Saturday, August 9, 2008

Panduan : Apa Nak Buat Bagi Syarikat Baru

Salam,

Setiap akaun Syk Sdn . Bhd. perlu diaudit selepas tutup tarikh perakaunan: :
1. selepas tempoh 60 hari (kalo nak ikut standard)

Bagi baru ditubuhkan dan tak pernah diaudit..audit perlu dilakukan dalam tempoh 18 bulan (1 tahun 6 bulan). Pada masa yg sama..1st Annual Return perlu juga dibuat dalam tempoh 18 bulan tersebut. Disini isu memilih tempoh tarikh tutup perakaunan amat penting..jangan silap...kalau tidak...tiap2 tahun asyik kena penalti kat SSM

Audit..senang jer...dokumen yg penting..antaranya ;
1. General Ledger (Detail) termasuk General Journal
2. Account Receivables and Account Payables (jika ada)
3. Fixed Assets Register dan Fixed Assets Schedule
4. Supporting documents : Bank Statement, Sales and Purchase Invoices, Payment Vouchers dsb. dan juga dokumen2 berkaitan

Proses menyediakan akaun yg selengkapnya adalah tanggungjawab syarikat...lebih tepat..tanggungjawab Pengarah...so siapa yg jadi Pengarah..kena ingat..sekarang SSM telah mula secara aktifnya mengenakan denda kepada PENGARAH..sekiranya laporan audit syarikat anda BERSYARAT (Qualified Report).

Bila akaun dah siap...baru hantar untuk audit....audit dah siap...baru bole hantar kat Secretary (untuk buat Annual Return) dan juga kepada Tax Agent (submit Tax Form Form C and Form R). Jadi akaun penting....

Harap membantu..

Perniagaan : Menyediakan Akaun - Panduan

Salam,
Akaun...memang banyak syarikat dan individu yg buatkan services akaun. Pilih saja yg mana suka... Cuma yg perlu diperhatikan dari segi :
1. Kualiti....akaun yg disediakan lengkap, mengandungi ledger (samada bentuk cetakan komputer mahupun dalam bentuk buku(manual)
2. Harga...berbaloi atau tidak...biasanya ianya bergantung kepada work loaded ataupun time cost..Pada kebiasaanya harga (bagi perniagaan kecil) bermula dari RM300 hingga RM2,000...bergantung...
3. Tanggungjawab (Tak Langsung)....orang yg menyediakan akaun ni..perlulah bertanggungjawab secara tak langsung...Sebagai contoh...sekiranya Sykt didatangi oleh pihak LHDN (samada untuk Audit Cukai mahupun Penyiasatan Audit)...berilah kerjasama dengan pihak Syarikat..bantulah mereka dalam proses dengan LHDN...jangan lepas tangan
4. Khidmat Nasihat...carilah yg boleh memberi khidmat nasihat yang berguna dan percuma (kalo bole)..perlulah diingatkan..penyediaan akaun adalah langkah pertama...kurang tepat penyediaan akan memberikan kesan dikemudian hari...Sebagai contoh : Ada orang boleh menyediakan akaun dgn baik..tapi kurang dari segi kesan terhadap Perancangan Cukai. Kita boleh tunjukkan akaun perniagaan perolehi untung yang tinggi...tapi cukai pun tinggi..oleh yg demikian kalau untung tinggi..macamana nak kurangkan cukai (dengan cara betul dan dibenarkan)

Setiap Syarikat dikhendaki menyimpan akaun yg selengkapnya selama 7 tahun...selepas tu barulah bole buang kalo mahu....

Harap membantu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...