Thursday, July 2, 2015

PERTANYAAN AKAUN SYARIKAT


From: xxx  <xxx@yahoo.com>

To: mr.radzi@yahoo.com

Sent: On Wednesday, July 1, 2015 1:24 PM

Subject: Pertanyaan Akaun Syarikat


Assalamualaikum En Radzi,

Saya pengguna Bank xxx, daftar syarikat enterprise sudah bertahun, ada transaksi yang menarik dengan keluar masuk duit. Sekarang saya ingin tukar syarikat enterprise saya kepada sdn. bhd. tapi ingin mengekalkan akaun yang sama saya gunakan dulu. Sebab, sayang sekali transaksi yang cantik bertahun saya bina hilang macam itu sahaja, sukar untuk urusan pinjaman. Soalan, bagaimana kaedah untuk saya mengekalkan akaun yang sama walaupun telah bertukar daripada enterprise kepada sdn bhd?

Mohon membantu

Yang benar,

xxxx


JAWAPAN

Waalaikumsalam,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang telah diajukan :

Pengiystiharan Perniagaan Enterprise

Setiap individu yang menjalankan perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang diisytiharkan akan jatuh kepada individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka.

Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd.

Apabila telah menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd., kebiasaanya segala aktiviti perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh dipindahkan ke Sdn. Bhd. dan perniagaan Enterprise tersebut dikecilkan ataupun diberhentikan.

Ini adalah kerana ianya akan melibatkan kos-kos bagi menjaga 2 entiti perniagaan ini iaitu Enterprise dan Syarikat Sdn. Bhd. jika kedua-duanya aktif berniaga.

Kesimpulan

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk mengekalkan akaun bank yang sama daripada Enterprise kepada Sdn. Bhd. 

Jika kedua-dua entiti ini aktif berniaga, maka pendapatan Perniagaan dan Sdn. Bhd. ini perlulah diisytiharkan. Oleh sebab itu, transaksi antara Enterprise dan Sdn. Bhd. perlulah diasingkan jika menggunakan akaun bank yang sama.

Jika Enterprise ini telah mendaftar di LHDN dan kini ianya ingin ditutup kerana ingin bertukar ke Sdn. Bhd., maka Pemilik perlulah memaklumkan secara bertulis kepada pihak LHDN untuk memaklumkan perkara ini. Ini adalah kerana, setiap Perniagaan Enterprise perlulah menghantar Borang B dan manakala Sdn. Bhd pula perlu menghantar Borang C dan R kepada pihak LHDN. Akaun bank yang sama boleh dikekalkan bagi urusan transaksi di Sdn. Bhd.




Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...