Monday, September 6, 2010

ARTIKEL : SYARIKAT STATUS PN17 BERTAMBAH


Penambahan syarikat PN17 belum membimbangkanOleh Shahrizan Saliankelembapan ekonomi.

Peningkatan sehingga tiga kali ganda bilangan syarikat berstatus PN17 di Bursa Malaysia tahun ini berbanding tahun lalu belum lagi membimbangkan kerana Malaysia baru saja keluar daripada

Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata peningkatan bilangan syarikat yang berdepan tekanan kewangan adalah normal bagi sesebuah ekonomi yang baru keluar daripada kemelesetan.

Kita tidak perlu bimbang dengan keadaan itu kerana Malaysia baru saja keluar daripada persekitaran ekonomi yang sukar.

Jika arah aliran ini berterusan apabila ekonomi pulih sepenuhnya, maka ia akan menjadi sesuatu yang membimbangkan. Bagaimanapun untuk 2010 ia adalah sesuatu yang biasa bagi sesebuah negara yang sedang mencatat pemulihan, katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Setakat 25 Ogos lalu ada 34 syarikat di Bursa Malaysia yang diletakkan di bawah status PN17, merangkumi 3.53 peratus daripada 964 syarikat yang disenaraikan di bursa itu.

Pada tahun ini saja, sebanyak 15 syarikat diletakkan di bawah status berkenaan dan yang terbaru adalah pengeluar sistem pengumpul keluli bertaraf dunia, Metech Group Bhd.

Tahun lalu enam syarikat diletakkan di bawah status PN17 kebanyakannya disebabkan oleh tekanan kewangan. Syarikat yang diletakkan di bawah status PN17 perlu menjelaskan langkah penstrukturan semula masing-masing untuk mengekalkan status penyenaraian masing-masing dan akan diberikan tempoh tertentu untuk melaksanakannya.

Yusli berkata, Bursa Malaysia sedang mengambil langkah sewajarnya untuk membantu syarikat terbabit keluar daripada status PN17.

Kami cuba untuk mendekati dan berbincang dengan syarikat terbabit sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Mereka perlu memberi maklumat yang lengkap kepada Bursa Malaysia untuk membetulkan aliran itu.

Jika kami perhatikan aliran kerugian yang dicatatkan syarikat yang berkenaan berulang dan pendapatannya berkurang dengan ketara, Bursa Malaysia akan mendekati syarikat itu dan berharap dapat membantu mereka, katanya.

Beliau menegaskan, syarikat terbabit pula tidak perlu hanya mengambil langkah tunggu dan lihat sebaliknya perlu lebih proaktif termasuk melaksanakan langkah mempelbagaikan perniagaan sebagai usaha memulihkan keadaan kewangan masing-masing.

Mereka perlu memberitahu perkembangan semasa kepada kami. Ini membuktikan Bursa Malaysia mengambil berat terhadap isu ini, katanya.

Antara syarikat dikategorikan di bawah PN17 tahun ini ialah Hock Sin Leong Group Bhd, Transmile Group Bhd, VTI Vintage Bhd, Kenmark Industrial Co (M) Bhd, Linear Corp Bhd, Malaysian Merchant Marine Bhd dan Tracoma Holdings Bhd.

7 September 2010
Berita Harian

Sunday, September 5, 2010

PERTANYAAN : PENGARAH

Salam encikz,

1. Saya hanya membantu apa yg terdaya sahaja.
2. Strategi Perlantikan dalam Perniagaan

Apabila sesuatu perniagaan Sdn. Bhd., maka penganjur penubuhan Sykt Sdn. Bhd. telah menetapkan :
  1. Siapa Pemegang Saham
  2. Siapa Para Pengarah
  3. Aktiviti Perniagaan Dijalankan
... kesemuanya ini termaktub dalam M & A syarikat dan juga dalam First Board Meeting (Mesyuarat Pengarah Pertama).

Pada kebiasaanya ... para Pemegang Saham (pada peringkat awal) telah memutuskan untuk melantik Para Pengarah ... samada mereka sendiri mahupun orang lain. Maka mereka yg dilantik sebagai Pengarah ... secara dasarnya akan melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yg telah diputuskan dalam First Board Meeting (Bagi situasi Syarikat Sdn. Bhd. yg baru ditubuhkan).

Bagi Syarikat yg telah lama beroperasi ... Para Pengarah akan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan Objektif Syarikat. Halatuju Syarikat ... pada kebiasaanya akan dibincangkan bersama dengan Pemegang Saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Board of Directors (Para Pengarah)... mempunyai kuasa untuk melantik Pengarah Baru atau Pengurus ... sekiranya mereka merasakan memerlukan. Kesemuanya bergantung kepada hasil keputusan BOD (Board Of Directors) dan juga Para Pemegang Saham. Oleh yg demikian BOD ... haruslah menilai akan kesesuaian dan kepentingan sesuatu perlantikkan. Pihak Pemegang Saham tidak boleh mencampuri urusan Para Pengarah ... selagi BOD mematuhi akan peraturan dan Akta yg telah ditetapkan.

Tubuh Syarikat dahulu ... dan baru merancang aktiviti Syarikat ... ada juga berbuat demikian. Pengambilan pekerja oleh Human Resources syarikat ... pada kebiasaanya bergantung kepada keperluan Syarikat tersebut bagi melaksanakan sesuatu kerja. Bila wujudnya keperluan ... maka akan wujudnya permintaan.

Bagi keperluan perlantikkan Pengarah2 lain (selain dari Pengarah Asal semasa penubuhan bagi Syarikat baru)... kesemuanya bergantung kepada BOD dan juga Pemegang Saham Syarikat. Tiada turutan yg ditetapkan oleh Akta bagi melantik Pengarah2 yg lain ... seperti Pengarah Kewangan atau Pengarah Operasi.

Sebagai contoh ... Syarikat ingin menjalankan sesuatu Projek yg penting ... pada kebiasaanya BOD akan melantik Pengarah Projek ataupun Pengurus Projek. Sekiranya dari sudut kewangan syarikat pula ... pihak syarikat masih boleh mengawal akan kewangan ... mungin BOD merasakan tidak perlu untuk melantik Pengarah Kewangan ... mungkin cuma setakat melantik Pengurus Kewangan. ... maka kesemuanya adalah mengikut kesesuaian dan keputusan BOD tadi.

p/s: ... harap ini membantu


Quote:
Originally Posted by encikz
Salam en Radzi,

Terima kasih kerana menjawab posting-posting disini. Saya ingin bertanye sedikit. Selalunya, apakah strategi dari segi pengambilan pekerja oleh Human Resource syarikat untuk syarikat sendirian berhad?

Soalan ini saya tanye kerana kadang-kadang strategi perniagaan yang sesetengah orang buat ialah tubuhkan syarikat sdn bhd dulu, kemudian baru cari bisnes.

Katakan bila kita mendaftar syarikat sdn bhd, kita sudah ada 2 orang pengarah dan dari situ kita lantik 1 orang Pengarah Urusan. Apa lantikan yang berikutnya mengikut turutan kepentingan supaya syarikat kita itu lebih tersusun dan dapat memenuhi keperluan sebuah syarikat sdn bhd?

Contohnya:-

Adakah perlu melantik Pengurus Operasi terlebih dahulu atau Pengurus Kewangan terlebih dahulu? Atau Pengurus Marketing, Setiausaha atau etc?
__________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...