Monday, September 6, 2010

ARTIKEL : SYARIKAT STATUS PN17 BERTAMBAH


Penambahan syarikat PN17 belum membimbangkanOleh Shahrizan Saliankelembapan ekonomi.

Peningkatan sehingga tiga kali ganda bilangan syarikat berstatus PN17 di Bursa Malaysia tahun ini berbanding tahun lalu belum lagi membimbangkan kerana Malaysia baru saja keluar daripada

Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata peningkatan bilangan syarikat yang berdepan tekanan kewangan adalah normal bagi sesebuah ekonomi yang baru keluar daripada kemelesetan.

Kita tidak perlu bimbang dengan keadaan itu kerana Malaysia baru saja keluar daripada persekitaran ekonomi yang sukar.

Jika arah aliran ini berterusan apabila ekonomi pulih sepenuhnya, maka ia akan menjadi sesuatu yang membimbangkan. Bagaimanapun untuk 2010 ia adalah sesuatu yang biasa bagi sesebuah negara yang sedang mencatat pemulihan, katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Setakat 25 Ogos lalu ada 34 syarikat di Bursa Malaysia yang diletakkan di bawah status PN17, merangkumi 3.53 peratus daripada 964 syarikat yang disenaraikan di bursa itu.

Pada tahun ini saja, sebanyak 15 syarikat diletakkan di bawah status berkenaan dan yang terbaru adalah pengeluar sistem pengumpul keluli bertaraf dunia, Metech Group Bhd.

Tahun lalu enam syarikat diletakkan di bawah status PN17 kebanyakannya disebabkan oleh tekanan kewangan. Syarikat yang diletakkan di bawah status PN17 perlu menjelaskan langkah penstrukturan semula masing-masing untuk mengekalkan status penyenaraian masing-masing dan akan diberikan tempoh tertentu untuk melaksanakannya.

Yusli berkata, Bursa Malaysia sedang mengambil langkah sewajarnya untuk membantu syarikat terbabit keluar daripada status PN17.

Kami cuba untuk mendekati dan berbincang dengan syarikat terbabit sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Mereka perlu memberi maklumat yang lengkap kepada Bursa Malaysia untuk membetulkan aliran itu.

Jika kami perhatikan aliran kerugian yang dicatatkan syarikat yang berkenaan berulang dan pendapatannya berkurang dengan ketara, Bursa Malaysia akan mendekati syarikat itu dan berharap dapat membantu mereka, katanya.

Beliau menegaskan, syarikat terbabit pula tidak perlu hanya mengambil langkah tunggu dan lihat sebaliknya perlu lebih proaktif termasuk melaksanakan langkah mempelbagaikan perniagaan sebagai usaha memulihkan keadaan kewangan masing-masing.

Mereka perlu memberitahu perkembangan semasa kepada kami. Ini membuktikan Bursa Malaysia mengambil berat terhadap isu ini, katanya.

Antara syarikat dikategorikan di bawah PN17 tahun ini ialah Hock Sin Leong Group Bhd, Transmile Group Bhd, VTI Vintage Bhd, Kenmark Industrial Co (M) Bhd, Linear Corp Bhd, Malaysian Merchant Marine Bhd dan Tracoma Holdings Bhd.

7 September 2010
Berita Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...