Thursday, June 5, 2008

Perbezaan Entiti Perniagaan

Perbezaannya adalah caranya ditubuhkan....Contoh :
Enterprise (Perniagaan Tunggal) - dibawah Akta Perniagaan
Perkongsian - dibawah Akta Perkongsian Syarikat Sdn. Bhd dan Bhd. - dibawah Akta Syarikat.....maka setiap entiti mempunyai ciri2 yang berbeza..baik dari segi pengurusan, percukaian dan undang2.

Sebagai contoh..kalau bro berniaga...dan bro rasa perniagaan tersebut boleh pergi jauh dan bro nak buat sepenuh masa....saya cadangkan agar memilih Sdn. Bhd. Mula2 memang kos tinggi..tapi kemudian hari ianya berbaloi untuk bro...
Kelebihan:

1. Memudahkan dalam mendapat pembiayaan seperti pinjaman, OD, LC/TR, - kemudahan pembiayaan...bagi Entprs...agak sukar kerana kebanyakkan polisi badan kewangan lebih mengutamakan Sdn. Bhd....Malah kalao bro nak dapat sponsor seperti mesin, pengiklanan dsb dari badan berkanun juga...polisi ini diutamankan.

2. Saham Keutamaan....Saham ini berbeza dengan saham biasa..kerana ianya diwujudkan bagi pihak luar yang berminat untuk menanam modal dalam syarikat tanpa menganggu operasi dan pemilikan syarikat....Sebagai contoh....syarikat bro telah mencipta satu teknologi bertaraf dunia (Seperti Bio-Tek)..tetapi kekurangan modal untuk memperbesarkannya...Oleh yang demikian sekiranya ada pihak berminat...mereka akan menawarkan modal kerja tanpa campurtangan terhadap syarikat..cuma bagi dividen dan ganjaran yang telah dipersetujui bersama...

3. Percukaian....seperti yang saya nyatakan diatas..tambahan..sekiranya syarikat bro mempunyai perniagaan jenis lain dari yang lain dan ianya juga termasuk dalam rancangan pengalakan ekonomi negara ...seperti Bio-Tek...syarikat bro akan dapat pelepasan cukai selama 5 tahun sekurang2nya...dan banyak lagi....

Oleh yang demikian...terpulang kepada perniagaan bro....kalau serius dan dalam tempoh jangka panjang..buat Sdn Bhd....kalau nak cuba2 dulu..buat Enterprise atau Perkongsian...

p/s: Kalau perniagaan tunggal...kalau empunyanya meninggal dunia...maka secara automatik perniagaan itu sendiri tamat..tak boleh digunakan lagi..maksudnya tidak boleh diteruskan atas nama yang sama...

Pertanyaan - Jika saya buat sdn bhd, apa yang saya untung? apa pelepasan cukai yg saya dapat?


Salam En. XXX,

Antara kelebihannya telah saya nyatakan dipos2 saya disini...Secara amnya...banyak kelebihan2 yg ada di Syk Sdn. Bhd....ianya amat berguna dikemudian hari..

Pelepasan cukai Sdn. Bhd.
...secara teknikalnya..pelepasan cukai adalah sama dengan Syk Sdn Bhd....cuma Syk Sdn Bhd. ianya memberikan lebih banyak berbanding Etp. Antaranya :
  • Kadar cukai berbeza iaitu Etp 28% manakala Syk 20% (seperti di pos saya)
  • Cukai dibayar boleh dikutip semula melalui dividen
  • Pengarah Syk layak mendapat kemudahan2 seperti Gaji, elaun, benefits...disini cukai akan dikira berasingan...iaitu Cukai Individu (Pengarah) dan Cukai Perniagaan (Sykt)...manakala Etp. Keuntungan Bersih Etp akan dicampur semula dengan Gaji Pemilik baru dikira sebagai Keuntungan Perniagaan Etp.
Cth : Untung bersih Sykt Sdn Bhd. - pengiraan cukai dibuat selepas diambil kira dan ditolak Gaji Pengarah Untung bersih Etp - pengiraan cukai dibuat dengan mencampur semula ambilan dan gaji pemilik..barulah dikira sebagai keuntungan perniagaan Etp.

(p/s : ianya teknikal...ini memerlukan penerangan yg lebih lanjut) dan banyak lagi (akan dinyatakan)

Pertanyaan : Jangan Takut Bayar Cukai...Kenapa?

Untuk renungan bersama :

Company Taxation for Sdn. Bhd. :

Banyak orang takut dan tak nak bayar cukai perniagaan Sdn. Bhd. Kenapa ?
1. Duit keluar ler...nanti abis
2. Bagi kat kerajaan
3. Bayar zakat lagi bagus ....dan macam2 lagi...

OK...saya bagi TIPS......anda mungkin jarang dengar..ataupun tak pernah dengar......

Sebenarnya...cukai perniagaan Sdn. Bhd. yang dibayar...Boleh Kutip Balik .....emmmm.....menarik bukan....bayarler banyak mana...tapi boleh kutip balik.....dengan cara yang betul...tara tipu punyer....heheheheh..

Ianya boleh dilakukan dengan alat yang dinamakan "Dividen". Sekiranya terdapat cukai perniagaan yang dibayar...maka pembayaran cukai dibuat akan dimasukkan kedalam Sekyen 108 - Credit Dividen

Katakanlah...anda telah membayar cukai Sdn. Bhd. RM60,000 selama anad berniaga.....Ianya tidak hangus begitu sahaja...Anda boleh boleh balik menggunakan seksyen diatas...dengar istiharkan dividen....Katakan anda istiharkan dividen RM200,000..maka cukai atas dividen adalah RM56,000 dikenakan keatas syarikat Sdn. Bhd...tapi disebaban Syarikat telah membayar keseluruhan cukai RM60,000..maka anda boleh memohon supaya agar cukai yang dikenakan ditolak atas Sekyen 108 tadi...iaitu RM60,000 (Sekyen 108) tolak RM56,000 = RM4,000..bawaler tahun depan....

So bagi pemegang saham akan mendapat dividen dan syarikat dapat membayar dividen tanpa bayar cukai....

Itulah kelebihan bagi perniagaan melalui Sdn. Bhd.

Pertanyaan : Skrg nih saya juat buat ent. adakah berbaloi jika saya buat sdn bhd?


Salam En XXX,

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan disini. Antaranya Cukai, Jangkahayat dsb.

Cukai
...sekiranya perniagaan tidak dikenakan cukai..atau cukai dikenakan agak sedikit...Enterprise sudah cukup. Tapi apabila cukai dikenakan agak tinggi...eloklah bertukar ke Syk Sdn. Bhd. Seperti yg diterangkan dipos saya...kadar cukai Entp dgn Syk Sdn. Bhd. berbeza apabila memasuki Pendapatan bercukai RM250,000.

...Perlu difahamkan bahawa..keuntungan perniagaan Etp akan jatuh terus ke individu tsbt....manakala bagi Syk Sdn. Bhd. ianya akan berhenti pada syarikat sahaja. Ini adalah faktor penyebab mengapa kadar cukai Entp bersamaan dengan kadar cukai individu.
...bagi Entp segala pendapatan selepas dibayar cukai..semuanya adalah milik empunya..(no question ask)...dia bole pakai sesuka hati mereka.......tapi Sdn. Bhd. pula keuntungan Syk. adalah milik Syk....bagi pemegang saham Syk. layak mendapat dividen atas keuntungan syarikat tsbt. Para Pengarah pula akan mendapat imbuhan ..samada gaji, elaun, benefits...pada kebiasaanya bagi syarikat kecil..Pemegang saham adalah juga Pengarah Sykt. (disinilah tempat dan kelebihan yg. utama)

Pada realitinya...hampir semua tak nak bayar cukai...apa saja cukai..termasuk..cukai hartanah, cukai perniagaan dsb....Oleh yg demikian perancangan cukai amat penting disini.

...Jangkamasa...sekiranya perniagaan tsbt hendak diwarisi..atau dipindahkan...atau nak dijual...atau perlukan tambahan modal (melalui penjualan saham tambahan)..maka...Syk. Sdn. Bhd. adalah terbaik...kerana Etp bergantung sepenuhnya kpd umur empunya...sekiranya pendek unur..pendekler perniagaan Etp tsbt....tidak macam Sdn. Bhd....ianya kekal abadi. (selebihinya ada dalam pos saya yg lain)



Pertanyaan.. Macam mane nak jual saham syarikat sdn. bhd kite?

Salam,
Saham di Syarikat Sdn. Bhd. boleh dijual melalui perpindahan saham iaitu melalui Form 32A. Didalam Form 32A akan dinyatakan kepada siapa dan jumlah saham yg dipindahkan.
(berhati2 ... sila pastikan terma2 pembayaran apabila saham tsbt dipindahkan...samaada secara tunai ker atau hutang ker...apabila saham dipindahkan...tapi duit tak dapat..payah tu..dan banyak kes2 begini terjadi)

Penjualan Saham syarikat perlu mendapat kelulusan Para Pemegang Saham. Ini adalah sifat Syarikat Sdn. Bhd. .... seperti yg termaktub dalam Akta Syarikat.

Kita boleh menjual saham:
1. Pada nilai par (1 saham RM1)
2. Pada nilai bawah par...biasa terjadi apabila Sykt tsbt mengalami kerugian teruk...atau liabiliti terlalu tinggi dsb.
3.Atas nilai par (melebihi RM1 sesaham)...biasa terjadi apabila Sykt tsbt kukuh, ada value, ada keuntungan terkumpul dsb.


Percukaian - Enterprise dan Sdn. Bhd. (Perbezaan)


A. Enterprise & Perkongsian

Kadar cukai mengikut kadar individu...Selepas pendapatan bercukai melebihi RM250,000..cukainya adalah 28%...

B. Syarikat Sdn. Bhd.
Kadar cukai mengikut :
a. Sykt. mempunyai Modal Berbayar RM2,5 juta kebawah : ...Pada RM500,000 dan kebawah - Kadar......20% ...Selepas RM500,000 - Kadar ...26%
Contoh : Perbezaan

Sekiranya
RM250,000 = Cukai = Entp= RM70,000 Syk= RM50,000 Beza RM20,000
RM300,000 = Cukai = Entp= RM84,000 Syk= RM60,000 Beza RM24,000
RM350,000 = Cukai = Entp= RM98,000 Syk= RM70,000 Beza RM28,000
RM400,000 = Cukai = Entp= RM112,000 Syk= RM80,000 Beza RM32,000
RM500,000 = Cukai = Entp= RM140,000 Syk= RM140,000 Beza RM40,000

P/s : Pendapatan Bercukai = Jumalah Pendapatan yang selepas ditolak perbelajaan dan pelepasan yg. dibenarkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...