Saturday, August 20, 2011

Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. oleh Penjawat Awam


From: xxx@gmail.com>
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Friday, August 19, 2011 3:26 PM
Subject: Penubuhan syarikat oleh Kakitangan Kerajaan
JAWAPAN :

Salam,

Salam,

Salam,
CA(M)

Salam bahagia,

1. Bolehkah kakitangan kerajaan kumpulan A menubuhkan syarikat sdn bhd bersama rakan-rakan yang juga kakitangan kerajaan?
sekiranya boleh, apakah syarat-syarat yang akan dikenakan?

2. berapakah jumlah modal yang perlu untuk menubuhkan syarikat sdn bhd?

3. berapa pula pengagihan syer saham setiap rakan kongsi itu?

4. sekiranya kakitangn kerajaan tak boleh menubuhkan syarikat sdn bhd, bolehkah syarikat ditubuhkan atas nama orang lain seperti adik beradik, saudara mara yang akan menjalankan operasi syarikat, tetapi kakitangan kerajaan menjadi salah seorang pelabur atau pemegang sahamnya. terima kasih


1. Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. ... Akta Syarikat ... Tiada halangan sesiapa yg ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. melainkan :
a. Bawah 18 tahun
b. Tidak bankrupt
Bagi kakitangan kerajaan ... terdapat Pekeliling Am yg telah diterbitkan dan menetapkan syarat2 tertentu bagi mereka yg menubuhkan Syarikat atau Perniagaan. Namun dari segi Akta Syarikat ... tiada halangan.

2. Modal Syarikat Sdn. Bhd.
Modal yang minimun adalah RM2 sahaja. Namun pada realitinya ... kos penubuhan Syarikat (yg biasanya) RM2,500 ... boleh dikategorikan sebagai Modal Berbayar. Pada kebiasaanya ...pihak kami mencandangkan agar Modal Permulaan (Berbayar) dibuat dalam RM2,500 dan akan dinaikkan secara berperingkat ... iaitu mengikut Modal yang ingin dinaikkan.

3. Pengagihan Saham ... % pembahagian saham .. adalah ditentukan oleh pihak yg ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd pada peringakat awalnya. Tiada undang2 yg menetapkan akan pembahagian sahama syarikat. Ini adalah keputusan bersama pihak Syarikat.
Untuk makluman ... secara Indirectly ... mereka yang memegang saham yg terbanyak ... atau lebih 51% ... merekalah yg mengawal akan Syarikat tersebut. Mereka ini dikenali sebagai Pemegang Saham terbesar (Majoriti Shareholders).

4. Dari segi Akta Syarikat ... tidak menjadi halangan atau kesalahan. Secara amnya .... Pemegang Saham (Shareholders) dan Pengarah (Directors) adalah 2 pekara yang berbeza. Pemegang Saham boleh menjadi Pengarah Syarikat pada waktu yg sama dan ini banyak diamalkan ketika ini. Pengarah adalah mereka yang dilantik oleg Pemegang Saham dalam mewakili dan menjalankan aktiviti Syarikat. Pemegang Saham adalah mereka yg memegang saham syarikat sahaja.
Bagi mereka (Pemegang Saham) yang menjadi Pengarah ... ini dikenali sebagai Director Shareholders dan ini bukannya satu kesalahan. Kebanyakkan Syarikat yang ditubuhkan ketika ini (terutamanya) syarikat bersaiz kecil dan sederhana mengunakan konsep ini.
Sekiranya menjadi Pemegang Saham sahaja (kakitangan kerajaan) di dalam sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. ... bukannya merupakan satu kesalahan dari Akta Syarikat. Cuma garis panduan Pekeliling Am kena dirujuk dan difahami bagi kakitangan kerajaan bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Penggunaan nama orang lain seperti Adik, Saudara dsb ... memang banyak diamalpakai ketika ini. Cuma isu2 tertentu seperti :
a. Keselamatan Modal yg dilaburkan
b. Penguasaan ke atas Syarikat
c. Aktiviti dan Operasi Syarikat
d. Pemegangan Saham dan Kuasa Mengundi ... dsb
... perlu dipertimbangkan dan diambilkira.
Insyallah terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mewujudkan situasi yang selamat dan bersesuaian.
Harap ini membantu.
RADZI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...