Friday, June 26, 2015

PEMBELIAN KERETA SYARIKAT ATAU PERSENDIRIAN



From:   xx@yahoo.com ; xx@yahoo.com

To: radziandco@yahoo.com

Sent: On Thursday, June 25, 2015 6:20 PM

Subject: Pembelian kereta syarikat atau persendirian


Assalamualaikum En.Radzi,

Berkenaan perbincangan kita tempohari mengenai kereta syarikat, ada sedikit kebimbangan yang timbul.

1)      Saya telah menghubungi secara lisan penjual kereta dan secara amnya Syarikat Sdn.Bhd. harus menyerahkan salinan akaun syarikat selama 3 bulan untuk diluluskan pinjaman.

2)      Matlamat kereta terpakai bernilai RM40ribu dengan 10% deposit dibayar dan dibandingkan dengan modal berbayar syarikat sebanyak RM60ribu kemungkinan besar susah untuk diluluskan pinjaman.

3)      Jika dalam keadaan terpaksa saya mengambil kereta atas nama isteri , bolehkah wang syarikat digunakan untuk pembayaran bulanan (seperti pinjaman bank yang digunakan untuk pembelian tanah)

4)      Untuk memulakan perniagaan saya memerlukan kereta untuk pengangkutan, pembelian barang dan kerja kerja lain.

5)      Bagaimana dengan bayaran tol, minyak dan cukai jalan/insurans? Masihkah boleh diambil dari wang syarikat jika atas nama persendirian?

6)       Apakah implikasi yang timbul dari hal ini dari segi cukai syarikat dan sebagainya.

DIharap En.Radzi dapat membantu dalam hal ini. Terima kasih atas kerjasama.

Yang benar,

xxx

JAWAPAN

Waalaikumsalam,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang telah diajukan :

Pembelian kenderaan

Kenderaan yang baru dibeli pada tahun kewangan bolehlah dibawa masuk sebagai aset Syarikat walaupun ianya dibeli atas nama Syarikat ataupun individu. Maka, merujuk kepada persoalan Tuan berkaitan pembelian kenderaan atas nama individu, ianya boleh dilakukan.

Apabila kenderaan tersebut dibawa masuk sebagai aset Syarikat, maka wang Syarikat boleh digunakan untuk pembayaran bulanan kenderaan tersebut

Perbelanjaan lain bagi kenderaan

Kos-kos bagi kenderaan tersebut seperti tol, minyak, cukai jalan dan insuran boleh direkod di bawah perbelanjaan Syarikat. Asalkan ianya adalah untuk tujuan perniagaan, maka kos tersebut adalah dibenarkan.

Implikasi terhadap cukai Syarikat

Setiap pembelian kenderaan perdagangan yang dimasukkan di bawah akaun Syarikat boleh menuntut Elaun Modal. Tuntutan elaun modal tersebut adalah berdasarkan Qualifying Expenditure (QE) yang telah ditetapkan oleh LHDN.

QE ialah perbelanjaan layak bagi kenderaan.
a.       Harga kenderaan bernilai RM150,000 ke atas dan ianya BARU
QE kenderaan tersebut ialah setakat RM50,000 sahaja

b.      Harga kereta bernilai RM150,000 ke bawah dan ianya BARU
QE kenderaan tersebut ialah berdasarkan harga kenderaan tersebut.

c.       Kenderaan terpakai
QE kenderaan tersebut ialah setakat RM50,000 sahaja
Maka, untuk kes Tuan bagi kenderaan terpakai yang harganya kurang dari RM50,000, pihak Tuan boleh menuntut elaun modal berdasarkan harga kenderaan tersebut iaitu RM40,000.
Didalam situasi lain, sekiranya kenderaan atau aset syarikat ini digunakan oleh Individu secara peribadi, maka kenderaan ini akan dikira sebagai manfaat berupa barangan (benefit in kind). Nilai BIK ini akan dikira sekali didalam pengiraan cukai Individu tersebut kerana merupakan pendapatan kepada Individu tersebut.

Harap penerangan di atas dapat membantu


Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...