Monday, November 18, 2013

Selebriti yang Mengelak Bayar Cukai

17 Nov - Perniagaan atau populariti mereka menjadikan mereka kaya-raya. Tapi jangan sangka kekayaan itu disalurkan ke jalan yang sepatutnya kera artis-artis di bawah juga pernah menjadi penghias muka depan akhbar akibat cuba mengelak daripada membayar cukai.

Martha Stewart

Pakar kediaman dan taman ini pernah disabitkan atas kesalahan cuba untuk mengelak membayar cukai, apabila dia didapati tidak membayar cukai ke atas rumah-rumah agam miliknya di East Hampton. Stewart juga diarahkan untuk membayar AS$220,000 (RM 699,270) jumlah cukai yang tidak ditunaikan ditambah penalti kepada kerajaan wilayah New York atas kesalahannya sebelum dipenjarakan.

Alasan Stewart? Dia jarang mendiami rumah agamnya di sana dan tidak fikir dia perlu membayar cukai untuk itu.


Nicolas Cage
Cage didapati berhutang lebih kurang AS$6 juta (RM 19,041,000) jumlah cukai ketika dia didakwa oleh pihak IRS (Lembaga Hasil dalam Negeri) dan dikenakan penalti tambahan atas kesalahannya itu.
Namun begitu, Cage menyalahkan bekas pengurus dan akauntannya kerana membuat pelaburan yang tidak bagus dan gagal membayarkan cukainya.



Marc Anthony

Bekas suami Jennifer Lopez ini pernah dikenakan penalti kerana gagal membayar cukainya sebanyak AS$2.5 juta (RM 7,953,750) pada tahun 2007. Pada tahun 2010 pula, dia menerima dua bil tambahan yang menjadikan hutangnya bernilai AS$3 juta (RM 9,535,500).

Sekalipun Anthony menyalahkan pihak pengurusannya yang gagal membayarkan cukai tersebut, pihak IRS mendapati ia bukan kali pertama Anthony gagal membayar cukainya.


Wesley Snipes

Pelakon "Blade" ini pernah menggunakan pelbagai cara untuk menyembunyikan hasil pendapatannya. Dia didapati bersalah dalam tiga kes kerana gagal memfailkan penyata cukai persekutuan dan berhutang sebanyak AS$17 juta (RM 54,085,500) kepada pihak kerajaan atas cukai yang tidak berbayar dan penaltinya sekali.

Pada tahun 2008, Snipes dipenjarakan selama tiga tahun (hukuman yang dimulakan pada tahun 2010) kerana gagal membayar sebahagian daripada penallti yang dikenakan.

Jimmy Car

Pada tahun 2012, pelawak British tersebut menjadi penyeri muka depan akhbar kerana didapati terbabit dalam pelan pelarian cukai K2 hasil siasatan akhbar The Times.
Pelan tersebut turut membabitkan para pekerja UK yang berhenti kerja dan menandatangani kontrak kerja dengan syarikat luar pesisir yang berpangkalan di Jersey, daerah yang mengenakan cukai yang kurang berbanding daerah lain.
Malah Carr turut dikritik oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron yang berkata, "Orang ramai bekerja keras, bayar cukai dan mengumpul duit untuk menonton persembahannya. Dia mengambil wang daripada tiket yang dibeli dan menggunakan pelan pelarian cukai pula."
Jimmy Carr sudah pun memohon maaf kerana perbuatannya.


Willie Nelson

Pihak kerajaan persekutuan telah merampas asetnya pada tahun 1990 dan memaksa Nelson membayar lebih AS$16 juta (RM 50,856,000) jumlah penalti dan cukai yang tidak berbayar.

Namun begitu, ia bukan salah Nelson, kerana dia bergantung kepada Price Waterhouse untuk membayar cukainya, tetapi pihak syarikat tersebut tidak melakukannya, malah menggunakan wang Nelson untuk pelaburan.

Dionne Warwick

Penghibur Dionne Warwick terlalu banyak berhutang cukai sehingga pihak Lembaga Cukai Francais California (CFTB) menggelarnya "Penghutang Cukai Paling Teruk di California".

Warwick didapati berhutang sebanyak AS$2.67 juta (RM 8,494,605) kepada Lembaga Cukai tersebut. Sekalipun dia tidak dikenakan hukuman atas kesalahannya, CFTB menggunakan cara mereka sendiri untuk memalukan Warwick dengan membenarkan kemasukan namanya dalam senarai penghutang cukai di sebuah laman sesawang.


Annie Leibovitz

Jurugambar terkenal Annie Leibovitz terpaksa menggadai hak cipta gambar-gambar yang diambilnya untuk membayar jumlah cukai yang tidak berjaya dilunasnya pada tahun 2009, apabila dia didapati berhutang sebanyak AS$2.1 juta (RM 6,674,850).

Leibovitz menyatakan 'pengurusan yang gagal dan gaya hidup yang mewah' antara penyebab masalah kewangannya.

Richard Hatch

Jangan sangka seorang pemenang rancangan realiti "Survivor" akan membayar cukai yang sepatutnya. Richard Hatch, yang memenangi sejuta dolar dari musim pertama "Survivor", didapati tidak membayar cukainya dan menyalahkan pihak CBS yang didakwanya telah bersetuju membayarkan jumlah tersebut kepada IRS bagi pihaknya.

Pada tahun 2006, Hatch didapati bersalah dan menjalani sebahagian daripada hukuman enam tahun penjaranya. Pada Mac 2011, dia kembali ke penjara kerana gagal memfailkan penyata yang dipinda.


Sofia Loren

Pada tahun 1982, ikon seks era 60-an ini menjalani hukuman penjara selama 18 hari dari 30 hari yang ditetapkan di Itali kerana mengelak membayar cukai.

Dia dikenakan hukuman kerana didapati ada percanggahan lebih AS$7,000 (RM 22,214) dalam penyata cukainya pada tahun 1970.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...