Saturday, August 9, 2008

Panduan : Apa Nak Buat Bagi Syarikat Baru

Salam,

Setiap akaun Syk Sdn . Bhd. perlu diaudit selepas tutup tarikh perakaunan: :
1. selepas tempoh 60 hari (kalo nak ikut standard)

Bagi baru ditubuhkan dan tak pernah diaudit..audit perlu dilakukan dalam tempoh 18 bulan (1 tahun 6 bulan). Pada masa yg sama..1st Annual Return perlu juga dibuat dalam tempoh 18 bulan tersebut. Disini isu memilih tempoh tarikh tutup perakaunan amat penting..jangan silap...kalau tidak...tiap2 tahun asyik kena penalti kat SSM

Audit..senang jer...dokumen yg penting..antaranya ;
1. General Ledger (Detail) termasuk General Journal
2. Account Receivables and Account Payables (jika ada)
3. Fixed Assets Register dan Fixed Assets Schedule
4. Supporting documents : Bank Statement, Sales and Purchase Invoices, Payment Vouchers dsb. dan juga dokumen2 berkaitan

Proses menyediakan akaun yg selengkapnya adalah tanggungjawab syarikat...lebih tepat..tanggungjawab Pengarah...so siapa yg jadi Pengarah..kena ingat..sekarang SSM telah mula secara aktifnya mengenakan denda kepada PENGARAH..sekiranya laporan audit syarikat anda BERSYARAT (Qualified Report).

Bila akaun dah siap...baru hantar untuk audit....audit dah siap...baru bole hantar kat Secretary (untuk buat Annual Return) dan juga kepada Tax Agent (submit Tax Form Form C and Form R). Jadi akaun penting....

Harap membantu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...