Quote:
En Radzi, Saya nak tanya berkenaan syarikat sdn bhd ni..macam mana cara pembahagian keuntungannya...adakah berdasarkan pegangan syer atau berdasarkn sumbangan modal. Masalah kami ni..sumbangan modal berdasarkan perbelanjaan yang perlu dan sapa yang sanggup bayar..kemudian kami tak ada buat perjanjian macam mana pembahagian keuntungan/kerugian, Harap En Radzi..tolong mcm mana nak buat..cuma yang ada ialah pegangan syer je. |
... mudah sahaja ...
PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN.
Didalam Syarikat Sdn. Bhd. ... pembahagian keuntungan hanya boleh dilakukan melalui pengagihan DIVIDEN ... tiada cara lain. Ini adalah antaranya sebab mengapa entiti yg bernama Syarikat Sdn. Bhd. dan Bhd. wujud. Para Pemegang Saham melaburkan duit mereka kedalam Syarikat dan mengharapkan keuntungan melalui pembayaran Dividen. Ini adalah ASAS utama Syarikat SDn. Bhd. dan Bhd.
Dividen hanya diberikan kepada Pemegang Saham sahaja. Siapa yg memegang saham ... merekalah yg mendapat Dividen. Bagi mereka yg menyumbangkan MODAL ... tapi ... tidak melalui pemegangan saham syarikat ... maka mereka ini bukanlah pemegang saham yg sah dan tidak diiktiraf. Sebaliknya bagi mereka yg meyumbangkan modal tadi ... hanya diambil kira sebagai Pemiutang kepada Syarikat ... iaitu Syarikat berhutang kepada mereka.
Status:
1. PEMIUTANG
Anggap mereka sebagai Pemiutang atau SubCon. Katakan ... mereka memasukkan duit sebanyak RM40,000 bagi projek RM60,000 dan keuntungan RM20,000 ... dan dibahagi 50/50 ... iaitu samarata. So ... bila projek selesai ... Bayar balik duit mereka RM40,000 termasuk untung iaitu RM10,000 ... maka keseluruhan adalah RM50,000.
Didalam Perakaunan ... mereka ini adalah SubCon bagi Syarikat. Pembayaran bagi Keuntungan akan dinamakan Kos Projek dan Pembayaran keatas Modal tadi akan ditolak semula ke Pemiutang.
2. KERUGIAN
Bila projek tersebut rugi ... isu disini ... adakah perlu Syarikat membayar modal tersebut . Kalau YA ... maka Modal tadi ... tetap akan dijadikan PEMIUTANG ... cuma disini ... pembayaran semula akan bergantung kepada persetujuan kedua2 pihak. Maksudnya ... kena bayar penuh ker ... atau kena bayar sesetengah ker ... ikut persefahaman.
... harap ini membantu ...
1 comment:
adakah Sebuah syarikat pegangan boleh mengagihkan dividen kepada anggotanya dengan menggunakan keuntungan syarikat subsidiarinya?
Post a Comment