Wednesday, December 10, 2014

Jabatan Akauntan Negara diminta tingkat aktiviti penguatkuasaan



KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia diminta supaya meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta menambah baik dan memperketatkan sistem kawalan dalaman bagi mempertingkatkan lagi pengurusan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 3, kriteria dan pemilihan kes untuk pemeriksaan WTD perlu memberi fokus kepada syarikat atau firma yang berisiko.

"Pada pendapat Audit, matlamat penguatkuasaan Akta WTD 1965 tidak tercapai kerana skop Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti (BPAS) belum meliputi pengesanan syarikat atau firma yang tidak menyerahkan WTD," demikian menurut laporan itu.

Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD dibawah Akta WTD 1965.
Peranan Pendaftar WTD itu dijalankan oleh BPAS, Jabatan Akauntan Negara dan sehubungan itu, BPAS bertanggungjawab memastikan penguatkuasaan Akta WTD 1965 dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.

Laporan Ketua Audit berkata BPAS perlu menyediakan senarai semak sebagai Prosedur Operasi Standard yang perlu dipatuhi oleh semua pegawainya semasa pemeriksaan WTD.Sejak penubuhan unit WTD, BPAS berjaya meningkatkan jumlah serahan Wang Tak Dituntut sebanyak RM3.844 juta dari tahun 2005 hingga 2012.Sementara itu, Laporan itu turut menyebut data serahan WTD yang terdedah kepada unsur pindaan boleh mengundang risiko penyelewengan.

 "Sehubungan itu, penambahbaikan proses memuat naik data serahan maklumat empunya WTD (UMA-3) ke dalam sistem Borang Daftar Wang Tak Dituntut (G-UMIS) perlu dilaksanakan," kata laporan itu.

Antara pelaksanaan yang dicadangkan ialah UMA-3 dalam bentuk Microsoft Excel perlu dibuat dalam format dilindungi daripada sebarang pindaan serta mempunyai elemen kawalan.

Antara kelemahan sistem kawalan dalaman ialah maklumat WTD dalam UMA-3 berbentuk salinan digital yang diterima daripada entiti boleh dibuat pindaan sebelum dimuat naik ke dalam Sistem G-UMIS. 

SUMBER:http://www.bharian.com.my/node/16800

Tuesday, December 9, 2014

THE XX FACTOR


       What makes a good Board and what keeps it going? More importantly, how can be this sustained in the light of a depleting pool of talent? The answer may lie in diversity; the more varied a Board is, the better a chance it stands of being successful. At the root of any Board success is the quality of its human capital.

       Broader financial expertise enables it to comply with the ever-increasing panoply of guidelines ad requirements; gender and professional diversify provide different perspectives that keep it in touch with the dynamic, ever-evolving business and commercial environment, not just at home but globally. These were the issues addressed in Building Board Capacity and Capabilities through diversity, a key panel discussion at the recent corporate board leadership symposium.


       On boarding women the issue of getting more women on Boards was central to the discussion from the outset, with Johan Mahmood Merican, CEO of talent Corporation Malaysia Bhd stating that the government was particularly interested in promoting gender diversity, as to only was it 'the right thing to do, it is also an economic imperative'. Currently, only 52% of Malaysian women of working age are actually in the workforce. "Leverage on this resources," he urges. "in public universities today, the student body is almost 68% women. the future talent pipeline will have more women'.


      Researched has shown that although there are more women graduates, they do not remain in the workforce, primarily due to family commitments. in some countries like Korea and Japan, however, they return to the workforce after a few years: this has not been happening in sufficient numbers in Malaysia. This has also contributed in part to the distressingly small number of women on boards in Malaysia- only about 8.6% in 2013. in the public sector, however, women hold more than 30% of decision making position. To emphasize the importance of this agenda, Bursa now requires companies to disclose their diversity policy in their annual report from 2015 onwards.


        But there is only so much that official policy can accomplish. Firms themselves have to change and realize that gender diversity is beneficial, not detrimental, to the business value which can be created with a gender-diverse workforce and Board’. Stating that PEMANDU’s policy was one of inclusiveness of all regardless of gender, age, ethnicity or religion.Tengku Azian Shahriman, Director of education and human capital development of PEMANDU said that it was one of the body’s KPIs to increase women’s participation to 30% by 2016. ‘Many companies are still not convinced by the business case for having women on boards”, she said. “But there are statistics to show that companies which are diverse do perform better’.


What women bring to the table?


According to MIA figures, 50% of accountants in Malaysia are women. In many firms, including leading Malaysian bank CIMB, more than 50%of management is female. All indicators therefore point to the necessity of managing this business value. By all accounts positives to a company, Tengku Azian added. But can women in the middle management move up to the board? It is estimated that if Malaysia carried on at the present rate, women will make up 30% of boards only in 2099, according to a study done by PwC! Intervention is the key to getting numbers. “many policies pioneered by other countries, can be emulated here,” said Tengku Azian. “the 30% club’ is quite widely supported by high-profile MNCs and big-name businesses. PEMANDU will be having wider engagement and more programmers to move this agenda.


Sources: Accountant Today,Sept/Oct 2014,by Majjela Gomez

Wednesday, December 3, 2014

PENDAFTARAN DARI SDN. BHD. KE ENTERPRISE




From: xxxx@gmail.com

To: "mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com> 

Sent: On Wednesday, November 2, 2014 2:13 PM, JotForm <noreply@jotform.com>

Subject: Enterprise ke Sdn Bhd

Salam sejahtera, sy memiliki perniagaan milikan tunggal. Perniagaan didaftarkan Restoran xxx Puchong. Sy berdaftar di SSM pada June 2013, masalah sy ialah sy tidak pernah declare tax, tidak menyimpan resit2 yg berkaitan perniagaan. Kini sy merancang untuk mendaftar sdn. bhd. Perlu ke sy declare untuk perniagaan sole-prop sebelum ini? Apakah yg perlu sy lakukan? Sy tidak tahu ingin bermula bagaimana. Mohon bantuan dari pihak tuan/puan. Terima kasih

JAWAPAN

Waalaikumsalam En. xxx,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang Tuan ajukan:-

PENGISYTIHARAN PERNIAGAAN ENTERPRISE
Milikan Tunggal (Sole-Proprietor) Atau Perkongsian (Partnership)

  • Setiap individu yang menjalankan perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang diisytiharkan akan jatuh kepada individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab dalam menyediakan perakaunan yang lengkap pada setiap   tahun kewangan berakhir 31 Disember.
  • Dokumen berkaitan akaun perniagaan perlulah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan Percukaian dan Perniagaan. Untuk menyediakan perakaunan yang lengkap, pemilik perlulah menyimpan dan merekodkan semua transaksi yang melibatkan :
  1. Bank dan tunai
  2. Belanja-belanja am seperti bil elektrik, bil telefon, petrol, tol, sewa, dan lain-lain belanja yang berkaitan dengan perniagaan.


PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD.

Sekiranya ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd., kebiasaanya segala aktiviti perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh dipindahkan ke Sdn. Bhd. dan perniagaan Enterprise tersebut dikecilkan ataupun diberhentikan.

Ini adalah kerana ianya akan melibatkan kos-kos yang tinggi bagi menjaga 2 entiti perniagaan ini iaitu Enterprise dan Syarikat Sdn. Bhd. jika kedua-duanya aktif berniaga.

Proses penubuhan Syarikat adalah seperti berikut:

A.    Syarat-syarat penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. :
·         Mempunyai 2 orang Pengarah dan 2 orang Pemegang Saham di aman bermastautin di Malaysia.
·         Pengarah dan Pemegang Saham berumur 18 tahun ke atas dan waras
·         Tidak muflis

B.    Dokumen penubuhan Syarikat – 1 salinan kad pengenalan depan dan belakang bagi setiap                   Pengarah dan Pemegang Saham.

C.     Tempoh proses penubuhan – selama 4 atau 5 hari bergantung kepada situasi

D.     Pakej penubuhan Syarikat – bermula serendah RM2,200


KESIMPULAN

Pada pandangan kami, ianya terpulang kepada pemilik Perniagaan itu sendiri sama ada ingin membuat pengisytiharan Perniagaan Enterprise mereka ataupun tidak.

Sekiranya pihak Tuan telah membuat pendaftaran cukai individu di LHDN, maka pengiraan cukai perniagaan perlu dilakukan. Keuntungan atau kerugian Perniagaan seperti di dalam akaun akan dilaras semula dan dicampurkan dengan pendapatan lain dan barulah ditolak dengan pelepasan cukai yang diberikan. Dikenakan cukai atau tidak, bergantung kepada pengiraan percukaian yang dibuat.

Bagi penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. pula, pihak Tuan bolehlah menghubungi pihak kami untuk makluman yang lebih lanjut.


Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.

Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...