Thursday, October 24, 2013



From:"xxx"
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Sunday, September 22, 2013 10:26 PM

Subject: KEPUTUSAN PENGGULUNGAN SYARIKAT  

 

Soalan:

Salam tuan, saya telah buat permohonan utk penggulungan syarikat yang tak pernah aktif pada bulan puasa 2012, saya dah bayar semua denda yang dikenakan, tapi sampai sekarang belum tahu keputusan, selalunya berapa lama kena tunggu keputusan pengulungan tersebut. Sekian terima kasih


En. XXX JAWAPAN:

Waalaikumsalam, En. XXX.
Untuk makluman Tuan,
Keputusan Penggulungan Syarikat boleh di semak di laman web SSM dengan klik Status 308 yang berada di sebelah kiri laman web. Kemudian, Tuan hanya perlu memasukkan nombor Syarikat tanpa memasukkan abjad di belakang Syarikat. Contohnya 123456-A, hanya masukkan 123456. Di laman web ini Tuan boleh semak samaada SSM telah mengeluarkan notis 308 atau belum. Kebiasaanya, Syarikat akan menerima 3 Notis iaitu Notis 308 (1), 308 (2) dan 308 (4) sebelum nama Syarikat dibatalkan oleh pihak SSM.

Tetapi sekiranya pihak Tuan masih tidak menerima Notis 308, berkemungkinan pihak SSM telah menolak permohonan Tuan ataupun terdapat ‘quiries’ yang perlu dijawab oleh pihak Tuan. Tuan juga dinasihatkan agar menghubungi sendiri pihak SSM dan berhubung dengan pegawai SSM yang menguruskan bahagian Penggulungan Syarikat bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan status Syarikat.

Sekian, dimaklumkan.

p/s : Harap dapat membantu Terima kasih. RADZI & CO. Chartered Accountants (M)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...