Akhbar :
22 Feb - Cukai Pendapatan Koperasi Mungkin Dikurang
Beliau berkata, menerusi dialog dengan kementerian, ahli koperasi merayu kadar maksimum dikurangkan kerana koperasi juga perlu membayar tiga peratus pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu dua peratus untuk tabung pendidikan, manakala satu peratus untuk tabung pembangunan.
"Ini bermakna koperasi perlu membayar cukai sehingga 31 peratus, satu kadar yang cukup tinggi.
"Adalah wajar kadar cukai koperasi dikurangkan, iaitu sekurang-kurangnya le-bih rendah daripada syarikat korporat kerana penubuhan koperasi berteraskan konsep sosioekonomi untuk membantu ahli, berbanding syarikat korporat yang mengaut keuntungan individu.
"Kementerian berharap resolusi yang dicapai dalam Seminar Percukaian Koperasi hari ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi membolehkan kadar cukai dikaji sekurang-kurangnya lebih rendah daripada cukai korporat," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Koperasi di Pusat Da-gangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Sumber: Berita Harian
- Kadar cukai pendapatan koperasi adalah progresif di antara 0% dan 28%.
- Semua koperasi diberi pengecualian cukai selama 5 tahun daripada tarikh didaftarkan.
- Koperasi yang mempunyai dana ahli kurang daripada RM750,000 kekal mendapat pengecualian cukai.
- Di samping itu, dividen yang diagihkan oleh koperasi kepada ahlinya dikecualikan cukai.


0 comments:
Post a Comment