Monday, May 26, 2008

Entiti Perniagaan - Mula2 nak Bisness

Salam,
...Kalo sesiapa nak mulakan bisness...bagus tu ...semoga maju jaya...sedikit panduan permulaan untuk rujukan bersama...

Seperti yg kita maklum bahawa...setiap perniagaan pada amnya mesti ditubuhkan samada melalui :
1. Perniagaan Tunggal - Enterprise - Hanya ada 1 (satu) orang sahaja pemilik perniagaan.
2. Perkongsian - Partnership - Terdapat beberapa rakankongsi yg merupakan pemilik bersama.(Minima 2 orang dan maksima 20 orang)
3. Syarikat Sdn. Bhd. - Pemiliknya adalah pemegang saham. Minima saham yang perlu ada adalah 2 unit dan minima ahli adalah 2 orang.Maksima adalah 50 orang.Biasanya saham diterbitkan pada nilai par iaitu 1 unit adalah RM1. Jadi kalau syarat minima dipenuhi baru RM2...tu yang disebut orang syarikat modal RM2...hehehehhehehehee...gurau jer bro....
4. Syarikat Berhad - Pemiliknya adalah pemegang saham..siapa paling besar saham..dialah mempunyai kuasa yg mempengaruhi syarikat..melalui kuasa undi. Syarikt Bhd. sahaja yg boleh mendapatkan duit melalui orang ramai iaitu dengan penawaran dan penjualan saham syarikat...samada semasa penerbitan..mahupun di bursa saham. Untuk pengetahuan bersama...sebenarnya...ada orang kata Sykt. yg menjadi Bhd. ini...tak cukup duit nak kembangkan operasi perniagaan mereka..pasal itu sebenarnya mereka jual saham mereka kpd orang ramai...hehehheehhehe...
5.Koperasi - Ditubuhkan dibawah Akta Koperasi

so..kalo nak bisness..dinasihatkan tubuhkan entiti perniagaan..disini saya mencadangkan tubuhkanlah....samada Perniagaan Tunggal...ataupun...Perkongsian...ataupun...Syk. Sdn. Bhd.
Bro diwajibkan membuka salah satu untuk memulakan pernigaan kerana:
a.Hal-ehwal perniagaan...pembukaan akaun bank, membuat pinjaman perniagaan, meminta bantuan perniagaan, meminta lesen perniagaan dsb.
b. Percukaian...Setiap pendapatan perniagaan perlulah dicukaikan (Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan)...sekiranya layak..perlulah membayar...dsb.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...