Thursday, June 5, 2008

Pertanyaan.. Macam mane nak jual saham syarikat sdn. bhd kite?

Salam,
Saham di Syarikat Sdn. Bhd. boleh dijual melalui perpindahan saham iaitu melalui Form 32A. Didalam Form 32A akan dinyatakan kepada siapa dan jumlah saham yg dipindahkan.
(berhati2 ... sila pastikan terma2 pembayaran apabila saham tsbt dipindahkan...samaada secara tunai ker atau hutang ker...apabila saham dipindahkan...tapi duit tak dapat..payah tu..dan banyak kes2 begini terjadi)

Penjualan Saham syarikat perlu mendapat kelulusan Para Pemegang Saham. Ini adalah sifat Syarikat Sdn. Bhd. .... seperti yg termaktub dalam Akta Syarikat.

Kita boleh menjual saham:
1. Pada nilai par (1 saham RM1)
2. Pada nilai bawah par...biasa terjadi apabila Sykt tsbt mengalami kerugian teruk...atau liabiliti terlalu tinggi dsb.
3.Atas nilai par (melebihi RM1 sesaham)...biasa terjadi apabila Sykt tsbt kukuh, ada value, ada keuntungan terkumpul dsb.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...