Friday, August 28, 2009

CUKAI : CUKAI KOPERASI TINGGI

Akhbar :

noh2

22 Feb - Cukai Pendapatan Koperasi Mungkin Dikurang

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menimbangkan cadangan pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan koperasi, lebih rendah daripada cukai syarikat korporat yang ditetapkan sebanyak 25 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai kepada koperasi antara 0 dan 28 peratus iaitu pengecualian bagi yang berpendapatan bawah RM20,000, manakala pendapatan melebihi RM500,000, kadar cukai maksimum dikenakan.
Beliau berkata, menerusi dialog dengan kementerian, ahli koperasi merayu kadar maksimum dikurangkan kerana koperasi juga perlu membayar tiga peratus pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu dua peratus untuk tabung pendidikan, manakala satu peratus untuk tabung pembangunan.
"Ini bermakna koperasi perlu membayar cukai sehingga 31 peratus, satu kadar yang cukup tinggi.
"Adalah wajar kadar cukai koperasi dikurangkan, iaitu sekurang-kurangnya le-bih rendah daripada syarikat korporat kerana penubuhan koperasi berteraskan konsep sosioekonomi untuk membantu ahli, berbanding syarikat korporat yang mengaut keuntungan individu.
"Kementerian berharap resolusi yang dicapai dalam Seminar Percukaian Koperasi hari ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi membolehkan kadar cukai dikaji sekurang-kurangnya lebih rendah daripada cukai korporat," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Koperasi di Pusat Da-gangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian
Merujuk kepada Artikel diatas, Situasi semasa bagi percukaian kopearsi adalah seperti berikut :
  • Kadar cukai pendapatan koperasi adalah progresif di antara 0% dan 28%.
  • Semua koperasi diberi pengecualian cukai selama 5 tahun daripada tarikh didaftarkan.
  • Koperasi yang mempunyai dana ahli kurang daripada RM750,000 kekal mendapat pengecualian cukai.
  • Di samping itu, dividen yang diagihkan oleh koperasi kepada ahlinya dikecualikan cukai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...