Rabu, 8 Mac 2017
IPOH: Pengasas Vida Beauty,
Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida
didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah
atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan
terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah. Dia didakwa
gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir
mengikut Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 sudah diserahkan kepadanya.
Siti Hanum kemudiannya menjatuhkan hukuman denda
sebanyak RM500 dan penjara dua hari jika gagal membayar denda berkenaan.
Hasmiza kemudiannya membayar denda berkenaan dan berjanji akan mengemukakan
Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257513
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257513