dari GLC
betul apa yg dikatan ... malah sebagai contoh kes terbaru AP Holders ... pihak LHDN akan boleh membuat :

a. Pengesahan dari pihak ke 3 (Creditors, Suppliers etc).
b. Memeriksa dan mengambil maklumat akan dokumen dari pihak ke 3

Terdapat beberapa tips2 yg boleh digunakan ... nanti akan diterangkan secara berperingkat ... bukan apa nanti pihak LHDN (terutamanya) akan potong line cepat2 ...

p/s: harap ini membantu

0 comments:

= = = = = = = = = = UNTUK MAKLUMAN = = = = = = = = = =


.

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -


- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini) atau tekan button "OLDER POST"

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah ... RADZI ... CA(M)


...

KHIDMAT TUBUH DAN DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH DAN DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.


Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT

Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :


a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6


Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

******************************************************************************************************