Monday, September 8, 2014

Langkah untuk menjadi Akauntan dan membuka Firma Perakaunan.


From: xxx  <xxx@gmail.com>
To: "mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com> 
Sent: 
Sunday, September 7, 2014 2:26 AM
SOALAN

assalamualaikum,,,sy XXX  sy berasal dari kluang Johor,,,sy terlalu minat dalam bidang akaun,,tetapi sy belajar sambil bekerja,,so agak2 sy perlu ikut aliran apa yea?? buat masa nie saya baru tamatkan ko ACCA accounting ,,sy ingin membuka syarikat seperti en radzi,,,so apakah langkah seterusnye??
JAWAPAN
Waalaikumsalam Tuan,
Terima kasih kerana mengunjungi website kami dan tahniah diucapkan atas semangat yang tinggi.

Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang Tuan ajukan:-

1.     ALIRAN

Untuk menjadi seorang Akauntan, seseorang itu perlulah ada Ijazah Perakaunan atau terus mengambil pengkhususan seperti ACCA, MICPA, CIMA atau CPA.  Di Malaysia, seseorang yang ingin menjadi Akauntan perlulah berdaftar dengan MIA (Malaysian Institute of Accountant).
2.     LANGKAH MEMBUKA SYARIKAT PERAKAUNAN
Membuka Syarikat/ Firma Perakaunan tidaklah semudah yang dijangkakan. Apa yang paling penting adalah ilmu dan ketabahan.
Banyak skop yang perlu dipertimbangkan antaranya ialah Jenis Industri, Akta-akta dan Polisi Perakaunan yang terlibat, cara merekod sesuatu transaksi, risiko dan pematuhan undang-undang.
Seseorang yang ingin membuka Firma Perakaunan perlulah mendaftar di bawah Pertubuhan Akauntan yang bertauliah iaitu MIA (Malaysian Institute of Accountant),
Selepas mendaftar di Pertubuhan Akauntan Bertauliah, ianya tidak terhenti di situ sahaja. Seseorang tersebut perlulah mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dan carilah ilmu sebanyak maka yang mungkin. Ini adalah kerana akta-akta sering berubah dan pematuhan semakin ketat.
Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...