Monday, May 26, 2008

Perniagaan - Persamaan dan Perbezaan - Dari Segi Kos

Soalan..saya nak buka satu jenis peniagaan..apakah yang perlu saya lakukan?
Bagaimana dengan pendaftaran samada syarikat atau peniagaan?
Berapa lama proses pendaftaran tersebut?
Kelebihan dan kekurangan ?

Perniagaan ....setiap perniagaan ini perlu mendapat lesen perniagaan..minta pihak berkuasa tempatan....
Daftar dibawah Pendaftaran Perniagaan SSM..saya cadangkan bukalah...Perniagaan Tunggal (Enterprise)...ataupun Rakankongsi (Partnerships)...kalo bro rasa nak bisness tu :
1. secara kecil2lan
2. nak test dulu ..ok ke tidak..bole hidup ke tidak..
3. nak jimatkan kos sedikit...
........kos penubuhan pun tak sampai RM150...1 (hari siap)..kalo buat sendiri tak sampai 3 jam...
Daftar dibawah Pendaftaran Syarikat SSM...saya cadangkan bukalah Sykt. Sdn. Bhd...kalo bro rasa nak bisness tu :
1. tahap pertengahan...jangkaan modal yg. besar,jangkaan pendapatan yang besar, nak mudah dapatkan loan dan seterusnya
2. kesungguhan agak tinggi...dari segi penglibatan komitmen...nak tambah cawangan2 yang lain...memodenkan tahap perniagaan..dsb.
....tapi...ramai yg kurang buka Sdn. Bhd. kerana :
a. Kos tubuh ......minima RM2,000 ke RM2,500
b. Nak bayar kos Setiausaha Syarikat...minima RM50 sebulan...ini tak termasuk kos nak buat Annual Return (minima RM300) setahun, resolution2 dsb...
c. Kos Audit...bergantung kepada jumlah pendapatan tahunan atau harta (mana lebih tinggi)
Persamaan kos antara Perniagaan Tunggal/Rakankongsi dan Sykt Sdn. Bhd. :
1. Kos Akaun...kalo kita tak buat..kita kena upah orang buat akaun yg. lengkap (mesti ada GL, Balance Sheets, Income Statement... sekurang2nya)...kos anggaran RM700 to RM2,000 (Ikut tahap 'workloaded') kita mesti simpan selama 7 tahun...Kalo dalam Sdn Bhd...bole disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 169
2. Kos Pengiraan Cukai...bila akaun dah siap...baru cukai perniagaan dikira...kalo kita tak buat dan suruh orang buat...kos dalam RM800 to RM2,500...ada orang bayar lebih tinggi..kerana cukai mereka tinggi..diaorang suruh adjsut ler tu...hehehhehe..gurau ajer..
Tapi..kita tengok pula kelebihan Syk. Sdn. Bhd.nie..
1. Kalo dari segi cukai...Sdn. Bhd. banyak boleh dilakukan untuk mengurangkan cukai...malah bagi tahun taksiran 2007 keatas...mana2 pendapatan bercukai tidak melebihi RM500,000 dan modal saham tidak melebihi RM1 juta...kadar cukai Syarikat adalah 20% sahaja...tapi kalo Perniagaan Tunggal/Rakankongsi pendapatan bercukai melebihi RM250,000 kadar cukainya adalah 28%

Contoh : Pendapatan Bercukai (Chargeable Income)atas RM500,000:
Syk. Sdn Bhd. ... RM500,000 x 20% = RM100,000
Pern Tunggal/Rkn Kgsi.. RM500,000 x 28% = RM140,000
Beza 40,000

...banyak tu RM40,000.:o ..hehehheheh:p ..tupasal tax planning penting bagi seorang businessman...
2. Kita bole... jual saham kita...samada tujuan nak tambah modal ke..(ni cara selamat dan senang nak tambah modal)..malah kalo kita jual saham pada nilai premium...keuntungan jualan saham..tak kena cukai...yahoooo...hehehhehhehe...
3. Sykt Sdn. Bhd....sifatnya adalah kekal abadi...ianya tidak luput atau lenyap..(melainkan kes2 tertentu..seperti penggulungan dsb)..Perniagaan Tunggal...kalo pemilik meninggal..maka perniagaan mereka turut sama meninggal..terus tutup dan ditamatkan..
4. Yg paling best...kita bole jual Syk Sdn. Bhd. nie...ada ramai yg mencari...lebih2 lagi :
a. Syk yg berdaftar dgn Kementerian Kewangan
b. Syk yg rugi yang banyak...(pelik bukan? ...mengapa ada orang nak beli syarikat yg rugi...lagi banyak rugi..lagi bagus)
c. Kalo jual syarikat melebihi nilai saham par...itu sudah kira untung...yg best tu..tak kena cukai..hehehhehehehe..
dan banyak lagi...


Entiti Perniagaan - Mula2 nak Bisness

Salam,
...Kalo sesiapa nak mulakan bisness...bagus tu ...semoga maju jaya...sedikit panduan permulaan untuk rujukan bersama...

Seperti yg kita maklum bahawa...setiap perniagaan pada amnya mesti ditubuhkan samada melalui :
1. Perniagaan Tunggal - Enterprise - Hanya ada 1 (satu) orang sahaja pemilik perniagaan.
2. Perkongsian - Partnership - Terdapat beberapa rakankongsi yg merupakan pemilik bersama.(Minima 2 orang dan maksima 20 orang)
3. Syarikat Sdn. Bhd. - Pemiliknya adalah pemegang saham. Minima saham yang perlu ada adalah 2 unit dan minima ahli adalah 2 orang.Maksima adalah 50 orang.Biasanya saham diterbitkan pada nilai par iaitu 1 unit adalah RM1. Jadi kalau syarat minima dipenuhi baru RM2...tu yang disebut orang syarikat modal RM2...hehehehhehehehee...gurau jer bro....
4. Syarikat Berhad - Pemiliknya adalah pemegang saham..siapa paling besar saham..dialah mempunyai kuasa yg mempengaruhi syarikat..melalui kuasa undi. Syarikt Bhd. sahaja yg boleh mendapatkan duit melalui orang ramai iaitu dengan penawaran dan penjualan saham syarikat...samada semasa penerbitan..mahupun di bursa saham. Untuk pengetahuan bersama...sebenarnya...ada orang kata Sykt. yg menjadi Bhd. ini...tak cukup duit nak kembangkan operasi perniagaan mereka..pasal itu sebenarnya mereka jual saham mereka kpd orang ramai...hehehheehhehe...
5.Koperasi - Ditubuhkan dibawah Akta Koperasi

so..kalo nak bisness..dinasihatkan tubuhkan entiti perniagaan..disini saya mencadangkan tubuhkanlah....samada Perniagaan Tunggal...ataupun...Perkongsian...ataupun...Syk. Sdn. Bhd.
Bro diwajibkan membuka salah satu untuk memulakan pernigaan kerana:
a.Hal-ehwal perniagaan...pembukaan akaun bank, membuat pinjaman perniagaan, meminta bantuan perniagaan, meminta lesen perniagaan dsb.
b. Percukaian...Setiap pendapatan perniagaan perlulah dicukaikan (Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan)...sekiranya layak..perlulah membayar...dsb.

Friday, May 23, 2008

Akaun, Audit, Cukai, Syarikat atau Perniagaan, dsb

Disini kita boleh berbincang dalam banyak pekara. Antaranya :1. Perakaunan (Accounts)2. Pengauditan (Audit)
3. Percukaian (Taxation)
4. Hal ehwal Syarikat mahupun Enterprise dan Rakankongsi ataupun Koperasi dan Pertubuhan (Company)

5. Pekara2 khas..seperti Penilaian Saham, Pengambilalihan Syarikat, Penilaian Kewangan dan situasi Syarikat dsb. (Specials )
6. Lain2 pekara yang berbangkit..
7. Apa2 pun bole....hehehehheheh...takder masalah...

p/s : Ini adalah bantuan saya secara percuma dan saya akan cuba memberikan yang terbaik....terima kasih...
Harap maklum..setiap pertanyaan..insyallah..pasti saya balas...cuma isu masa sahaja...Jangan risau...selagi anda tak faham..anda boleh tanya...ikhlas...Boleh Contact kat 019-3007730 Radzi
(Lets make friends...not war...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...