From: xx@yahoo.com ; xx@yahoo.com
To: radziandco@yahoo.com
Sent: On Thursday,
June 25, 2015 6:20 PM
Subject: Pembelian
kereta syarikat atau persendirian
Assalamualaikum En.Radzi,
Berkenaan perbincangan kita
tempohari mengenai kereta syarikat, ada sedikit kebimbangan yang timbul.
1)
Saya
telah menghubungi secara lisan penjual kereta dan secara amnya Syarikat
Sdn.Bhd. harus menyerahkan salinan akaun syarikat selama 3 bulan untuk
diluluskan pinjaman.
2)
Matlamat
kereta terpakai bernilai RM40ribu dengan 10% deposit dibayar dan dibandingkan
dengan modal berbayar syarikat sebanyak RM60ribu kemungkinan besar susah untuk
diluluskan pinjaman.
3)
Jika
dalam keadaan terpaksa saya mengambil kereta atas nama isteri , bolehkah wang
syarikat digunakan untuk pembayaran bulanan (seperti pinjaman bank yang
digunakan untuk pembelian tanah)
4)
Untuk
memulakan perniagaan saya memerlukan kereta untuk pengangkutan, pembelian
barang dan kerja kerja lain.
5)
Bagaimana
dengan bayaran tol, minyak dan cukai jalan/insurans? Masihkah boleh diambil
dari wang syarikat jika atas nama persendirian?
6)
Apakah implikasi yang timbul dari hal ini dari
segi cukai syarikat dan sebagainya.
DIharap En.Radzi dapat membantu
dalam hal ini. Terima kasih atas kerjasama.
Yang benar,
xxx
JAWAPAN
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana
mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung
soalan yang telah diajukan :
Pembelian
kenderaan
Kenderaan yang baru dibeli pada tahun kewangan bolehlah
dibawa masuk sebagai aset Syarikat walaupun ianya dibeli atas nama Syarikat
ataupun individu. Maka, merujuk kepada persoalan Tuan berkaitan pembelian
kenderaan atas nama individu, ianya boleh dilakukan.
Apabila kenderaan tersebut dibawa masuk sebagai aset
Syarikat, maka wang Syarikat boleh digunakan untuk pembayaran bulanan kenderaan
tersebut
Perbelanjaan
lain bagi kenderaan
Kos-kos bagi kenderaan tersebut seperti tol, minyak, cukai
jalan dan insuran boleh direkod di bawah perbelanjaan Syarikat. Asalkan ianya
adalah untuk tujuan perniagaan, maka kos tersebut adalah dibenarkan.
Implikasi
terhadap cukai Syarikat
Setiap pembelian kenderaan perdagangan yang dimasukkan di
bawah akaun Syarikat boleh menuntut Elaun Modal. Tuntutan elaun
modal tersebut adalah berdasarkan Qualifying Expenditure (QE) yang telah
ditetapkan oleh LHDN.
QE ialah perbelanjaan
layak bagi kenderaan.
a.
Harga kenderaan
bernilai RM150,000 ke atas dan ianya BARU
QE
kenderaan tersebut ialah setakat RM50,000 sahaja
b.
Harga kereta
bernilai RM150,000 ke bawah dan ianya BARU
QE
kenderaan tersebut ialah berdasarkan harga kenderaan tersebut.
c.
Kenderaan
terpakai
QE
kenderaan tersebut ialah setakat RM50,000 sahaja
Maka, untuk kes Tuan bagi
kenderaan terpakai yang harganya kurang dari RM50,000, pihak Tuan boleh
menuntut elaun modal berdasarkan harga kenderaan tersebut iaitu RM40,000.
Didalam situasi lain,
sekiranya kenderaan atau aset syarikat ini digunakan oleh Individu secara
peribadi, maka kenderaan ini akan dikira sebagai manfaat berupa barangan
(benefit in kind). Nilai BIK ini akan dikira sekali didalam pengiraan cukai
Individu tersebut kerana merupakan pendapatan kepada Individu tersebut.
Harap penerangan di atas dapat membantu